/Akan berkati sekelian yang setia.

Akan berkati sekelian yang setia.

Selesai perlawanan persahabatan diantara NS Matrix menentang ATM beberapa minggu lepas, sekumpulan Ultras Nogori menyanyikan lagu kebesaran Negeri Sembilan.

“Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan”

Kesemua pemain Negeri Sembilan dan penyokong yang masih belum meninggalkan stadium ikut berdiri dan menyanyi memberi hormat kepada lagu tersebut. Mujur lagu ini pendek saja. Selesai menyanyi,semua bertepuk tangan, termasuk pemain.

Lagu ini sebenarnya tidak mendapat kebenaran istana Negeri Sembilan untuk di nyanyikan di stadium, itu mengikut kata pegawai PBNS lah. Entah betul entah tidak tapi aku secara peribadi rasa tak perlu pun di nyanyikan. Rasa hormat dan sayang pada Raja atau Sultan tak payah la kita bawa ke padang bola. Cukup kalau kita guna ‘Musuhnya Habis Binasa’ sebagai wakil atau bukti kesetiaan kita kepada Tuanku Mukhriz.

Tapi aku tak menentang juga sebab ultras N9 ada pendirian mereka sendirian.

tuanku

 

Daulat Tuanku!