April 16, 2024

Ada apa dengan pemain import?

4 min read

Hal pemain import ini adalah hal basi. Hal lama yang diulang-ulang dalam mencari kambing hitam kepada masalah kemiskinan penyerang tempatan. Hal ini tidak hanya berlaku dalam liga kita saja. Liga inggeris juga pernah menjadi isu apabila pasukan England tumpul dipentas dunia. Kelab seperti Arsenal contohnya hampir 90% mengambil pemain bukan inggeris dalam kelab mereka. Begitulah hinanya Arsenal, tapi itu cerita lain.

Ada banyak lagi isu dan ‘kemeriahan’ dalam bola kita yang Jang buat tak tahu saja sebab malas. Pertama, malas yang memang original punya malas dan kedua, malas nak layan benda sama, yang kadang-kadang dah jangka apa akan berlaku akhirnya, seperti debat. Tapi Jang akan usik juga nanti bila sampai masanya. Kau bersabarlah.

Tapi bila ada orang yang menyoal kemampuan pasukan Negeri Sembilan tanpa pemain import dari Australia, menaik juga darah Jang! Jang siasat juga siapa yang berani mencari kemarahan Jang tu tapi bila Jang tau, terus Jang malas nak ambik kisah. Pertama, dia bukan tengok pun game bola Negeri Sembilan dan kedua, Jang bukan tak tahu ‘tujuan’ dia menembak. *Untuk rekod, hukum main tembak ini adalah ‘boleh’ tetapi bersedia untuk berbalas tembakan.

Tapi bila anak buah Jang mendesak, Jang terpaksa menjalankan tanggungjawab Jang sebagai Buapak Bolasepak Beradat Nogori Sembilan; menangkis peluru yang tidak pun ditujukan kepada bola sepak kita. Takda isu sebenarnya, hanyalah cuba memancing perhatian import kita saja dengan pertanyaan nakal. Sama seperti kedatangan penceramah import Zakir Naik ke Malaysia, ada saja yang mahu perhatian dengan membuat kenyataan – “kenapa sampai panggil penceramah import datang Malaysia? penceramah kita kan ada?”  Tipikal!

Jang dah cakap sebelum ini dan Jang akan ulang lagi sekali. Kedatangan import tidak menjadi punca kemiskinan penyerang tempatan. Mereka dibayar gaji oleh persatuan bola yang mahu memastikan kemenangan pasukan. Persatuan bola sentiasa mahu kemenangan melebihi pembangunan. Mereka mahu pasukan layak ke saingan Piala Malaysia, jika tidak, nanti akan dihentam oleh penyokong sendiri. Lihatlah di Pulau Pinang, Terengganu dan paling klasik, Pahang. Baru 9 perlawanan, penyokong sudah memberontak apabila prestasi pasukan tidak memuaskan hati mereka.

Pahang kalah dengan desakan penyokong, CEO mereka berhenti. Terengganu juga ikut cakap penyokong dengan merehatkan jurulatih mereka dan terbaru Pulau Pinang. Bayangkan jika perkara yang sama berlaku pada pasukan Negeri Sembilan. Jadi kebanyakan persatuan tidak ada pilihan, ambil penyerang import yang hampir pasti boleh menghasilkan gol, atau ambil pemain tempatan, bentuk mereka tetapi jika gagal ke saingan Piala Malaysia; bersedia untuk dimaki. Ini situasi yang sama seperti dalam lagu ‘Bangau oh Bangau’. Bila tanya Bangau kenapa kurus sangat, Bangau salahkan ikan sebab tak mahu timbul. Nampak?

Memang statistik menunjukkan kebanyakkan penjaring terbanyak pasukan dalam liga Super dan Perdana diungguli oleh pemain import, tetapi siapa yang ‘melahirkan’ mereka? Persatuan bola masing-masinglah. Kenapa persatuan sanggup ‘menggandungkan’ anak import? Sebab kita peminat la yang selalu mendoggy persatuan kerana kita mahukan kemenangan, top of the table dan layak ke Piala Malaysia. Kita tidak sabar dengan pasukan kita sendiri. Baru kalah 2,3 perlawanan dah merusuh. Kita tengok apa yang berlaku kepada Pahang (ah! Pahang adalah contoh klasik dalam semua jenis permasalahan bolasepak!)

Kita bercakap hal pembangunan bukan main tapi kita sendiri tidak sabar bila pasukan kita yang dibarisi anak tempatan dimalukan pasukan lawan yang penuh import.. Membangun ini perlukan masa dan kesabaran, bukan terus dapat sedap saja. Macam anak kecil, kene layan kehendak mereka, menangis malam dan kene basuh berak, takda terus dapat dah besar, pandai bercakap dan pergi sekolah sendiri. Semua kene main peranan dalam bolasepak. Penyokong juga ada peranan mereka, bukan sekadar berdiri dan menyanyi 90 minit saja. Bersabar juga adalah satu peranan penting.

Keseluruhan pasukan Negeri Sembilan bermain baik. Pemain import Australia yang berempat tidak mampu melakukan semua kerja dalam padang untuk menghasilkan gol. Tetapi mereka memberi inspirasi kepada anak muda tempatan untuk bermain baik. Pemain tengah bernombor 16 (afkos nama dia Jang lupa!) bermain cukup baik mengemudi bahagian tengah. Dia berani memegang bola, mengubah arah serangan dan membuat hantaran yang ‘masuk akal’. Pertahanan juga bermain agak baik walau selalu hilang tumpuan dibabak akhir perlawanan.

Tapi itulah, kalau ada anak muda tempatan Negeri Sembilan bermain baik pun, ada ke Ong Kim Swee datang stadium dan tengok mereka? Macam Unkle Roy Hodgson selalu buat, selalu tunjukkan muka tua (dan toya) dia di perlawanan liga inggeris. Jang tak pernah nampak pun atau dengar Ong Kim Swee ada buat. (kalau ada baguslah!) Agaknya sebab Ong Kim Swee dah ada calon biasa untuk jadi pemain negara? Atau pemain liga perdana tak layak main Malaysia? Apa peranan Ong Kim Swee dalam hal ini? Jika dia tidak turun stadium dan lihat sendiri prestasi pemain tempatan, bagaimana dia tahu kemampuan pemain kita?

Ong Kim Swee main pilih saja ke pemain negara dan bila kalah, tembak pemain import atau lebih klasik, main serang saja Zakir Naik, tapi satu ceramah agama dari penceramah tempatan pun kau tak pergi dengar dan kenal.

0Shares

2 thoughts on “Ada apa dengan pemain import?

  1. Bab Pahang tu saya sokong walaupun jadi belasahan team lain musim ni.
    Biasa la jadi kelab yg berdikari sendiri sekurang kurangnya tak bergantung dgn persatuan bola negeri.
    Kalau diuruskan dengan baik tak mustahil boleh setanding dengan Juventus

  2. Yang ni mmg sey setuju. Jarang sey setuju dgn jang. Melaka united plak bila xde player import pun power. Ada player import lagi dewata raya punye power.

    Mintak Jang puji Melaka United (MU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.