/Arsenal 1-3 Manchester United (Round 4 FA Cup 2018/2019)

Arsenal 1-3 Manchester United (Round 4 FA Cup 2018/2019)

Perlawanan tumpuan The Emirates FA Cup 2018/2019 pusingan keempat sudah pasti perlawanan yang melibatkan dua kelab elit England, Arsenal dan Manchester United. Dalam kedudukan liga, kedua-dua pasukan berkongsi mata dengan perbezaan gol memisahkan mereka di mana Arsenal berada di kedudukan kelima, sedang mengejar Chelsea untuk mendapatkan tempat keempat seperti kebiasaan Arsenal, manakala Manchester United seolah-olah telah selesa dengan gelaran sixth place sejak musim lalu.

Walaupun setelah hasil undian, Arsenal mempunyai sedikit kelebihan dengan menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan, namun Arsenal gagal menterjemahkan kelebihan tersebut kepada kemenangan setelah tumpas kepada Machester United 1-3 pada Jumaat malam untuk waktu waktu di London dan sekitarnya, manakala untuk kawasan-kawasan Asia Tenggara, ia merupakan waktu terbaik untuk penyokong-penyokong beragama Islam melakukan qiamullail sebelum menonton perlawanan tumpuan minggu ini.

Manchester United terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Alexis Sanchez pada minit ke-31 setelah menerima jolokan bola dari Romelu Lukaku. Sanchez yang sentiasa di’boo’ penyokong Arsenal ketika memegang bola, tenang menggelecek Petr Cech sebelum meletakkan bola ke dalam pintu gol. Dua minit kemudian, Manchester United melakukan counter attack dan Lukaku sekali lagi melakukan hantaran kali ini untuk Jesse Lingard dan Lingard tenang menolak bola ke dalam pintu gol untuk gol kedua. Walaupun Aubameyang berjaya merapatkan jurang dua minit sebelum wisel babak pertama ditiupkan, gol Martial pada minit ke-81 ternyata meranapkan impian Arsenal untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Taktikal Dan Penguasaan Bola

Di mana silapnya taktikal Unai Emery sehingga gagal membawa The Gunners mencapai kemenangan di laman sendiri? Dari aspek penguasaan permainan, Arsenal sebenarnya lebih mendominasi permainan dengan penguasaan bola dan melakukan lebih banyak hantaran berbanding pasukan lawan. Namun, apalah gunanya sekadar melakukan hantaran jika build up yang dilakukan gagal menghasilkan gol. Turun dengan taktikal 4-2-3-1, sekali lagi Arsenal memberatkan attacking mereka di sebelah kiri dengan Iwobi atau Kolasinac menjadi sumber hantaran bola ke dalam kotak penalti.

Walaupun kecederaan boleh dijadikan faktor kekalahan Arsenal, tetapi usaha Emery dan para pemain yang lain menangani kelompongan yang muncul agak mengecewakan. Arsenal kehilangan dua centre back, Sokratis seawal minit ke-20 dan kemudiannya Konscielny pada minit ke-60 dengan kedua-dua pemain terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Selepas memasukkan Mustafi untuk menggantikan Sokratis, Emery terpaksa mengambil risiko untuk penggantian Konscielny. Ketika Ozil sudah bersedia untuk dimasukkan bagi menambah aspek serangan ketika ketinggalan, kecederaan Konscielny memaksa Emery menolak Xhaka ke bawah dan memasukkan Guendozi walaupun mempunyai pilihan untuk memasukkan Monreal.

Emery dilihat mahu menambah energy di bahagian serangan dengan memasukkan Guendozi, tetapi pertahanan Arsenal dilihat terlalu rapuh ketika diserang balas. Guendozi, Maitland Niles dan Kolasinac gagal untuk membantu Mustafi dan Xhaka ketika Manchester United melakukan counter attack dan kredit harus diberikan kepada Solksajer yang memasukkan Martial dan Rashford setelah melihat situasi ini berterusan beberapa kali. Energy and speed yang ada pada kedua-dua pemain ini ternyata menambah ancaman kepada defending Arsenal melalui counter attack dan hasilnya Martial berjaya membunuh perlawanan pada minit ke-81.

Defensive error Arsenal

Kita lihat bagaimana ketiga-tiga gol Manchester United terhasil. Gol pertama menerusi Sanchez, walaupun di dalam keadaan compact and tight defending, Lukaku masih berjaya menjolok bola di celah pertahanan Arsenal. Dengan dua pertahanan Arsenal menuju ke arah Lukaku untuk menghalang Lukaku melakukan hantaran tetapi gagal, ia membuka ruang kepada mana-mana pemain Manchester United mengambil peluang untuk menerima hantaran bola dan hanya perlu berhadapan dengan Petr Cech tanpa sebarang cabaran dari pertahanan.

Arsenal sekali lagi mengulangi kesilapan yang sama seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini setelah melepaskan gol iaitu lambat untuk bangkit dari kekecewaan. Manchester United mengambil peluang ini untuk menambah satu lagi gol di mana Lukaku yang berada di tepi padang, tidak di kawal oleh mana-mana pemain, melarikan bola ke kawasan bahaya dan melakukan hantaran silang dalam situasi 3 lawan 2 di mana Konscielny perlu menutup ruang Lukaku dan Mustafi perlu mengawal dua pemain, Lingard dan Sanchez.

Untuk gol ketiga Manchester United, seperti yang den perkatakan tadi, pemain-pemain di atas padang perlu memberi kerjasama untuk menampal kelompongan yang ada dalam pasukan. Setelah diancam beberapa kali melalui counter attack, para pemain harus sedar, dalam usaha untuk melakukan build up serangan, mereka tidak boleh kehilangan bola kerana kesilapan-kesilapan seperti itu boleh mengancam pintu gol mereka.

Apa yang Arsenal perlu perbaiki?

Selain memperbaiki kualiti bertahan, Arsenal perlu menilai tahap kecederaan Sokratis dan Konscielny. Andai kata kedua-dua pemain ini memerlukan rehat yang lama, Emery perlu berkira-kira untuk mencari pengganti di bahagian centre back. Di bahagian kanan pula, Maitland Niles tidak banyak membantu bahagian serangan andai Emery turun dengan empat pertahanan. Dengan ketiadaan Bellerin, Maitland Niles perlu meningkatkan aspek bertahan kerana beliau bukanlah seorang pertahanan sejati. Jika Maitland Niles berjaya mengatasi isu ini, sudah pasti beliau tidak mempunyai masalah untuk sekali sekala membantu di bahagian serangan.

Dengan pusat serangan Arsenal terlalu terarah di bahagian kiri, sudah pasti sedikit sebanyak ia memudahkan tugas lawan untuk memfokuskan kawasan bertahan. Bahagian serangan Arsenal juga perlu bijak dalam melakukan decision making. Pemain Arsenal tidak banyak melakukan hantaran changes side ketika rakan yang lain sudah bersedia untuk menerima bola dan beberapa kali rakan yang datang ke arah pemain yang membawa bola, datang terlalu hampir dan menyukarkan pemain yang membawa bola untuk menggelecek ataupun melakukan hantaran.

Man of The Match

Walaupun sering menjadi bahan ejekan penyokong lawan dan kerisauan kepada penyokong sendiri, Lukaku ternyata membuktikan dirinya terlalu berharga di dalam perlawanan ini. Dua assist yang dilakukan memberikan gol penting kepada Manchester United dalam usaha untuk memenangi perlawanan ini. Tidak hairanlah, ketika usahanya melakukan larian hampir separuh padang untuk gol kedua, beliau mendepakan tangan untuk menerima pelukan Lingard kerana kredit memang layak untuk diberikan kepadanya. Namun apakan daya, Lingard lebih gemar untuk berjoget di tepi padang dari meraikan bersama rakan sepasukan dan pelukan Lukaku dibiarkan tidak berbalas.

-Yat-

 

-Kredit gambar : The Football Arena-