/7 pemain Liga Super sertai Nismilan!

7 pemain Liga Super sertai Nismilan!

Ketika semua pasukan Malaysia sibuk dengan urusan perpindahan pemain bagi menghadapi saingan liga musim depan, Nismilan pula senyap tanpa membuat sebarang pengumuman pengambilan pemain. Beberapa pemain musim lepas telah pun mengesahkan mereka meninggalkan skuad Hobin Jang Hobin, antaranya Sean Eugene, Shazlan Alias, dan kesemua import. Pemain pertahanan Annas Rahmat pula telah sah disunting PKNS FC. Maka tertanya-tanyalah penyokong apakah Nismilan tidak mempersiapkan pasukan?

Tenang.Dentampil untuk menjelaskan perkara sebenar agar penyokong tidak lagi runsing dengan isu ini.

Mustahil Nismilan tak persiapkan pasukan. Berita baiknya ialah bajet yang disediakan untuk saingan liga musim depan. Malah, peruntukkan yang disediakan juga sedikit lebih tinggi berbanding musim lepas. Makanya, pemain lebih berkualiti dapat dibawa masuk. Bukankah kita juga yang bising musim lepas dengan pelbagai komen dan kritik mengatakan Nismilan tidak mempunyai squad depth yang tinggi untuk tangani masalah kecederaan yang dialami musim lepas?
Lebih menarik, PBNS juga sedar dengan kelemahan bahagian midfield musim lepas. Melepaskan Annas dan Shazlan juga turut melemahkan bahagian pertahanan. Maka, beberapa pemain pertahanan turut dibawa masuk. Tetapi, pemain yang dibawa masuk ini bukanlah superstar yang kita dambakan. Kita harus ukur baju di badan sendiri. Takkanlah Stoke City, Crystal Palace ataupun Watford nak menggajikan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Paul Pogba. Bukannya tidak mampu, tapi apalah erti menjanjikan bulan dan bintang, lepas tu gaji pun tak bayar? Tak ke aib namanya tu? Bola sepak adalah perniagaan dan tiada peniaga yang mahu rugi.

Jadi, ciri pertama yang perlu ada pada pemain baru ialah, menepati bajet.

Apabila gaji tidak terlalu tinggi, secara tidak langsung pemain yang hanya benar-benar ingin bermain untuk pasukan berjaya dipilih. Haa, ini namanya ‘killing two birds with one stone’. Tak faham? Serampang dua mata la. Jadi, tiada isu pemain yang bermain kerana duit. Bukankah lebih professional bunyinya?

Nismilan turut mempunyai beberapa pemain idaman yang ingin dibawa masuk. Namun, kebiasaannya pemain-pemain berkualiti ini mempunyai kontrak dengan pasukan lain. Justeru menyukarkan proses perpindahan. Azam Azih antara calon yang paling layak untuk galas tanggungjawab bermain di midfield Nismilan. Malangnya, Pahang telah ikat kontrak jangka panjang dengan beliau. Azam ni pandangan den yo la. Jangan buat spekulasi liar pulak cakap Nismilan ada mencuba untuk dapatkan pemain ini. Kalau nak tebus kontrak macam terlalu stylo pulak dan Nismilan pula merupakan pasukan yang sentiasa low profile. Kalau kewangan Nismilan dah setaraf JDT, itu lain cerita.

Antara cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan memasuki transfer market dengan lebih awal. Untuk musim lepas dan musim depan, inilah yang dilakukan Nismilan. Persiapan awal perlu dibuat untuk bentuk pasukan mantap. Bila persiapan dah dibuat, terpulang kepada jurulatih dan pemain untuk capai misi yang ditetapkan.

Selain itu, tahap kecergasan pemain juga diambil kira. Nanti penyokong juga yang bising, tak buat research ke? Rugi bayar gaji mahal-mahal tapi injured, ngabih an bogheh! Tak payah nak senyum-senyum, den donga ayat-ayat ini selalu berkumandang kek stadium. Malah, den merupakan salah seorang yang melontarkan kata-kata sebegini juga. Hahaha. Takkan kita nak kes Khyril Muhymeen berulang lagi, betul?
Tapi harus diingat, kecederaan ni tak boleh dijangka. Kalau tiba-tiba ketika sesi latihan hamstring ketat ke, terkehel lutut atau buku lali ke, nak buat macam mana? Kita berusaha untuk yang terbaik, tetapi tetap kena percaya pada qada’ dan qadar. Haa, kau jangan sampai den pakai ketayap tarbiyahkan kau!

