April 20, 2024

17 Sebab untuk mulakan Kempen Boikot Stadium (KBS)

3 min read

Sikap Jang yang suka berkongsi dan mendengar  pendapat orang lain ini adalah bukti keperibadian Jang yang terpuji. Bila orang lain bercakap, Jang dengar juga walau ada yang Jang tak bersetuju. Justeru Jang sentiasa membuka peluang kepada semua untuk meluahkan pendapat dan ideologi mereka. Bila kau semua baca artikel tamu pilihan Jang, ingatlah tentang keperibadian Jang yang terpuji ini dan belajarlah mendengar cerita dan pendapat orang pula. Jangan asyik kauuuuu je yang betul.

Artikel kali ini dihantar oleh saudara FikriSuhadi. Idea beliau ada kebenarannya. Kalau kau semua ada idea, lontarkan ke emel Jang di ultrajangmag@gmail.com dan untuk naikkan rasa bersemangat ketika kau menulis, ingatlah kembali tentang keperibadian Jang yang terpuji. hmmm

TAJUK : KEMPEN KATAKAN TAKNAK PADA STADIUM

Jangan pergi stadium? Apasal pulak aku cakap macam tu? Mari baca tulisan persis Che Det aku ni.

1. Kita harus tunjukkan yang penyokong bola sepak Malaysia sedang marah. Marah betul betul, bukan setakat marah di laman sosial dengan trendingkan hestek dan kemudian bangga lalu mengaku diri sendiri adalah penyokong setia. Bukan juga setakat membakar bom asap sebagai tanda protes. Marah ni adalah marah yang sungguh sungguh dan bukan hangat hangat tahi ayam yang boleh menjadikan tengku bola dan konco konconya terguling daripada tempat duduk empuk di Kelana Jaya.

2. Biar pemain fikir, “Depa dah tak suka aku main, jadi aku kena buat betul-betul.” Sebab kalau tetap disokong walaupun depa main bola macam beruk dan hanya mahir bergusti atas padang, depa tak akan ambil inisiatif untuk tingkatkan permainan. Hal ini kerana depa fikir yang tetap ada orang sokong depa walaupun depa sepak bola ikut arah kemaluan dan juga tahan bola macam baru belajar main bola kelmarin.

3. Lumpuhkan kewangan FAM. Kalau setakat jerit FAM bangsat tapi bagi depa duit melalui jualan tiket, apa depa peduli? Jadikan depa miskin. Kalau dah tak ada duit, mesti depa akan tinggalkan persatuan tu sebab tujuan depa uruskan persatuan adalah untuk penuhkan perut mereka, keluarga dan mungkin, bini muda.

4. Kalau depa tak keluar pun, mesti depa rasa tersentak lalu pandai buat kerja. Seterusnya depa menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat, bangsa, agama, negara dan mungkin dunia.

5. Hal ini untuk kebaikan bola sepak Malaysia. Kita boikot untuk masa depan bola sepak Malaysia. Memanglah kau akan tak seronok sebab tak dapat pergi stadium, tapi kau akan rasa kesan positifnya kelak. Bak kata peribahasa orang-orang lama, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

6. Kalau sekarang kita tak boikot FAM, budak budak NFDP dan Frenz United yang orang luar geruni tu pun akan jadi ‘santapan’ negara lain yang orangnya pandai main bola ketika mereka menjejak ke alam senior nanti. Serentak itu berkuburlah harapan kita untuk ke Piala Dunia. Akhirnya Abu Bakar Atam serta Serkawi Jirim akan kembali mengimbau nostalgia layak Olimpik ataupun kenangan tentang kita menang AFF Suzuki 2010.

7. Jadi mohler kita boikot FAM, jangan pergi stadium, jangan beri duit kat FAM, kita lepak di kedai mamak dan tengok bola sana sambil mengeratkan silaturrahim seperti yang digalakkan dalam agama sambil memaki dan mencarut pemain yang main bola serupa biawak sesat.

8. Daripada sibuk trendingkan hestek #PresidenFAMSilaLetakJawatan , elok kau berhenti pergi stadium. Lagi elok dan berguna.

9. Lagipun, burger kat stadium rasa macam tayar lori kontena.

10. Lagi satu, takut terlepas solat fardhu Maghrib.

10b. Disinilah kedudukan Liverpool sekarang. midtable macam selalu.

11. Kesimpulannya, bukan FAM sahaja yang patut berubah. Kita sebagai penyokong (tak kira la ultra atau kuaci) pun wajib berubah. Hukumnya fardu ain. Jika kau sekadar meronta ronta di di kerusi stadium dengan sorakan FAM bangsat sambil nyalakan suar api (dan sambil duit tiket kau sedang ralit dikira pegawai FAM), tak ada gunanya. Semuanya sia-sia. Sia-sianya samalah macam kau buat orang-orang sawah, tapi kau letak di tengah tengah lautan samudera. Tak ada efek apa-apa.

12. Cis, panjang pulak kesimpulan. Maka aku menyeru agar kau orang semua jayakan kempen Katakan Taknak Pada Stadium.

13. Kalau kita semua berganding bahu jayakannya, aku pasti banyak kebaikan yang kita akan peroleh. Percayalah cakap aku.

14. Kau tak percaya apa aku cakap? Suka hati kaulah. Peduli apa aku.

15. Ok itu je aku nak tulis. Babai.

16. Disinilah kedudukan kelab tiada tradisi Chelsea terperuk.

171. Malaysia….steady!

0Shares

15 thoughts on “17 Sebab untuk mulakan Kempen Boikot Stadium (KBS)

  1. Aku tulis Chelsea je Jang. Sanggup kau tambah tak ada tradisi tu. Sesungguhnya aku peminat Chelsea yang bersedih.

  2. Masa sampai ayat 10b tu, aku dah agak, ni mesti dah ditambah sesedap rasa.

    Lagi satu persoalan, apa jadi pada nasib penjual2 jersi, mafla luar stadium kalau kempen ni diteruskan? Mohon dibawa ke tengah. Diorang pun ada anak bini & sport-rim yg perlu ditukar.

  3. Hanya STAR of Paroi je praktik kan kempen ni musim 2015 ….sebab tu game NS MATRIX kebanyakannya bawah 2 000 penyokong je? tahniah Ultras Nogori @UN9

  4. Jang, alteras koba lau tak mampu bersorak ketika rank 171, jangan bersorak ketika layak ke piala dunia. Camno? Den tak nak kne panggil gloryhunter. Hewhew

  5. Dari point 1 sampai 10 aku baca dengan penuh serius. Masuk point nombor 10b, gelak aku pecah, taip komen ini lalu bersegera nak ‘switch off’ komputer dan teruskan kehidupan pejabat seperti biasa. Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.