April 20, 2024

Awat hang main loqlaq sangattttt?

3 min read

Sebelum Jang pi jauh, Jang nak ucap tahniah kepada pasukan Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2015. Tahniah juga kerana berjaya memecah badi #Misi33 yang sudah banyak musim diketawakan. Selangor layak dinobatkan sebagai juara kerana bermain cukup cantik. Jarang Jang nak puji persembahan pasukan bola tempatan, lebih-lebih lagi pasukan Selangor, tetapi malam tadi Jang tak jumpa satu benda pun kesalahan Selangor yang boleh Jang kecam. Mereka bermain sebagai satu pasukan dan mereka berjaya menutup semua lubang untuk pasukan Kedah mencari gol dan semua pemain menunjukkan komitmen tinggi untuk memenangi perlawanan.

Kedua gol yang dihasilkan cukup cantik. De Paula bijak menghantar bola silang ke Hazwan dan Hazwan mengawal kemas sambil berlari, itu Jang bagi markah penuh sebelum sekali lagi bijak melorong bola masuk ke gawang Kedah. Gol kedua, satu counter attack (sebab bagi pengulas Sherkawi Jirim, asal bola naik separuh padang sahaja disebut counter attack, peliaq dia la!) yang cukup sempurna apabila De Paula sekali lagi melorongkan bola ke Hazwan yang berlari laju dan terus melepaskan satu tendangan kaki kiri yang padu, lalu menewaskan penjaga gawang Kedah. Markah penuh sekali lagi diberikan kepada Hazwan kerana terus meledakkan tendangan padu walaupun berada sedikit jauh disudut kotak penalti Kedah. Kalau striker lain, mungkin mereka nak kawal bola dahulu, setting kaki kanan dan sebagainya..tapi yang manisnya ialah, gol dijaringkan oleh pemain tempatan dan dibantu oleh pemain import.

Tapi awat Kedah main loqlaq sangat? Padia? Tak kesian ka suku sakat mai dari Changlun, Aloq Setaq, Sedaka Tengah? Yang mai dari kaki Gunung Jerai, Kokdiang, Gurun semua tu jauh beratus kilometer. Dimanakah salah dan silap Kedah hingga kita tidak boleh maafkan? Penkarq! Melingkarq!

Ketika Selangor bermain baik dan tenang di semua posisi, Kedah pula sebaliknya. Pertahanan bermain teruk, striker tidak berfungsi sementara bola yang banyak digerakkan dari kawasan tepi (Baddrol) cepat dibaca oleh pemain Selangor. Ironinya, sebelum perlawanan berlangsung, wartawan menemuramah jurulatih Kedah yang baru terbang pulang dari China (tuang kelas kejurulatihan la ni) saudara Tan Cheng Hoe dan dia berkata;

“Kami telah mengenalpasti kelemahan bahagian pertahanan selama ini dan ia telah diperbaiki, blablabla”

Walaupun Selangor menyerang dengan dua pemain sahaja, De Paula dan Hazwan, namun pertahanan Kedah masih tidak berjaya mengekang. Mereka seperti tidak menjaga posisi dan man-marking. Apa benda Tan Cheng Hoe perbaiki? Tan Cheng Hoe sepatutnya tidak perlu tuang kelas dan balik Malaysia. Jang nampak ini lebih kepada ‘menganggu’ persiapan Kedah di bawah jurulatih sementara mereka. Walaupun dia ada hak untuk berada di tepi padang sebagai ketua jurulatih tetapi dia sepatutnya lebih faham tentang momentum pasukan di bawah jurulatih sementara tadi. Itulah, ambil lesen sampai ke negeri China.. dok kalut nak guna strategi dia saja.

Pentas akhir bukannya masa untuk Liridon bermain fancy dan Chidi Edeh yang mengaku sakit di bahagian peha (atau tidak cergas) bukan material untuk perlawanan penting. Tan Cheng Hoe sepatutnya cepat menukar pemain ini bila melihat dia tidak banyak membantu mencari peluang menjaringkan gol. Cemuih Jang tengok, dok melingkarq tak mau ligan bola..pedia? Entah-entah Tan Cheng Hoe belajar philosophy ala LVG di negara China tak?

Sampai di satu ketika, Selangor bermain begitu tenang mengawal bola, membuat hantaran dan langsung tidak tertekan. Awat jadi lagu tu? Ini satu penghinaan kepada Kedah di pentas final. Mereka gagal untuk merealisasikan sebarang formasi sepanjang perlawanan. Ini semua salah Tan Cheng Hoe!

Apapun, semuanya sudah pun berakhir. Bak kata pepatah, nasik dah jadi bubuq. Layak ke perlawanan akhir juga adalah satu penghormatan kepada Kedah. Feeling turun beramai-ramai ke stadium Shah Alam juga adalah satu kemenangan sebenarnya, cuma bila kalah tu, rasa jauh je Aloq Setaq tu.

Pelan-pelan naa..

#BolasepakKitaWajahKita  #BolasepakHangWajahHang

0Shares

5 thoughts on “Awat hang main loqlaq sangattttt?

  1. Hazwan Bakri seorang left-footer la jang. Sebab tu dia xde nak setting2 kaki kanan. Memang bola dah sedap untuk dia rembat guna kaki kiri.

  2. Hazwan Bakri seorang left-footer lah jang. Sebab tu dia xde nak setting kaki kanan sebelum rembat. Bola memang dah sedap utk kaki kiri dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.