April 25, 2024

Bojan Hodak | Apa beza ganti pemain baru dari sistem lama?

3 min read

Kenyataan Bojan Hodak menyalahkan sistem selepas persembahan pasukan seperti tidak bertulang di Jepun menarik perhatian ramai pemerhati bola sepak negara. Beberapa kenyataan tambahan beliau, seperti mahu pulang dan menukar ramai pemain dan mengenai sistem di Eropah, atau lebih spesifik di Croatia, dimana walau dengan jumlah penduduk sedikit masih mampu berjaya kerana mempunyai ribuan kelab dan sistem yang bagus. Bojan secara spesifik menyatakan pembangunan pemain dari umur 12-17 tahun dan kemana arah tujuan pemain selepas itu adalah kelemahan sistem kita.

Croatia hanya ada 4 juta penduduk, tapi kami ada 1000 kelab bolasepak remaja. Sebab itu kami ke final Piala Dunia. , Sistem bolasepak kami betul” ujar Bojan Hodak. Jang petik dari akaun twitter Akbar Sahari yang mengikuti pasukan ke Jepun.

Fine, baiklah Bojan. Kenyataan beliau bukan salah atau betul sebab kita semua dah lama tahu. Tak perlu beliau bimbing sebuah pasukan muda dan terbang ke Jepun hanya untuk beritahu hal yang kita semua sedia maklum. Bak kata pepatah, Jika pergi ke kebun durian, bawalah parang tetapi jika pergi melawat Siam, jangan bawa perempuan. Hmmmm..faham tak maksud Jang?

Jang lihat dan berprasangka, Bojan mungkin panik dan marah dengan semua keputusan teruk pasukan dan beliau khuatir respon penyokong di Malaysia yang akan mempersoalkan gaji beliau seperti yang terkena kepada Lim Teong Kim. Walhal kita di Malaysia sedang sibuk dengan drama bola sepak lain yang juga berebut mendapatkan slot dan perhatian. Drama gaji, drama sponsor, drama twitter dan drama CL.

Percayalah, kenyataan Bojan ini tidak kemana dan sangat pendek hayatnya. Bermula kejohanan AirMarine (nama kejohanan tak menarik langsung untuk international) dan kejohanan AFC U23 Jumaat ini, nescaya pengkritik paling hardcore pun akan leka dan lena dibuai mimpi sementara bola sepak nasional. Itulah rutin dan cycle bolasepak Malaysia yang berpusing-pusing tanpa arah tujuan yang pasti. Kita juga sedia maklum cycle ini tetapi tidak merasa apa-apa kerana kita pun sudah boring dan begitu mudah digula-gulakan dengan spirit Demi Negara. Bak kata pepatah Minang, Jika seharian bermain tahi, takkanlah kita marah apabila dibaling dengan tahi. Hmmmm

Jadi, adakah sistem kita salah dan bagaimana mahu memperbetulkannya? Adakah hanya dengan sistem yang betul sahaja mampu melayakkan kita menjadi maju dan bermain di Piala Dunia? Adakah negara sedikit mundur tetapi telah layak ke pentas Piala Dunia kerana sistem mereka betul? Siapa yang mencipta dan mendevelop sistem? Apa tujuan kita memanggil tenaga asing (jurulatih dan pemain import) ke Malaysia? CARI DUIT atau menjadi programmer kepada satu sistem baru yang bebas virus?

Terlalu banyak persoalan yang tidak perlukan jawapan.

Kebanyakkanya mencari nafkah dan ada yang jadi agen memanggil kaum kerabat mereka berkampung di Malaysia selepas menghidu sikap kita yang percaya ‘in football, if its white, its always right’. Mungkin pada awalnya ada yang datang dengan niat mahu menolong memperbetulkan keadaan tetapi akhirnya akur lalu mengikut ‘sistem’ sediada Malaysia, iaitu sistem berbangga bermain di liga Super dan mengejar kejuaraan Piala Malaysia.

Hal pembangunan bukan kesukaan semua peminat bola sepak (mahu pun persatuan) walau mereka suka bercakap mengenainya dan menganggap pembangunan mampan adalah jawapan kepada ibu segala masalah bola sepak negara. Mereka tahu tetapi membiarkan pembangunan dilakukan oleh orang lain kerana mereka terlalu sibuk dengan pasukan senior. Tak usah turun jauh ke pasukan U17, U15 atau U12, pasukan Presiden main pun mereka tak perasan. Tahu-tahu dah sampai semi final. Jangan terguris dengan kenyataan ini kerana untuk maju dan mengidamkan pentas Piala Dunia, perasaan terguris adalah virus dan mesti dikeluarkan dari sistem.

Bagi Jang, Bojan sepatutnya buat kenyatan mahu pulang dan menukar sistem bukan pulang mahu menukar pemain. Apa bezanya membawa pemain baru dari sistem yang sama? Itulah tanda beliau bukan programmer tetapi user. Apapun sekurang-kurangnya Bojan Hodak berani membantai sistem kita dan tidaklah hanya diam-diam menerima gaji. Salute untuk spirit itu Bojan!

Untuk rekod, Bojan Hodak bukan asing dengan bola sepak Asia Tenggara. Bermula dengan kelab Balestier Central di Singapura pada tahun 1997, beliau terus kekal dan berpusing sekitar Asia sahaja. Jadi boleh dikatakan beliau cukup arif dengan bola sepak tempatan. Cuma itulah, jawatan jurulatih kebangsaan ini memang panas dan memerlukan sedikit ilmu hitam dan tahan maki untuk kekal lama.

Jang,
C++ dan Oracle

kredit gambar: TNP Singapore
Semua pepatah adalah dari arkib Ultrajang

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.