March 29, 2024

Ada tangan ghaib yang baling suar kedalam padang

3 min read

Amboi! banyak betul laporan, video dan message sampai ke meje siasatan Jang mengenai isu malam tadi. Terima kasih kepada semua pelapor-pelapor yang juga ahli RakanJang. Kalau semua warga bola ada sikap membantu polis macam ini, jenayah bolasepak dapat kita kekang sebelum ianya berlaku.

Kennnnnnn…

Jang pun tak tau mana satu nak usik ni. Inilah keindahan bolasepak tempatan. Ada drama dan suspen, sakit hati, maki puji semua datang serentak dalam satu perlawanan. Yang berpeluh di teres stadium, yang selesa duduk diatas sofa dirumah, yang menjerit dan menendang kerusi di mamak, yang jadi menteri, semuanya ada passion mereka tersendiri tentang bolasepak Malaysia. Yang di Wisma FAM, kita boleh ragu passion mereka.

Menariknya, semua mempersoalkan level passion masing-masing. Puak ni kata dia betul, puak ni kata dia buat kerja, puak ni kata dia pergi stadium jadi dia lebih tau. Mengata orang memang passion semua orang.

Richard Scully kata pemain telah tunjukkan 200% kesungguhan, Jang tendang meja siasatan, berterabur semua bahan bukti. Bukan Jang marah, tetapi ketawa mengekek. Gampang apa 200% macam tu? 100% pun belum cecah, camna boleh lompat pergi 200? Kesungguhan dan komitmen walau 400% pun tak berguna kalau tak disertai dengan sedikit kebijaksanaan mengawal permainan. Betul Scully, kau tak percaya, kau cuba berlari 90minit tanpa bola. Jang dah cuba, Jang tau la.

Ultras baling suar ni Jang dah tulis banyak kali dah. Pendirian Jang pasal benda ini pun dah jelas. Misi ultras pun semua orang dah tau. Cuma Jang nak sentuh satu dua perkara. Pertama, pasal saluran. Mereka kata mereka tiada saluran untuk memberitahu Malaysia akan misi mereka, tapi Jang tengok melambak keratan akhbar tulisan Capo Lekir dalam suratkhabar. Ada tak Capo Lekir tulis pasal FAM dalam tulisannya? Jang sekadar bertanya saja. Benda ini dikirim oleh RakanJang. Kalau tak, Jang pun tak tau.

Siap ada video chants dan berborak dalam Radio Era lagi. Itu bukan saluran ke? Sebut pasal radio, Jang pun pernah masuk konti Radio NegeriFM bersama beberapa rakan UN9. Elok aje budak UN9 maki PBNS secara live. Mengelip mata DJ tu minta berhenti. UN9 ni power nak mampus!

Lagi satu Jang nak sentuh (Ingat! sentuh bukan bermakna nasihat atau tegur) ultras ni kalau nak buat sesuatu, kene la pandai sikit. Bila hal mereka terbongkar di laman sosial (yang dibocorkan oleh rakan mereka sendiri) jangan la marahkan media sosial. Kerja media adalah melapor, tak kisahla pendirian dan misi sama – iaitu kondem FAM. Bila suratkhabar melaporkan apa yang terjadi, jangan la marah suratkhabar. Jangan la pelik sangat.

Paling penting, bila ada yang menegur atau bercakap pasal ultras, jangan la cepat melatah. Apa anumm bonar melatah pulak? Kalau tak boleh ditegur buat liga sendiri, main bola dan chants sesama sendiri. Bolasepak tempatan bukan milik ultras. Milik semua orang, jadi semua orang boleh cakap apa saja. Boleh beri pandangan, boleh bersetuju dan tidak bersetuju.

Orang kata, kalau nak pergi jauh ni kono la terbukak sikit. Brotherhood, brotherhood juga.

Hairan tak, bagaimana begitu banyak suar dan bom asap dapat dibawa masuk kedalam stadium malam tadi? Takkan sekuriti tak buat kerja? Bagaimana ultras dapat baling begitu banyak suar kedalam kawasan padang tanpa diganggu?

Sebagai Polis bolasepak, Jang ada jawapannya. SB Jang bagitau, ada tangan ghaib yang ingin melihat perkara ini terjadi. Bila sebut hal-hal ghaib ni, elok kalau korang perkuatkan iman dahulu. Hal ghaib, makhluk halus dan jin ni kalau tak kuat iman, bahaya. Kalau dah kuat iman nanti Jang cerita.

hmmmm…

0Shares

14 thoughts on “Ada tangan ghaib yang baling suar kedalam padang

  1. Den tau sape punye keje ni jang.ni smua balaci TMJ ni.nk suh FAM bubar senang sikit dia naik atas sinun. Den dengar koba dr jiran sebolah umah den, ramai jugak geng dr selatan ke shah alam mlm td. Den sekadar menyampai apo jiran den ckp je la. Den x ambik pot pun apa nk jd kat bola mesia ni.jnji den bole lepak kat teres atas mkn kuaci smbil usya awek baju ketat suar leging

  2. Ntah kenapa aku asyik nak setuju je dengan Jang ni. Semua artikel kau post semua aku setuju Jang.

    Itulah ultras ni, diorang ingat yang sayang dan handal pasal bola ni diorang je gamaknya. Bacalah buku Lucius tu dulu. Pipi pun ada bagi cadangan penstrukturan semula team bola dan liga dalam tu.

    1. KAHKAHKAH! perjuangan tu misinya sama, cara saja berbeza. Jang jumpa orang yang nak buat penswastaan liga, misi mereka lebih tinggi tetapi dengan gerak kerja yang lebih pro. Pipi dan Lucius tu anak didik Jang..hmmm kahkahkah

  3. Apakejadah petik nama TMJ.
    Stadium Larkin dah stop main flare sampai hari ini sejak 2014 atas permintaan TMJ.

    Cuba check setiap FB ultras negeri2, semua rancangan dah dimaklumkan awal2.

    Pengurusan bolasepak macam FAM yg buta tuli sentimen peminat sentiasa cari alasan atas kegagalan, berselindung disebalik penyokong bolasepak yg tengelam timbul di stadium.

  4. Media ada kuasa besar dalam penerbitan maklumat. Kalau dibantai FAM sekali pun agak2 FAM nak duduk diam makan kuaci ke?
    Penyebaran benda sulit ni payah jika disalurkan melalui media sosial. Pakai burung hantar maklumat lebih selamat. Bkn apa semua nak kredit kerja masing2…

  5. Pipi tu kadang2 cadangan dia masuk akal jugak walaupun muka macam hari2 bangun tido lepas zohor.

    Tapi tu la gerak kerja professional lebih penting Jang, teruskan siasatan jang. Harap sokernet pun dah bersawang tu. Takpe kita fokus game dengan Liverpool dulu.

  6. Tolong hurai lebih lanjut jang pasal benda benda ghaib tu.. den ni suko sangat bnda bnda tahyul khurafat ni jang. Masuk stadium pun bawak toyol jang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.