/5 dosa JDT yang kita semua tahu (tapi JDT buat tak tahu)

5 dosa JDT yang kita semua tahu (tapi JDT buat tak tahu)

Dimanakah salah dan silap JDT sehinggakan titik-titik dosa mereka telah hitam dihati kita semua? Jang ada juga menulis pasal JDT sebelum ini tetapi lebih kepada kebaikan yang mereka lakukan dan perkara-perkara yang perlu kita contohi. Benda-benda tak best yang perlu kita jauhi juga banyak cuma tak manis kalau Jang yang tulis.

Artikel kali ini datang dari penyokong JDT sendiri, seorang Bangsa Johor yang mengenalkan dirinya sebagai Abang Sauh. Lu memang steady dengan nama Abang Sauh!

Dosa-dosa JDT dimata Abang Sauh!

Sebelum kita berbual panjang, ingin aku tegaskan bahawa aku juga salah seorang penyokong JDT dan juga Bangsa Johor. Artikel ni sebenarnya khas untuk supporter JDT macam korang dan aku untuk kita sama-sama berfikir apakah dosa team kita sampai hari-hari orang asyik nak membahan aje kan? Ada beberapa dosa yang JDT dah buat yang pada hemat aku tidak patut dilakukan oleh kelab yang berstatus professional. Ingat! Ni semua adalah pandangan peribadi dan kritikan membina agar JDT tak buat lagi pada masa akan datang.

1) Beli Paulo Rangel. Rasanya ni dosa pertama sebelum season start. Dulu PBNJ kata tak berminat nak beli dia ni. Katanya corak permainan tak sama falsafah. Last sekali pergi angkut jugak budak Rangel ni. Takkan la ‘scouting team’ tak boleh nak ikut perkembangan Rangel sejak dia masuk main dalam liga kita? Penyudahnya si Rangel ni kene turun pangkat main dengan Jdt2. Bodoh. Satu pembelian yang tak berbaloi. Harap perkara ni tak berulang kepada si Azrif pulak. Bukan apa PBNJ katanya dah tak berhasrat nak sign Azrif lagi. Jangan jilat balik sudah lah kang.

2) Mengkambinghitamkan ‘scout talent’. Benda ni jadi masa kes si Azrif la. Aku pon tak pasti sama ada individu ‘scout talent’ tu memang wujud atau sekadar nak menutup keaiban yang telah JDT lakukan. Salah sekali terus kena pecat bai. Kesian. Apa pon kalau dah ada scout team tu apesal la mengada nak sign jugak Rangel tu. Tak faham betul aku.

3) Melahirkan penyokong yang ‘buta’. Kalau biasa dalam scene politik mereka ni digelar macai. Tapi tu la, asal ada yang kritik sikit terus digelar haters. Tak boleh terima nasihat betul diorang ni. Boleh usya dekat page JOHOR Southern Tigers(JST) untuk bukti. Berlambak kang. Malu pon ada kekadang bila fikir balik. Bukan apa, kita kalau boleh janganlah asyik nak memuji aje walaupon tahu benda tu salah. Sekali-sekala memang patut kena kritik, maki dan sebagainya bagi diorang berakal sikit main bola tu.. Dah kalau benda gameplay buruk, kalah, tak konsisten memang patut kena maki bukan asyik puji je. Kalau gitu muai la.

4) Kerap main backpass. Ini penyakit bai. Malam tadi puas aku menyembang dengan kawan aku perihal backpass ni. Player kita ni memang kurang konfiden. Dari sudut positif main shortpass ok la cantik dah tapi kerap sangat backpass tu. Player eropah pon ada backpass juga tapi takdela kerap sangat sampai ke keeper. Itu pon kalau dah diasak teruk oleh opponent atau takde opsyen lain baru la keeper masuk campur.. Ini tidak, benda opponent tak asak apa pun eh nak jugak tu patah balik sampai ke keeper. Kesannya gameplay jadi hambar. Kita kan team pro dan power jadi gameplay juga haruslah selari degan taraf team kita kan.

5) Last, pasal page JST. Kekadang tu aku naik menyampah pon ada. Kemon, awak kan page bola jadi up la status ke gambar yang berkaitan dengan bola, team kita. Ini tidak kekadang pergi up gambar TMJ main polo, gambar kereta TMJ la. Kita takmau semua tu pasal kita dah tahu. Cukup la sekadar update pasal team kita je. Itu lebih manis rasanya. Baru professional.

Akhir kata, sebenarnya tidak salah pun untuk kita menyokong mana-mana pasukan bolasepak yang kita suka walaupun pasukan tu baru nak up (baca: JDT) sebab hak meyokong adalah hak individu. Juga perlu diingatkan jangan asyik nak dipuji aje team kita sekali-sekala tu kritik lah, maki lah, sumpah seranah lah team kita selagi mampu biar berakal sikit player yang ada (Sapi Sali terutamanya). Sekian.

Yang berbicara,
ABANG SAUH.

Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com. 400-500 patah perkataan dan guna ejaan seperti anda pernah bersekolah.