/Surat terbuka kepada manusia

Surat terbuka kepada manusia

Artikel kali ini adalah satu surat terbuka yang di hantar oleh seekor anjing yang mahu di kenali sebagai BR. Beliau mengaku lolongan beliau adalah suara PETA. 

Kehadapan manusia,

Izinkan saya mengenalkan diri saya terlebih dahulu, saya BR, seekor anjing yang juga aktivis kepada Pembelaan Etika Terhadap Anjing atau PETA. Saya terpanggil untuk menulis surat ini kepada UltraJang untuk disampaikan rasa tidak puas hati kami terhadap layanan manusia terhadap Anjing. Bukanlah niat kami untuk membuat nasi tambah kepada kemelut yang berlaku tempoh hari, tapi perkara ini tidak mampu kami diamkan lagi. Semakin parah dan bernanah di lubuk hati kami yang paling dalam.

Di manakah salah dan silap kami sehingga setiap kali berlaku perbalahan di antara umat manusia, anjing di jadikan simbol kehinaan? Apa lagi dosa kami yang tak termaafkan hingga pernah kami di jadikan binatang penentuan di antara yang liberal dan yang jumud? Adakah kerana lidah kami panjang dan sentiasa terjelir? Tetapi tahukah umat manusia semua, lidah kami terjelir dan panjang serta sentiasa basah adalah kerana ianya satu kelebihan yang tuhan beri untuk kami menyejukkan badan dan berpeluh.

Baru- baru ini imej kami telah di jadikan err.. tifo?pyro?capo? kira poster la, senang. (Maaf, kami anjing tak tahu semua hal manusia). Kami tidak berniat untuk masuk campur perbalahan manusia samada ianya berkenaan bola, fahaman agama, kopi, artis muda yang bersungguh menyanyi lagu sedih atau mencari RT di twitter. Lakukanlah apa yang manusia rasa baik untuk mereka. Tetapi kenapa imej kami di jadikan simbol atau mesej kepada kejahatan/kekejian/haram dan sebagainya? KENAPA?

Kenapa tiada pasukan bola menggunakan kami sebagai imej pasukan mereka? Kenapa ada Gajah, Harimau, Helang dan sebagainya? Elok sangat ke perangai Harimau berbanding kami? Ada ke Harimau jadi pengawal rumah? Harimau ke yang mengesan bau dadah di Lapangan terbang? Ada ke Gajah di jadikan teman di bawa berjalan setiap petang? Apakah binatang yang di nobatkan sebagai ‘Man best Friend’? Biawak ke? Semua persoalan ini juga tidak penting dan kami tidak mahu pun jawapannya. Cuma, sesekali hati ini terguris juga bila khidmat dan kesetiaan kami langsung tidak di iktiraf, tetapi di hina.

Tujuan surat ini bukanlah ingin menambah keruh kepada suasana yang sedia kelam. Tidak berniat mencari salah sesiapa pun. Kami, anjing akan terus menjadi seperti anjing. Manusia pula, di anugerahkan tuhan akal untuk berfikir, gunakanlah dengan sebaiknya. Jika ada kesilapan, berdamailah. Kami lihat, apa yang patut di majukan ialah corak permainan bolasepak manusia, bukan gaya menganjing. woof!

Sekian. Terima kasih UltraJang.

img-thing

Sila Like laman web kami.TQ