/Korelasi Ole Kekal Dan Bola Sepak Tempatan

Korelasi Ole Kekal Dan Bola Sepak Tempatan

Pertamanya, abang Tom ingin meminta maaf jika soalan abang Tom di Facebook mengguris hati penyokong-penyokong United secara tidak sengaja. Percayalah tiada niat untuk trollkan anda mahupun pasukan anda. Keduanya, abang Tom terkejut dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Manchester United ketika ini walaupun pasukan mereka dilihat seperti berada di dalam pergelutan. Disebabkan perkara kedua ini, abang Tom ingin melihat kenapa situasi sekarang boleh terjadi tanpa kita sedari. Kami ingin melihat response penyokong-penyokong berkaitan dengan nasib Ole Gunnar Solskjaer. Kemudian, kami ingin kaitkan response mereka dengan penerimaan situasi bola sepak tempatan. Sekaligus dijadikan tajuk penulisan kali untuk kali ke tiga ribu kali. Mari kita lihat macam mana abang Tom kaitkan di perenggan-perenggan yang berikutnya.

Kajian secara rawak telah dilakukan menggunakan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter. Sebanyak 200 koresponden telah mengambil bahagian dalam survey ini. Cukup data untuk kami membuat keputusan berdasarkan soalan hypothesis kami. Sebanyak 90% penyokong-penyokong United telah bersetuju untuk mengekalkan Ole sebagai pengurus Manchester United (At least sehingga musim hadapan). Manakala 100% penyokong bukan United juga setuju yang Ole harus dikekalkan dengan apa jua cara sekalipun. Malangnya kami tidak akan menerima data daripada yang bukan United kerana ia tidak relevant untuk dijadikan kesimpulan.

Jangan khuatir penyokong-penyokong United semua. Apa yang anda sedang hadapi sekarang sama seperti nasib kami penyokong Liverpool dahulu. Seperti mana anda trollkan kami dahulu begitu jugalah apa yang kamu sedang rasakan sekarang. Sebenarnya roda bola sepak sentiasa adil dalam memastikan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ketika Brendan Rodgers dipecat dahulu, penyokong Liverpool kebanyakannya tidak memberi apa-apa reaksi yang jelas. Ramai tidak mahu Brendan dipecat. Mereka memberi tahu yang Brendan memerlukan masa untuk mengembalikan era kegemilangan Liverpool. Hakikatnya ini adalah sebaliknya. Pemain-pemain Liverpool sendiri seperti memboikot beliau dengan lari daripada pasukan Liverpool jika mendapat peluang. Macam sama kan?

Berbalik kepada keputusan survey tadi. Rata-rata yang masih mahukan Ole akan menggunakan alasan masa, pasukan masih dibentuk dan hanya lagenda boleh menyelamatkan United. Alasan yang sebijik penyokong-penyokong Liverpool berikan ketika membackup Brendan Rodgers daripada dipecat. Walaupun rekod Ole tidak memberangsangkan, ianya sedikit pun tidak mempengaruhi keputusan mereka. Jika dilihat dari segi kewangan, United adalah pasukan yang kaya. Kaya sahaja seperti tidak cukup untuk membetulkan Manchester United. Ini kerana mereka berbelanja paling banyak pada tahun ini. Tengoklah kedudukan mereka masih tidak berubah. Kami admin-admin United di Ultrajang sendiri mahukan Ole untuk kekal sebagai pengurus sehingga ke akhir liga. Keputusan ini nampaknya sangat jitu. At least ianya datang dari penyokong-penyokong luar daripada wilayah Manchester.

Yang menariknya, ini berbeza bila kita lihat pada situasi yang sama pada bola sepak tempatan. Apabila pengurus tidak membawa pasukan dengan baik, kita akan nampak kesannya dengan cepat. Hanya perlu mengambil masa tiga ke enam bulan sahaja untuk mereka dilucutkan daripada jawatan mereka. Kita tak pernah lagi dengar ayat dari penyokong United di mana-mana laman yang sosial mengatakan ‘Dulu ado Lukaku dibuang eh’ dari mulut mereka. Mereka tidak bersabar dan seperti tidak faham pasukan bola sepak perlukan masa untuk pulih. Terus mereka mengkambingkan hitamkan seseorang pengurus tanpa memberi tempoh yang sesuai untuk dia membuktikan dirinya. Desakan ini berlaku kepada semua pasukan bola sepak tempatan.

Oleh itu, hasil daripada kajian ini jelas menyatakan penyokong-penyokong Manchester United dan Liverpool di Malaysia khususnya boleh bersabar dalam pembentukkan ataupun pemulihan pasukan bola sepak Eropah kesayangan mereka. Jadi ini membangkitkan persoalan kepada abang Tom. Persoalannya berbunyi begini. Adakah penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia semakin matang dan boleh menerima pembentukan sesebuah pasukan memerlukan masa, penerapan pemain muda dan kepercayaan kepada pengurus untuk berjaya? Jika ya, kenapa kita tidak kita praktikan di pasukan bola sepak tempatan? Adakah wujud double standard dalam kita menilai sesebuah pasukan? Ataupun simply because of Eropah masih dilayan seperti kelas atasan dan liga tempatan bukan. Sekarang kau jawab!

 

P/S: Ataupun sebenarnya penyokong United telah pasrah.

 

-Tom Bombadil, Bekas tukang survey jalan raya JKR Seremban-

Picture Credit to:Click Here