UltraJang – Buapak Bolasepak Beradat

Internasional

250 tumbukan padu keudara!

Tak manis kalau Jang buat tak tahu saja dengan rekod yang dibuat oleh rudeboy Rooney, hero bola sepak United yang berjaya memecahkan rekod jaringan yang lama dipegang oleh SIr Bobby Charlton. Untuk rekod, Jang tidak pernah sekalipun hilang kepercayaan pada Rooney walau bagaimana teruk pun beliau bermain. Kenapa? Kau baca artikel sumbangan abang Zaim Ramli ini untuk mengetahui kenapa Wayne Rooney adalah terlalu hebat jika mahu dibandingkan dengan seluruh pemain England ketika ini.

WAZZA – 250 gol! – Zaim Ramli.

31 Ogos 2004 – dengan harga yang menjadi rekod perpindahan pemain remaja termahal Britain ketika itu, Wayne Rooney sah bergelar pemain untuk Manchester United. Selepas itu, bermulalah karier yang penuh gemilang buat pemain yang pernah digelar The White Pele ini. Kata orang putih, the rest is history.

Menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 93 adalah manis. Menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang power adalah manis. Dan menjaringkan gol yang sekaligus menjadikannya satu rekod sebagai all time top scorer adalah terlalu manis! Oh, kau terlalu manis Captain Wazza!

Prestasi Rooney sejak beberapa musim kebelakangan ini memang agak merudum. Walaubagaimanapun, sebagai seorang kapten, beliau tidak pernah tergelincir ketika menahan bola untuk memberikan kejuaran kepada pasukan lain. Itulah bezanya Rooney dengan kapten pasukan kau. 53 gol untuk England dan 250 gol untuk United adalah satu pencapaian yang gemilang. Yang mungkin kita tidak akan lihat lagi selepas ini. Dengan tubuh badan seperti seorang atlit tinju, Rooney membuktikan tidak ada yang mustahil dalam bola sepak. Sepanjang karier beliau, Rooney telah mengecapi semua jenis piala yang dipertandingkan di peringkat kelab. Di peringkat internasional tak usahlah kita bercerita.

Tapi, ada orang yang percaya hampir setiap tahun kapten pasukan dia akan julang kejuaraan liga sampailah kaptennya itu merajuk pergi Amerika pun tak julang-julang juga piala.

Rooney bermula sebagai seorang pemain remaja yang terkenal dengan sifat panas baran. Pantang diusik, darahnya akan menggelegak. Namun, sifat barannya itu mula berkurang selepas berkahwin dan memiliki anak. Rooney seorang pemain yang sangat versatil. Kata Fabio Capello, Beliau umpama sekeping kad joker yang boleh diletakkan di mana-mana. Boleh jadi striker, midfielder dan defender dalam masa tak sampai 30 saat.

Ada kapten satu pasukan tu, masuk padang lebih kurang 30 saat lepas tu sliding tackle tak tentu hala terus dapat kad merah. Zaman Rooney panas baran dahulu pun dia tak pernah buat macam tu kau tahu?

Satu-satunya masalah Rooney yang diberitahu oleh Sir Alex Ferguson melalui buku autobiografinya adalah kecergasan. Rooney bukan seorang pemain yang benar-benar fit. Dia sering bergelut untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik terutamanya selepas mengalami kecederaan. Namun, bagaimana seorang pemain yang tidak memiliki tahap kecergasan yang baik boleh bermain dan menjadi all time top scrorer?

Semangat! Itulah yang dimiliki Rooney yang mungkin tidak ada pada pemain lain. Semangatnya mengatasi tahap kecergasan beliau. Semangatnya itu umpama jantung kedua buat Rooney di atas padang. Inilah yang tidak ada pada pemain-pemain di negara kita sebenarnya. Semangat bermain sehingga minit ke 60 kemudian cekak pinggang tu ramai. Menyedari akan dirinya sudah tidak setajam dahulu, Rooney akan mencari jalan untuk membuka peluang kepada rakan-rakan menjaringkan gol. Dan sememangnya tahap kreativiti Rooney adalah tinggi. Cara dia buat long pass untuk change side pun sudah buat kita inzal!

Van Nistelrooy, Ronaldo, Berbatoz, Hernandez, Van Persie dan kini Zlatan. Semuanya pernah menikmati umpanan Rooney untuk menghasilkan gol.

“Play for the name on front of shirt, and they will remember the name on the back.”

Mungkin boleh kita katakan Rooney sudah di penghujung karier berdasarkan prestasi semasa beliau. Namun, apa yang boleh diucapkan kepadanya adalah “Anda telah melalui karier yang gemilang di sebuah kelab yang betul!” Apa jua yang berlaku selepas ini terhadap Rooney, samada ke China atau Amerika, namanya sudah terpahat dalam sejarah ulung bola sepak Inggeris dan akan dikenang sampai bila-bila. Mungkin ketika Transformasi Nasional 2050 nanti cucu-cucu kita akan berkata – “Wah! Bestlah atok dulu hidup zaman Captain Wazza!”

Tidak akan ada cucu-cucu kita yang bercerita tentang kapten pasukan lain nanti. Percayalah.
“Wayne possessed a marvelous natural talent. He was a serious, comitted footballer with a hunger for the game” – Sir Alex Ferguson.

*Sesiapa berminat menyumbang artikel untuk disiarkan disini boleh emel ke ultrajangmag@gmail.com. Tidak kurang dari 500 patah perkataan dan menggunakan bahasa serta ejaan seperti pernah bersekolah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: