April 19, 2024

Adakah Gaji Siling Penyeles4ian Yang Paling Ben4r

4 min read

Jurulatih Kedah sekali lagi menjelaskan kegusaran beliau tentang pemasalahan gaji pemain-pemainnya. Walaupun sudah bertukar kepimpinan, isu gaji ini seolah-olah masih buntu. Jika kita unjurkan masalah gaji ini kepada Albert Einstein mahupun Isaac Newton, sudah tentu mereka akan memulangkan kembali hadiah Nobel mereka kepada dunia lantas mengaku tidak jumpa akan jawapannya. Terlalu kompleks seperti pemikiran seorang Mat Void ataupun Mat Null. Bermacam-macam cerita kita dengar pasal masalah gaji ini sejak bola sepak professional dibawa masuk ke tanah air.

Cara permainan sudah berubah dan padang juga sudah ada yang bertaraf dunia. Tetapi sebaliknya masalah gaji ini masih berlarutan kepada kelab-kelab bola sepak Malaysia. Baik dari pasukan dari utara sehingga pasukan saudara di kepulauan Borneo.  Selagi kelab itu tidak kaya maka mereka tidak dapat lari dari masalah ini. Adakah ini petanda bola sepak kita ketinggalan?

Sebenarnya, masalah ini tidak terikat kepada bola sepak tanah air sahaja. Yang terbaru, pasukan gergasi Inggeris yang hampir menang piala juara-juara Eropah pada tahun 2019, Tottenham Hotspur dengar khabar telah mula meminjam bank untuk membayar gaji pemain-pemain mereka yang terjejas. Punca utama tentulah kerana virus Covid 19 yang tengah menyerang dunia sekarang ini. Bayangkan mereka perlu memulangkan kembali keuntungan tiket bermusim dan tiket-tiket yang sudah dibeli. Ini tidak termasuk kerugian penjualan merchandise mereka. Nasib baik EPL akan diteruskan. Bayangkan jika Spurs perlu membayar pihak penyiaran kerana pembatalan perlawanan siaran langsung. Terpaksa mereka terus jual semua pemain-pemain mereka dan terjun ke liga championship.

Mungkin anda pernah mendengar tentang pasukan bola sepak Inggeris yang dikenali sebagai Leeds United. Leeds United adalah antara kelab yang gagal dalam kewangan mereka kerana mempunyai barisan pemain bertaraf dunia tetapi tidak mampu membayar gaji mereka. Doing a Leeds bak kata orang sana. Malah Arsenal pun dulu pernah ada ura-ura bakal menjadi seperti Leeds tetapi di selamatkan oleh Arsene Wenger. Takkan tiada apa-apa cara untuk membendung pemasalahan ini daripada berlaku lagi.

Gaji Siling

Jika difikir secara mudah, gaji siling adalah penyelesaiannya. Perlu ada tangga gaji yang semua pihak setuju dan perlu tahu takatnya untuk mengelak daripada terlebih belanja. Liga bola sepak Malaysia masih belum cukup matang dari segi kewangan mereka. Kalian bayangkan harga tiket sepanjang musim pun belum tentu dapat melunaskan gaji pemain-pemain tempatan tahunan. Inikan pula hendak membayar tenaga pemain import. Lebih kuah pada sudu.

Namun begitu cara yang mudah biasanya tertinggal elemen yang paling penting iaitu gaji siling ini tidak disetujui oleh pihak yang disabitkan. Hal ini secara jelas tidak dipersetujui oleh pemain-pemain malah FAM sendiri. Karier seorang pemain bola sepak ini ada batasan pada masa. Untuk memburukkan keadaan, masa yang mereka ada pula sangat singkat. Secara purata, hayat karier seorang pemain bola hanyalah 8 tahun (According to PFA) dan bukan semua antara mereka bergaji seperti Cristiano Ronaldo. Jadi bermakna mereka perlu mendapatkan gaji maksimum mungkin untuk memastikan kelangsungan hidup mereka selepas bersara nanti.

Jelas mereka lagi gaji yang tinggi boleh memberi impak pada motivasi mereka. Tiada perbezaan mereka yang bekerja di kilang, sektor swasta dan sektor awam. Gaji adalah apa yang mereka kejarkan. Jika dipandang daripada luar mestilah kita berpendapat macam mana pun gaji pemain bola sepak di Malaysia tetap terlalu tinggi.

FAM ada memperkenalkan konsep yang dicedok daripada La Liga yang mengawasi kemampuan setiap kelab sebelum mereka berbelanja. Ini boleh mengelak daripada kelab tidak tersadung di kemudian hari.

Imbuhan Tinggi Gaji Sederhana

Tetapi Abang Tom berpendapat dengan cara La Liga ini sahaja tidak cukup untuk diaplikasikan pada liga tempatan. Ini kerana jurang antara pasukan terlalu jauh. Tak perlu abang Tom petik perbezaan gaji pemain JDT dan pemain Melaka United. Jelas dan ketara. Kesannya, hanya menguntungkan pihak di atas. Sorry to say, it will make our league more uncompetitive.

Antara jalan yang kami nampak buat masa ini adalah imbuhan yang tinggi tetapi gaji yang sederhana. Selain daripada menetapkan gaji siling pada kadar sederhana, kita boleh menggantikan lompong gaji tadi dengan pemberian imbuhan yang tinggi pada sesuatu perkara. Misalnya seorang penyerang boleh ditambah dalam klausa kotrak mereka dengan imbuhan setiap gol dan imbuhan setiap kemenangan yang tinggi. Ini sekaligus dapat menjaga gaji mereka sentiasa jalan dan pasukan tidak terlalu ghairah untuk berbelanja besar. Motivasi yang kita gusar sebelum ini sudah dilangsaikan pada klausa imbuhan tersebut. Dalam penjelesan yang mudah, gaji pokok digantikan dengan bonus. You reap what you sow bak kata orang Senaling. Actually, ini juga cara yang sama dilakukan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengelak daripada overhead yang tinggi.

Abang Tom tidak pernah sekalipun melihat kontrak seorang pemain tetapi yakin klausa seperti ini sudah lama wujud. Cuma ianya perlu diperhalusi dan ditambah baik dari segi nilai imbuhan dan nilai gaji yang diikat dengan harga siling. Jadi setiap kelab boleh bermain dengan klausa tersebut dan tidak terikat pada gaji yang mahal jika pemain tersebut itu cedera sepanjang musim ataupun tidak menyerlah (Lebih teruk bila ditipu ejen). Sekaligus risiko kerugian sesebuah pasukan itu dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar teori yang belum dapat dibuktikan.

Cakap itu memang mudah. Kadang-kadang tersurat itu cantik yang tersirat itu busuk. Seperti buah durian yang tidak dikopek maka tidak tahu di mana cacatnya. Tak salah untuk kita mencuba bukan?

Kesimpulan

Dalam menangani masalah gaji ini abang Tom berpendapat bukanlah boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja. Ianya memerlukan dua atau lebih gabungan cara untuk mengakhiri kemelut masalah gaji ini. Isu yang kompleks lazimnya penyelesaiannya akan mengambil masa dan beberapa siri percubaan. Abang Tom ingin memetik peribahasa yang digunakan oleh Berita Harian pada artikel mereka tentang masalah gaji ini. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung tak berselerak. Maka benarlah isu ini perlu ditawan dengan kemas dan berhati-hati. At least, dapat memuaskan hati semua pihak.

Akhir kata, Ultajang sentiasa betul.

-Tom Bombadil-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.