/5 port tengok bola paling sedap di Seremban

5 port tengok bola paling sedap di Seremban

KORANGS,

Kalau korangs takda tiket nak tengok perlawanan diantara Harimau Malaya menentang Thailand malam nanti, korangs layan ajelah kat TV. Tengok kat TV pun ok lah, takda isu patriotik atau true tak true pun. Hal-hal membincangkan status penyokong ini hanya orang lemah jiwa saja bincangkan. Tengoklah bola walau dibelakang Unta sekalipun, tidak akan menentukan atau menaikkan status seorang penyokong itu, jadi kau bertenanglah.

Jangan sekali-kali kau beli tiket dari ulat semata-mata kerana kau gagal melawan godaan perlawanan bola sepak. Jika kau beli dari ulat tiket, yang menang adalah ulat tiket dan yang kalah adalah kau dan semua perlawanan bola. Ingat tu!

Jang cadang kau tengok la dengan kawan-kawan kat mana-mana yang kau fikirkan sesuai. Kalau rumah kawan kau ada adik cun, kau ejasla tengok sana. Kalau tak, kau ajak tengok kat mamak atau kau mintalah ADUN kawasan kau pasang skrin besar. ADUN kau pun satu, harap tiket free masa final Piala Malaysia saja. Lain time dia buat dunno je dengan bola sepak Malaysia. ADUN tiket ni lagi teruk dari ULAT tiket sebab dia main order saja berapa ribu jumlah tiket dia mahu.

OKlah, sebenarnya susah juga nak cari port sedap tengok bola kat Seremban ini. Kriteria dia mestilah makan dan minum dia sedap, tempat duduk selesa dan bersih, TV ULTRA HD 4K atau jika guna skrin besar bersama projektor, biarlah sedap mata memandangnya. Kalau teh rasa air stokin, TV berbalam-balam bagaikan kurang vitamin, maka baik kau port kedai cekodok saja sambil mengumpat Syed Saddiq.

Disini Jang kongsikan 5 port sedap mengikut selera Ijat The Brazillian dan Aiman, Kid Greatness, Tom Bombadil, Cheif Hooligan dan Jang sendiri

1.Kassim 2020 Seremban 2

Ini port pilihan Ijat dan Aiman menonton bola. The Mambaus ini memang suka port sini untuk semua perlawanan EPL, terutama yang melibatkan perlawanan pasukan lemah. Mereka suka mengkaji pemain-pemain untuk Liga Fantasi mereka, tapi itulah, points pun sekadar average saja setiap minggu, tapi spirit tu ada. Makanan kegemaran Aiman disini ialah Meggi Goreng. Sedap katanya! Menurut Aiman lagi, Kassim 2020 ni port bebudak Man United tengok bola seri. Hmmm.. Tapi menurut Ijat, yang tak sedap kat sini ialah port ini berdekatan dengan pasar malam so, agak bising dengan bunyi generator. Jang tak pernah dengar atau tahu Kassim 2020 ini dan Jang tidak akan pergi ke kedai yang ramai penyokong Manchester United sebab bila De Gea save,mereka ramai-ramai tepuk tangan. Kat stadium ok la tepuk tangan,kat mamak pun nak tepuk tangan? Baler!

2. Azhar Maju Taipan Senawang.

Ini port pilihan Kid Greatness sebab ada skrin besar katanya. Kehadiran penyokong juga sangat ramai disini sampai kene berebut tempat duduk. Well, Senawang kan, selain kene berebut dengan mat bola, kau juga kene berebut dengan mat motor yang datang segerombolan dengan makwe mereka. Makwe-makwe mereka ini kebanyakannya tak la cun sangat, harap seksi standard Senawang aje. Satu lagi kau kene tahan ialah, bila geng motor ni nak blah, mereka akan pulas throttle motor kuat-kuat, memekak menandakan mereka gembira malam ini malam minggu. Kid kata dia tak makan kat situ, hanya order air dan asap motor saja dah kenyang. Jang tak datang sini sebab Jang rimas dikelilingi makwe tak cun.

3. Pelita Gateway

Ini port pilihan Tom Bombadil jika dia dapat menyusup keluar menonton perlawanan bola di kedai. Sebab Tom jarang-jarang dapat keluar malam tengok bola. Kesian Tom..tapi itu cerita lain. Tom pilih Pelita sebab kebersihan, servis bagus dan ramai gadis berlainan bangsa disini. Pergi Pelita sudah tentulah makan nasi kandar atau roti canai atau megi goreng. Jang pun suka pergi Pelita sebab kat Seremban takda restoren Kayu. Kalau ada Kayu,nescaya Jang tak pergi Pelita. Menurut Tom, dia suka menonton bola disini sebab TV dia ok, crowd pun macam ada standard sikit (Standard Chartered la tu, mudah betul point penyokong Liverpool ini). Takda rempit-rempit dan Gateway ini ada feel macam kat KL sikit, kata Tom. Tapi Jang tak berapa suka sebab Pelita selalu tak kuatkan bunyi TV. Dah la bunyi orang berbual dan gelak ketawa lagi kuat. Jang perlu dengar apa komentator bahasa Malaysia cakap waktu perlawanan. Kalau nasib kau baik, kau akan jumpa KJ tengok bola bersama Najib. Ahhh Tentu Sekali!

4. Al-Zain Sikamat

Ini port Jang sebab dekat dengan rumah dan Jang boleh pegang remote kontrol. Kedai mamak yang sedap ialah bila kau dah regular dan boleh tukar siaran sesuka hati. Al-Zain ni ada section outdoor yang berangin. Ada 4 TV sedap dipasang, 2 dalam kedai dan 2 diluar. Jang suka duduk luar sebab TV dia agak baik. Crowd pun ramai disini berbilang bangsa, terutama Cina Sikamat yang regular disitu. Port ni sama kuat penyokong United dan Liverpool so kau boleh bayangkan mereka tepuk tangan bila ada momen mengujakan. Teh tarik juga agak berwibawa dan dia ada dapur Tomyam untuk sapa-sapa terasa nak makan nasi ayam halia. Plus point kat sini ialah ianya juga port gadis Indon kerja kilang makan malam. Mereka tak ramai, dalam 300 orang dan menyewa satu blok aparment diseberang jalan. So, kalah atau menang perlawanan bola sepak, ianya tetap menang buat penyokong disini.

5. Chief Hooligan Ajwad kata dia tengok bola kat rumah je. Kalau keluar pun ke Surau dalam taman saja. Sedih bunyinya, tak sampai hati pulak Jang nak tanya lebih-lebih.

Sebenarnya kami semua bersetuju, takda satu port pun yang sedap dan standard untuk tengok bola di Seremban. TAKDA! ZERO! YELEK! BOLIAU!

Mungkin sebab makan dan lepak di mamak ini bukan satu budaya di Seremban. Orang Seremban ada cukup masa untuk masak dan makan dirumah jadi mereka tak lepak mamak sangat. Kalau KORANGS ada port sedap tengok bola, jangan la rahsiakan dari kami. Ajak-ajak la kami join sekali. Risikonya ialah, kalau kami datang dan port tu tak sedap, bersedialah menerima cercaan. Itu aje.

Jang,
Kadang-kadang terbawa remote Astro mamak kedalam kereta.