April 24, 2024

Arsenal 2-2 Spurs (Match 4 EPL 2019/2020)

4 min read

Aku percaya rata-rata yang menyaksikan first round North London Derby untuk musim 2019/2020 malam tadi pasti berpuas hati dengan performance yang ditampilkan kedua-dua pasukan. Keberhasilan jaringan dua gol bagi pasukan masing-masing turut menambah sedikit rencah kepada kerancakan perlawanan. Dan sebagai seorang penyokong Arsenal, aku turut meyakini terdetik sedikit perasaan ralit dalam kalangan Gooners atas kegagalan meraih tiga mata penuh melihat persembahan pasukan terutama dalam separuh masa kedua.

Analisa gol-gol yang terhasil.

Pada aku, secara terangan gol pertama Spurs berpunca dari defensive errors yang dilakukan barisan pertahanan. Pertamanya, David Luiz gagal untuk mematikan gerakan Son dan seterusnya melakukan counter attack dari bahagian tengah padang. Leno pula gagal menangkap kemas percubaan lemah Lamela yang membolehkan bola muntah(selepas replay, kelihatan Leno dah silap step sebelum melayangkan badan) dan keyakinan Sokratis terhadap Leno membuatkan beliau membiarkan Eriksen tanpa sebarang marking.

Apalah yang bermain di benak fikiran Xhaka ketika melakukan terjahan sebegitu rupa di dalam kotak penalti? The referee does not even need a VAR to rule that decision. Referee malam tadi sangatlah teliti ye tuan-tuan dan puan-puan. Even sedikit foul yang bolehlah dianggap tutup sebelah mata, wisel tetap dibunyikan, inikan pula tackle yang sebegitu jelas. Dan seharusnya, tackle sebegitu disusuli dengan layangan kad kuning. Kalau aku jadi penyokong Spurs, aku dah argue for a card as Xhaka had a potential to be given another.

Gol Lacazette datang pada masa yang tepat! Ia bukan sahaja memberi momentum kepada rakan sepasukan, malah ia meruntuhkan sedikit moral pemain lawan selepas perlawanan disambung semula. Namun, gol yang terhasil ini juga ada risikonya. Bermula dari sepakan sudut, ketika pemain-pemain Spurs sudah berlari naik ke atas untuk menggerakkan serangan balas, separuh pemain Arsenal masih lagi dalam kawasan bahaya Spurs. It’s a do or die situation. If Spurs defense could clear the ball, Arsenal’s goal is in danger and vice versa. The result, you know which.

Lazatnya gol Aubameyang, janganlah kau nak nafikan. Itulah kelebihan pada Aubameyang. Beliau boleh menukar hantaran yang tampak sia-sia kepada satu hantaran yang berkualiti. Sejujurnya, aku dah kecewa bila melihat Guendozi mebuat hantaran sedemikian rupa. Namun, Auba membuktikan mengapa Guendozi menjadi pemain bola dan aku sekadar penghentam pemain bola. Walaupun kadang kala decision making dan finishing Auba agak menjengkelkan, Auba masih lagi seorang pemain yang mempunyai kualiti dalam mencari ruang kosong dan menerima hantaran rakan tanpa masalah membuatkan beliau masih berbahaya di hadapan gol.

Taktikal Arsenal secara keseluruhan.

Menurunkan barisan 4-3-3, kehadiran Pepe nyata memberikan tonik tambahan kepada gandingan Auba dan Lacazette. Pepe dan Auba bermain sebagai wing forward, posisi yang sering digunakan Arsene Wenger lewat tahun 2000-an dahulu. Bukanlah Emery tidak pernah mencuba taktikal sebegini, tetapi ia nampak lebih efektif dengan Arsenal boleh mempelbagaikan arah serangan kiri dan kanan berbanding sebelum ini yang berpaksikan kedudukan Auba sahaja. Malah, dengan Auba dan Pepe bermain secara inverted winger, kedua-dua pemain boleh melakukan hantaran atau percubaan terus ke arah pintu gol dan menambah ancaman kepada lawan.

Dan kelemahan yang ketara dalam gandingan Pepe-Laca-Auba, andai salah seorang pemain tidak dapat bermain, pasti flow permainan mereka tampak terjejas dan ini dibuktikan pada malam tadi juga selepas Lacazette dikeluarkan kerana kecederaan, Mikhitaryan gagal memberi bantuan tambahan di bahagian kiri mengambil tempat Auba dan serangan Arsenal kembali berpusat di bahagian Pepe sahaja. Sekali-sekala apabila serangan dilancarkan dari arah kiri, Mikhi gagal untuk memberi ancaman kepada Lloris di pintu gol.

Dalam masa sebulan, aku dah melihat tiga perlawanan yang mana salah satu pasukan meletakkan tiga pemain tengah, tetapi tidak berminat untuk menguasai bahagian tengah. Coraknya hampir sama, ketika memulakan gerakan dari bawah, seorang pemain tengah akan turun sedikit ke bawah untuk menggerakkan bola, dan bola di hantar ke bahagian kiri dan kanan. Perlawanan tersebut ialah Terengganu vs Negeri Sembilan (Lee Tuck), Malaysia vs Jordan (Azam Azih), dan malam tadi Guendozi mempunyai peranan yang sama.

Mereka akan turun ke bawah untuk mengambil dan menggerakkan bola ke arah kiri dan kanan, sementara seorang lagi partner(Xhaka) akan berada di tengah just in case they want to attack from the middle dan bila menerima serangan, partner yang akan lebih deep ke bawah berperanan sebagai dmf untuk membantu barisan pertahanan manakala pemain yang berperanan sebagai perancang tadi, akan berada di hadapan dalam cubaan mematikan pemain lawan di tengah padangĀ  dari membawa bola ke dalam kawasan bahaya.

Jadi apakah peranan seorang lagi pemain tengah? Seperti yang aku cakapkan tadi, if they decide to attack from the middle, bukan tugas Guendozi untuk naik terlalu tinggi merencana serangan. Xhaka akan bergandingan bersama Torreira dalam usahah untuk menggerakkan bola ke bahagian atas di samping Torreira membantu Lacazette ketika Lacazette berseorangan di bahagian hadapan. Malangnya, persembahan Torreira agak sederhana malam tadi berbanding Ceballos yang menggantikannya dan bermain dalam masa yang singkat, Cabellos memberi impak yang lebih ketara. Ditambah strategi Arsenal banyak menggunakan ruang kiri dan kanan, Torreira tidak mempunyai banyak peranan di dalam padang terutama ketika separuh masa pertama.

Barisan pertahanan? Dah bolos dua ni malaslah aku nak ulas lebih-lebih. Mujur tak buat kelakar kena serangan balas di penghujung permainan.

#COYG

-Yatt Gardenia(dalam hati ada taman)-

 

Kredit gambar : @denilosergio dari Unsplashdotcom

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright Ā© Ultrajang 2023.