/Ada tangan ghaib yang baling suar kedalam padang

Ada tangan ghaib yang baling suar kedalam padang

Amboi! banyak betul laporan, video dan message sampai ke meje siasatan Jang mengenai isu malam tadi. Terima kasih kepada semua pelapor-pelapor yang juga ahli RakanJang. Kalau semua warga bola ada sikap membantu polis macam ini, jenayah bolasepak dapat kita kekang sebelum ianya berlaku.

Kennnnnnn…

Jang pun tak tau mana satu nak usik ni. Inilah keindahan bolasepak tempatan. Ada drama dan suspen, sakit hati, maki puji semua datang serentak dalam satu perlawanan. Yang berpeluh di teres stadium, yang selesa duduk diatas sofa dirumah, yang menjerit dan menendang kerusi di mamak, yang jadi menteri, semuanya ada passion mereka tersendiri tentang bolasepak Malaysia. Yang di Wisma FAM, kita boleh ragu passion mereka.

Menariknya, semua mempersoalkan level passion masing-masing. Puak ni kata dia betul, puak ni kata dia buat kerja, puak ni kata dia pergi stadium jadi dia lebih tau. Mengata orang memang passion semua orang.

Richard Scully kata pemain telah tunjukkan 200% kesungguhan, Jang tendang meja siasatan, berterabur semua bahan bukti. Bukan Jang marah, tetapi ketawa mengekek. Gampang apa 200% macam tu? 100% pun belum cecah, camna boleh lompat pergi 200? Kesungguhan dan komitmen walau 400% pun tak berguna kalau tak disertai dengan sedikit kebijaksanaan mengawal permainan. Betul Scully, kau tak percaya, kau cuba berlari 90minit tanpa bola. Jang dah cuba, Jang tau la.

Ultras baling suar ni Jang dah tulis banyak kali dah. Pendirian Jang pasal benda ini pun dah jelas. Misi ultras pun semua orang dah tau. Cuma Jang nak sentuh satu dua perkara. Pertama, pasal saluran. Mereka kata mereka tiada saluran untuk memberitahu Malaysia akan misi mereka, tapi Jang tengok melambak keratan akhbar tulisan Capo Lekir dalam suratkhabar. Ada tak Capo Lekir tulis pasal FAM dalam tulisannya? Jang sekadar bertanya saja. Benda ini dikirim oleh RakanJang. Kalau tak, Jang pun tak tau.

Siap ada video chants dan berborak dalam Radio Era lagi. Itu bukan saluran ke? Sebut pasal radio, Jang pun pernah masuk konti Radio NegeriFM bersama beberapa rakan UN9. Elok aje budak UN9 maki PBNS secara live. Mengelip mata DJ tu minta berhenti. UN9 ni power nak mampus!

Lagi satu Jang nak sentuh (Ingat! sentuh bukan bermakna nasihat atau tegur) ultras ni kalau nak buat sesuatu, kene la pandai sikit. Bila hal mereka terbongkar di laman sosial (yang dibocorkan oleh rakan mereka sendiri) jangan la marahkan media sosial. Kerja media adalah melapor, tak kisahla pendirian dan misi sama – iaitu kondem FAM. Bila suratkhabar melaporkan apa yang terjadi, jangan la marah suratkhabar. Jangan la pelik sangat.

Paling penting, bila ada yang menegur atau bercakap pasal ultras, jangan la cepat melatah. Apa anumm bonar melatah pulak? Kalau tak boleh ditegur buat liga sendiri, main bola dan chants sesama sendiri. Bolasepak tempatan bukan milik ultras. Milik semua orang, jadi semua orang boleh cakap apa saja. Boleh beri pandangan, boleh bersetuju dan tidak bersetuju.

Orang kata, kalau nak pergi jauh ni kono la terbukak sikit. Brotherhood, brotherhood juga.

Hairan tak, bagaimana begitu banyak suar dan bom asap dapat dibawa masuk kedalam stadium malam tadi? Takkan sekuriti tak buat kerja? Bagaimana ultras dapat baling begitu banyak suar kedalam kawasan padang tanpa diganggu?

Sebagai Polis bolasepak, Jang ada jawapannya. SB Jang bagitau, ada tangan ghaib yang ingin melihat perkara ini terjadi. Bila sebut hal-hal ghaib ni, elok kalau korang perkuatkan iman dahulu. Hal ghaib, makhluk halus dan jin ni kalau tak kuat iman, bahaya. Kalau dah kuat iman nanti Jang cerita.

hmmmm…

Kongsi artikel ini: