/10 Petua yang NFDP kene ikut demi maruah bolasepak Malaysia

10 Petua yang NFDP kene ikut demi maruah bolasepak Malaysia

Skuad B-13 NFDP Malaysia dibawah bimbingan Lim Teong Kim menang bergaya didalam jelajah eropah mereka sebanyak lapan kali berturut-turut. Mereka mengganas di Jerman dengan mengalahkan Akademi Bayern Munich, B-13 Tirol  Selection, 3-1, Furstanfeldbruck 3-0 dan terbaru menang bergaya 5-1 ke atas pasukan B-13 Red Bull Salzburg.  Apa saja akademi bolasepak yang ada di eropah sekarang ini cukup risau menunggu pasukan mereka dimalukan anak Malaysia dilopak sendiri.

Mereka telah menjaringkan 29 gol dan bolos 5 dalam lapan perlawanan. Jika matematik diambil kira ianya hampir sama dengan B-23 negara…cuma terbalik.

Ahh..bagaimanakah rasanya orgasm bolasepak sebenar apabila melihat anak bumi bertuah ini menggelecek bola, membuat hantaran pendek dan kemas, menyimpan bola dengan bergaya dan mengawal permainan dengan cukup berseni dicelah-celah anak kulit putih yang saiz mereka yang lebih besar sedikit. Membayangkannya saja sudah membuatkan nafsu Jang bergelora.

Kita mungkin tidak perlu risau jika ada kelab-kelab di eropah yang sudah mula mengintai atau memancing pemain muda kita ini, malah jika ada pun, kita mesti menggalakkan mereka pergi dan bermain disana. (tapi jangan la pergi 3 bulan saja lepas tu main dengan PKNNS, atau balik Malaysia sebab rindu masakan emak). Kita ada pemain senior seperi Nazmi Faiz dan Khalid Jamlus yang sedia memberi nasihat. Hal ini, jika berlaku adalah satu keindahan bolasepak Malaysia.

Ada beberapa perkara yang perlu kita risaukan dan wajib kita lindungi mereka dan beberapa cadangan yang patut kita pertimbangkan. Antaranya;

1. Haramkan sebarang sesi bergambar dikolam renang atau bersalaman dengan artis sempena Hari Raya untuk majalah

2. Haramkan gossip cinta bersama penyanyi yang takda album, tak pernah dengar lagu di radio dan pelakon majalah.

3. Haramkan mereka dari diundang stesen radio melayu yang suka menjerit ‘wohooo’ waktu pagi dan ketawa macam terlebih gula, macam la kalau mereka tak hiburkan kita, Malaysia ni muram.

4. Haramkan pemain B-13 NFDP dari terlibat dari program Football Overload dan sewaktu dengannya. Jika ada, denda mereka sebulan gaji.

5. Benarkan mereka ke disko sebagai lelaki, bukan sebagai pemain bolasepak. (atau ke Pasar Malam – sebab bawah umur lagi)

6. Pantau perbelanjaan mereka, benarkan mereka membuat pinjaman setiap bulan. (Mana-mana pemain yang berhenti meminjam, mereka mungkin sudah dapat dana dari sumber lain- siasat!)

7. Ajar mereka tentang kontrak, bagaimana menandatangai kontrak, undang-undang serta penggunaan agen.

8. Jauhkan mereka dari rokok atau Safee Sali atau kedua-duanya sekali.

9. Sentiasa mengenakan pakaian kemas dan berkasut ketika di airport.

10. Hormati penyokong.

Perkara ini telah dikaji dan difikirkan secara mendalam oleh Jang dan insyallah, kalau semua ini diikut, bolasepak Malaysia akan kembali bermaruah. Percayalah! Lim Teong Kim mampu memberi tunjuk ajar dan membimbing mereka diatas padang tetapi diluar padang, biar polis bolasepak uruskan.

Sementara itu, nun jauh di bumi Singapura…

TAGS:
Kongsi artikel ini: