/Negeri Sembilan 3-1 PKNS FC (Matchday 13 Liga Super 2018)

Negeri Sembilan 3-1 PKNS FC (Matchday 13 Liga Super 2018)

Negeri Sembilan melakukan kejutan setelah menewaskan PKNS 3-1 di halaman sendiri semalam. Dua gol penalti Flavio Beck Junior diikuti jaringan Ferris Danial, memberi tiga mata berharga walaupun PKNS berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi Romel Morales. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Negeri Sembilan selepas membenam Kelantan 2-0 sebelum ini. Bergelut dalam zon penyingkiran, dua kemenangan berturut-turut ini sudah pasti memberi impak positif kepada pasukan. Berbaki 9 lagi perlawanan dan masih di kedudukan ke-11 liga, momentum yang diperoleh kini harus diteruskan. Apa yang lebih memberangsangkan, persembahan atas padang pasukan kesayangan kita ini turut menampakkan peningkatan mendadak dalam 2 perlawanan terakhir ini. Secara tidak langsung, menghidupkan peluang kita untuk kekal di Liga Super musim depan.

 

Apakah faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan? Adakah kehadiran Mario Lemos sebagai jurulatih yang ketiga pada musim ini? Atau kehadiran Angel Guirado di bahagian serangan? Ada juga yang berpendapat berita perletakan jawatan presiden PBNS, Tok Mat merubah corak permainan Negeri Sembilan kepada yang lebih baik. Walaupun nampak macam takdo kono mengono, dah pendapat orang macam tu, biarlah deh. Tapi pado den, ternyato bulan puaso ni memberi rahmat kepado pasukan Negeri Sembilan. Den turut berharap duo perlawanan monontang Perak lopeh ni akan momihak kepado Negeri Sembilan. Lopeh puaso nanti kono tengok balik lah sobab dah pokono rondang mo lomang, taktau prestasi eh makin meningkat ko menurun. Tapi harapan eh meningkat lah sobab kito nak kojar balik mato mato yang dah dibuang sobolum ni.

 

Berbalik kepado game semalam, pado asal eh den ingatkan Mario Lemos masih tercari-cari gandingan yang boleh membantu Angel Guirado di bahagian dopan. Sobab eh Fakrul Aiman dan Khairul Izuan disenarai dalam kesebelasan utama menggantikan Thanabalan dan Nico Velez yang turun ketika bertemu Kelantan. Namun meleset samo sokali anggapan den tu. Ghupo eh Thana domam dan Nico pulak injured. Menurut info, hamstring laie sokali. Hmm.

 

Seperti yang kita lihat sebelum ini, baik Jorg, Azraai Khor mahupun Asri Ninggal sebagai caretaker, pelbagai gandingan serangan telah diturunkan atas dasar strategi dan juga kecederaan. Namun segalanya punah dan tak menureh! Mario Lemos juga menyatakan akan menggunakan pemain yang ada dengan sebaiknya dan sudah pasti walaupun pemain utama telah dikenal pasti, pemain-pemain lain sedia untuk merebut posisi masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh Khairul Izuan, Fakrul Aiman, serta Ferris Danial yang masuk sebagai pemain gantian dan berjaya menjaringkan gol semalam.

 

Pada separuh masa pertama, tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana tidak banyak gerakan menarik dihasilkan. Angel Guirado berjaya melakukan satu percubaan yang sedikit tersasar selepas mempamerkan kawalan bola yang baik. Khairul Izuan pula melepaskan dua percubaan tepat ke arah pintu gol dari luar kotak D. Inilah yang perlu dilakukan oleh para pemain jika sukar menembusi benteng pertahanan dan masuk ke dalam kawasan berbahaya. Terlihat sahaja peluang untuk melakukan percubaan ke arah gol, peluang tersebut tidak harus dipersiakan. Tapi jangan lah kau merembat bola ibarat membuat drop goal dalam sukan ragbi. Pasti lah sumpah seranah yang dihadiahkan penonton kepada kau.

 

Ilham Amirullah juga turut diuji sekali dan ketangkasannya menggagalkan percubaan pemain PKNS. Sepakan penalti yang diambil Flavio semalam sudah pasti menjadi tumpuan bukan kerana gol tersebut, tetapi atas insiden yang berlaku sebelum itu. Kim berjaya mendapatkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain PKNS ketika dalam cubaan untuk merampas bola tersebut. Walaupun Kim sudah memegang bola dan sedang berbincang sesuatu bersama Flavio, Flavio datang dan menolak bola dari tangan Kim seterusnya membawa bola ke arah penalty spot. Den pasti dalam taktikal Mario Lemos, Flavio merupakan penendang utama jika mendapat sepakan penalti dan Kim juga bertindak professional tidak membantah tindakan tersebut.

 

Separuh masa kedua, Negeri Sembilan sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi kali ini Flavio membiarkan Angel Guirado untuk mengambil sepakan penalti tersebut. Namun, ketika Guirado sedang bersedia untuk melakukan sepakan, Flavio datang ke arah Guirado dan menunjukkan isyarat ke arah bangku simpanan, sebagai tanda barisan kejurulatihan mahukan Flavio mengambil sepakan tersebut. Gol Ferris Danial pula terhasil menerusi kombinasi Aizulrizwan, Guirado dan Ferris. Aizulrizwan melakukan hantaran ke arah Guirado, Guirado menanduk bola kepada Ferris yang berada di hadapan gol sebelum mudah menolak masuk bola ke gawang PKNS FC. Gol ini menunjukkan perlunya dua atau tiga pemain di dalam kotak penalti ketika melakukan serangan. Mereka pula bukan sekadar bertindak sebagai option untuk melakukan hantaran, tetapi turut boleh bertindak sebagai second receiver. Yelah, kalau nak mengharapkan seorang je yang bekerja, Messi dan Ronaldo pun putus asa!

 

Setelah selesa dengan tiga gol, Negeri Sembilan membiarkan PKNS menguasai permainan dan hasilnya, Romel Morales berjaya menjaringkan gol menerusi volley cantik! Ilham hanya mampu melihat bola menerjah jaring. Terlalu berkualiti gol itu. Mujur, serangan-serangan PKNS selepas itu berjaya distabilkan barisan pertahanan yang diketuai Nasriq Baharom dan Ilham sendiri. Yang den polik somalam, PKNS seolah-olah gagal bermain dalam tempo mereka sendiri. Bukan PKNS yo, Terengganu mo Pahang pun samo gak. Mungkin sobab kono travel untuk perlawanan dalam maso yang singkat. Agak eh la. Mano den tau. Den agak yo.

 

Negeri Sembilan seharusnya menggunakan peluang tiga perlawanan berturut-turut beraksi di halaman sendiri tanpa travel sebagai satu kelebihan ketika menentang Perak, Rabu ini. Diharapkan juga kecederaan Fauzan dan Fakhrul Aiman yang terpaksa dikeluarkan awal semalam tidaklah terlalu serius. Dengan berakhirnya jendela pintu perpindahan semalam, maka hampir pasti hanya Prak Mony Udom dan Ronars Rode pemain import yang disingkirkan bagi menggantikan pemain import yang lebih efektif.

P/S : Nico Velez ni manjang injured yo

 

Yat.