Untuk pemain import pula, selain daripada kedua-dua perkara di atas, mereka turut wajib hadiri trial dengan Nismilan. Den setuju sangat perkara ini diamalkan. Ini kalau setakat tengok video kat Youtube, den pun boleh main liga professional! Tapi den faham, untuk hantar scout team ke luar negara mencari pemain amat tinggi kosnya. Kalau gaji pun sangkut, jangan la nak sembang pasal scout ni. Ini secara amnya, bukan khusus kepada Nismilan tau! Nismilan gaji tak sangkut!

Kalau kita lihat secara lebih terperinci, juara Liga Super 4 kali berturut-turut, JDT yang mempunyai scout team sendiri pun beberapa kali gagal dapatkan pemain import yang benar-benar berkualiti, walaupun berbelanja besar. Tidak mustahil pemain-pemain yang kurang menureh ini telah di oversell oleh agent mereka. Kenapa contoh JDT? Sebab merekalah benchmark Liga Malaysia buat masa ini. Penyudahnya, mereka turut kitar semula pemain import yang pernah beraksi di Malaysia. Tak payah lah petik nama kan? Tak manis.

Berbalik kepada topik trial tadi, kalau dah datang trial, barisan kejurulatihan pasti boleh nilai dengan lebih baik kemampuan pemain import tersebut. Kalau tengok video atau percaya bulat-bulat kata agent, jadilah kes macam Philani ke Fellaini dulu tu yang main 1 game selama 15 minit je kalau tak silap. Tak berbaloi la macam tu.

Walaupun pemain tersebut dikhabarkan lebih hebat daripada Messi sekalipun dan menepati bajet, tetap kena trial. Namun, sekiranya pemain tersebut pernah bermain dalam Liga Malaysia, lebih mudah lah untuk buat penilaian dan tak perlulah beriya buat trial. Kalau Andik ke Ghaddar atau Liridon yang memang satu Malaysia dah kenal, tak payah buat trial pun tak apa sebab kita dah tahu kemampuan dia. Ini contoh je, jangan ingat diorang bertiga ni nak datang Nismilan pulak. Kot penyokong nak pomain macam ni, keluar an duit epf mo tabung haji tu bayar gaji diorang.

Berhubung dengan tiada langsung berita memancing pemain ini, pada pendapat den, sebab tak nak di’sailang’ pasukan lain. Pada den, ini juga langkah bijak. Tak perlu kita war-warkan cuba dapatkan pemain tetapi kesudahannya, pasukan lain yang berjaya dapatkan khidmat pemain tersebut.

KESIMPULAN :

Untuk menuduh persiapan Nismilan tidak mantap, sangat tidak tepat. Pihak terlibat telah laksanakan tugas yang diberi sebaik mungkin berdasarkan beberapa ciri yang den dah sampaikan tadi. Tidak dinafikan, sekiranya kewangan kita lebih kukuh, pasti kita boleh bawa pemain yang kita idamkan tanpa banyak usaha.

Seperkara lagi, kita main di Liga Perdana. Tarikan tu kurang la sikit. Ada ke pemain yang kita idamkan nak beraksi di liga ini? Kalau beraksi di Liga Super, setidaknya adalah juga peluang untuk dapat panggilan menyarung jersi kebangsaan.

Jadi, siapakah pemain yang berjaya Nismilan dapatkan untuk saingan liga musim depan? Tidak dapat den dedahkan. Kita kena hormat dan tunggu pengumuman rasmi daripada PBNS. Tetapi memang 7 pemain daripada Liga Super telah berjaya didapatkan bagi menghadapi saingan Liga musim depan. Perkara ini dibuat bagi menghormati kontrak kesemua pemain ini yang akan tamat penghujung bulan ini. Tetapi rasanya ada beberapa pemain yang dah bagi ‘hint’ pun tentang penyertaan mereka ke Nismilan melalui media sosial. Itu hak mereka lah. Den tetap tak boleh langgar janji dan prinsip den.

P/S : Felda United dan Terengganu FC II tidak akan kekal di Liga Super. Adakah FMLLP akan kekalkan hanya 10 kelab di Liga Super atau…? Sama-sama kita tunggu.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

Kongsi artikel ini: