/Kalau tak mampu mengamuk ketika kalah, jangan menyongey bilo monang.

Kalau tak mampu mengamuk ketika kalah, jangan menyongey bilo monang.

Assalamualaikum,

Osah menggigil tangan Jang nak menaip kali ni. Punco sobab dari malam tadi asyik mengopa penumbuk tapi tak tahu mano nak lopeh kan.

Sebolum Jang poie lobih jauh elok Jang nak ingatkan kek semuo, atau sesapo lah, jangan sesekali nak cakap “Kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak maso monang” JANGAN! Nismilan dah kalah berbelas kali 2,3 musim lopeh, ado ko sesapo berganjak? Nismilan dah kalah beribu kali dari Stadium Perbandaran marin, muko inilah jugak yang datang ke stadium. Jadi suko Jang nak ingatkan sekali lagi, kau bolum handal bonar nak cakap ayat tu. Elok binasakan sajo ayat ni, biar di pakai oleh penyokong pasukan lain.

Paneh penonton maso kekalahan 3-5 kek TTeam bolum reda, NS Matrik sekali lagi mencubo spirit penonton yang datang ke stadium. Kali ini spirit kito di perkotak katikkan oleh Helmi Eliza, penjaga gawang yang ‘melepaskan’ 5 das gol baru 4 hari lepas. Mako, salahkah kalau Jang potik namo dio sekali lagi? Salahkah kalau kito sangsi lagi sekali? Jawapannya, tak salah. Kito masuk stadium bukan free, kito bayar! Minyak motokar kito bayar! Pemain yang main semua gaji di bayar, bukan main free. Mahal lak gaji eh tu. Mako, salah ko kalau kito meroyan tengok Helmi terbang bolah kiri bilo bola tu lalu bolah kanan? Salah ko penonton mengamuk, memaki bilo lorongan lemah pemain Pulau Pinang dari sudut kanan kotak penalti, Helmi terbang menangkis bola masuk ke dalam gawang? Sey tanyo ni, salah ko?

Nak kato skuad NS Matrik ni tak berlatih, tiap malam nampak lampu stadium Paroi menyalo dan mereka berlatih. Nak kato takdo jurulatih, ado K.Devan Nak koba takdo pengurus, ado tigo. Apo nak kobaan laie? Suko Jang nak kobaan la, Helmi ni bukan la sekali duo buek menggelabah Puyuh macam ni. Banyak sejarah dio ni menguji spirit penyokong. Kau carik la sendiri. Sementaro itu, Jang tengok kapten kito Rizal Zambery makin boghek nampak eh. Maksud Jang, sebagai kapten pasukan, dio sepatutnya menjadi pembangkit semangat kepado anak buah untuk terus berjuang. Dio kono tunjukkan leadership, dio kono bising sikit mulut tu.Dio kono buek kojo lobih lagi dari anak buah, bukan nampak anak buah pulak yang lobih berkaliber. Bruno Martelotto, walau dah berusia, nampak lobih tinggi semangat dan staminanya. Kalau ado kesilapan pemain, kapten kono togur dan pakso pemain untuk lobih berwaspada. Banyak contoh kapten yang bagus. kau carik la sendiri .

Menggunokan Forkey Doe sepenuhnya juga adalah suatu tindakan yang polik dari K.Devan. Dah nampak Forkey Doe kono rantai oleh tigo pertahanan P.Pinang, kenapa pemain lain masih bagi dio bola? Patut jadikan Forkey Doe sebagai umpan untuk menarik pertahanan lawan tetapi menggunakan striker lain untuk buek kojo. Taktik ni digunapakai oleh semuo jurulatih la. Bukan bondo polik pun. eh! sapo yang ado lesen jurulatih kelas A ni? Jang bukan nak buek pandai, tapi ekau pun ado kek stadium maso tu, ekau semuo nampak. Forkey Doe di lambung bola tinggi, suruh dio buat kerja sensorang. Passing pulak tu jenis bunuh kawan. aduhaii..kalau Ronaldo pun, dia sanggup minta gaji mingguan dia di potong, daripado dio kono kejar bola yang di lorongkan oleh kawan.

Habis perlawanan, ramai penonton bangun tetapi enggan meninggalkan stadium sebaliknya mereka berjemaah menghamun pemain. Ingat! sebagai penonton, mereka juga ada hak. Suasana menjadi panas dengan beberapa kejadian yang tidak diingini seperti………………….(hanya yang pergi stadium saja merasainya!)

2441278260_2505c25b77

Neo mampu memberhentikan peluru tetapi tidak bola.

TAGS: