/Apa yang Paroi dapat belajar dari Dugong All-Stars?

Apa yang Paroi dapat belajar dari Dugong All-Stars?

Baru-baru ini Paroi kembali meriah dengan kehadiran ribuan ‘PEMINAT’ bola sepak memenuhi hampir setiap tempat kosong di teres konkrit yang keras dan berlumut. Stadium keramat yang dibina ditepi kubur (semasa pembinaannya, beberapa puluh kubur terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada bola sepak) yang juga bersebelahan dengan Masjid dan taman perumahan yang sesak menjadi saksi, betapa dahaganya warga Negeri Sembilan untuk beramal.

…dan berhibur.

Perlawanan amal jariah berkebajikan diantara pasukan bekas Harimau Malaya bertemu dengan barisan pelawak, pelakon, pengacara radio Era ini diadakan bersempena mahu mengenalkan logo baru Harimau Malaysia. Ianya adalah kolaborasi diantara Astro dan FAM Marketing dan dijangka banyak perlawanan seumpama ini akan diadakan dimasa akan datang. Jang tidak berkesempatan untuk hadir menyaksikan tetapi respon warga bola selepas perlawanan menarik hati Jang.

Apa yang Paroi dan kita dapat belajar dari perlawanan ini?

  1. Tiada apa-apalah. Jangan serius sangat. Ini perlawanan amal berbentuk sedikit hiburan. Warga Seremban memang pendengar sejati radio Era sambil menikmati cekodok yang bersepah dijual 24jam. Jang tak dengar radio Era atau mana-mana siaran radio yang dj-nya kuat menjerit dan ketawa. Ini peribadi. Jang tak kisah atau marah pun sesiapa mahu dengar dan puja radio kegemaran mereka. Jang dengar radio klasik FM. Dj nya prodessional, informative dan kebanyakan dj radio RTM tidak sawan glamer. Mereka menjalankan tugas mengacarakan siaran dengan penuh tertib dan professional. Rancangan ADILA (Aku Dia dan Lagu) memang feveret Jang. Selain itu Jang dengar BFMRadio sebab mereka seksi. (hi Melissa)
  2. Ada juga yang marah-marah kerana bagi mereka, bila pasukan Negeri Sembilan main, kehadiran penyokong hanya sekitar 4 ribu (itupun katanya selepas ada yang cilok duit tiket). Bagi Jang, kau kene faham, majoriti sekarang memang suka hiburan jenaka lucu. Kalau tak, takkan Astro buat banyak program lawak dan semua ketawa berdekah-dekah (termasuk yang marah-marah tadi). Ini hal consumer dan permintaan. Boleh saja buat perlawanan amal diantara Pencetus Ummah lawan AJK Siak Masjid Paroi, tapi kau fikirlah sendiri impaknya. Lagipun, kau tak boleh samakan jenaka pelawak Johan dengan jenaka pemain bola sepak penjaga gawang. Walau masing-masing professional, tapi salah seorang mesti dimaki ketika membuat jenaka. Kau agak siapa?
  3. Pengurusan stadium Paroi sangat berkira dengan peminat bola sepak sebenar. Ketika perlawanan melibatkan pasukan Negeri Sembilan, haram satu bunyi lagu pun tak keluar. Apa salahnya waktu rehat kau mainkan lagu Hobin Jang Hobin? Bukan pakai data kau pun! Bukan kau kene kayuh basikal nak hasilkan elektrik melalui dynamo. Tapi bila perlawanan Syria menentang Korea Selatan dan perlawanan amal lepas, bukan main meriah sound system kau. Siap ada video kartun ultraman kat scoreboard! (serius!) Itu tanda pengurusan stadium Paroi lemah minda. Hal memeriahkan stadium sangat penting untuk menarik kehadiran lebih ramai penyokong datang. Ingat! lebih ramai penyokong datang, lebih banyak jualan tiket. Lebih banyak jualan tiket, siapa dapat? Itupun tak boleh fikir.
  4. Adakah bola sepak sesuai dimainkan diwaktu petang saja di Paroi (dan juga beberapa stadium lain?) Hal ini perlu kajian juga. Mungkin waktu petang lebih ramai boleh meluangkan masa turun stadium berbanding malam. Yelah, malam nak hantar anak ngaji, ambik dari tusyen, masak, penat, kene tidur awal dan sebagainya. Perlawanan bola tak semestinya sedap waktu malam saja dan pemain jangan nak komplen kata siang panas! Ini Malaysia dan kau pun lahir sini. Tapi, yelah, ini hanya cadangan dan perlu kajian. Jangan disebabkan stadium kau ada 4 batang tiang spotlight yang punya kecerahan power maka kau rasa rugi pula tidak digunakan, justeru main malam. Untuk rekod, liga inggeris ada yang bermula jam 12 tengahari, 3 petang dan 5 petang.
  5. Majlis Perbandaran Seremban, Datuk YDP, Ahli Yang Berhormat, Jang menjemput Datuk semua parking dikawasan parking stadium yang disediakan untuk orang ramai. Kemudian lihat sendiri bagaimana sesaknya dan susahnya nak keuar dari kawasan parking selepas perlawanan tamat. Tak kurang 45 minit diperlukan untuk duduk bersadai dalam kereta baru dapat keluar dari kawasan parking. Berapa banyak masa terbuang? Datuk ingat masa Datuk saja yang penting dan bernilai? Masa orang lain tak sama 24 jam macam Datuk? Datuk senang la parking VIP kat grandstand, ada polis dan security jaga trafik. Kesenangan itu Datuk dapat sebab Datuk ditugaskan untuk membantu kesusahan rakyat biasa. Marilah lihat, Jang cabar Datuk!
  6. Tapi kau pun malaun juga, double parking, triple parking kat jalan masuk utama macam tak sekolah, bodoh tak boleh diajar. Kereta dah habis bayar ke? Kalau kau parking menghalang lalulintas (atau menghalang kenderaan lain) keluar la cepat selepas game tamat. Alihkan kereta untuk kesenangan orang ramai. Pakai Myvi atau Audi, otak sama saja, tinggal kat rumah!
  7. Jang cadangkan supaya dibina jalan keluar masuk tambahan dihujung kiri dan kanan jalan masuk utama supaya aliran keluar masuk lebih banyak dalam satu masa. Sediakan polis trafik untuk melancarkan lalu lintas. Kawasan parking belakang Petron tu terlalu gelap dan tidak terurus. Orang takut nak parking situ. Lebih baik jika diadakan satu jalan keluar masuk melalui Petron atau sediakan parking tambahan ditanah bekas kem Askar..ah banyak la cara nak senangkan keadaan. Mahu buat atau tak mahu saja. Bila keadaan parking bagus, baru orang ramai ada selera nak penuhkan Paroi. Takkan tu pun nak Jang fikirkan?
  8. Tapak parking pula suku dah digunakan oleh peniaga memasang khemah. Dah la parking tak cukup, kau benarkan pulak berbelas tapak parking ditukar menjadi tapak khemah orang menjual jersi, air dan cekodok (lagi!). Bukan Jang kata tak boleh, ejas la turun ke dalam kawasan bawah stand stadium tu, kat kawasan padang sebelah parking bas dan kereta pemain atau lebih cun, ke kawasan tapak parking VIP. Maun?
  9. Jang sentiasa betul.
  10. Pasang la kerusi plastik kat stadium tu..dengan puggung anak nogori pun nak berkira. Teres tu konkrit Gred 50, keras! Kemudian bila hujan ada air menitik pulak, berlumut. Datuk sedap je duduk sofa sambil kipas kat belakang berpusing ligat. Tu tak termasuk kaki kipas yang setia berdiri kat belakang. Ubah Datuk..sebelum warga Negeri tolong ubahkan.

Oklah, sebenarnya takda apa pun yang menarik pasal Dugong All-Stars tapi kalau letak Syria lawan Korea, mana minat generasi cekodok nak baca.

Kongsi artikel ini: