April 20, 2024

B-13 NFDP bukan ‘cingey’ kau

3 min read

Tahniah kepada skuad B-13 NFDP yang menjuarai Piala Iber (walau sampai sahur Jang yakin tak ramai yang cuba mengenali pertandingan ini) tetapi yang penting berita kemenangan bergaya anak didik Lim Teong Kim ini dihirup bagaikan musafir yang dahagakan setitis air di padang pasir.

Begitulah keringnya tekak pencinta bolasepak negara dek kemarau panjang yang dicipta sendiri.

Jang memerhatikan di media sosial berbagai reaksi dan komen diberikan kepada NFDP yang rata-rata teruja tetapi dalam masa yang sama risaukan masa depan pemain-pemain ‘jambu’ ini. Jang dah senaraikan 10 petua untuk NFDP ikuti dalam artikel lepas bagaimana mahu melindungi anak-anak ikan ini dari ditelan jerung komersil. Baca disini.

Tapi Ultrajang bukan nak bercakap hal itu lagi. Hal-hal lain seperti pemujaan, visi, pujian dan sebagainya, itupun dah dibincangkan oleh khalayak di media sosial. Itu semua hal remeh. Ultrajang melihat bolasepak dari sudut sukar dan kepolisan.

Setelah termenung lama meneliti komen-komen penggemar bolasepak Malaysia, jauh disudut hati Jang terfikir, alangkah teruknya kemarau bolasepak kita hinggakan kemenangan pemain B-13 pun kita meraikannya dengan orgasm yang sebenar. Maksud Jang, diluar sana, di eropah, Jepun, Singapura, Thailand, peminat mereka tak perlu risau masa depan pemain muda mereka kerana mereka sibuk dengan orgasm skuad senior. Mereka tak perlu risau peralihan pemain kerana itu bukan isu.

Apabila pemain B-13 NFDP mengaum di eropah, kita di Malaysia tiba-tiba nak pasang rantai atau kawad berduri melindungi anak kecil ini dari dunia luar, dari gadis, dari FAM. Apa mengarutnya ni? Mereka lelaki, takkan kau nak halang mereka bermakwe? (melainkan kau menggalakkan hubungan sejenis) Mereka Jambu, dah tentu gadis memburu. Ini satu keindahan bermain bolasepak! (itu la, kau tau sokong je, main tak reti) akibatnya kau nak jadi sexist!

Mereka harus dibiarkan membesar sebagai lelaki dahulu dan pemain bolasepak kemudian. Jang ada beberapa contoh pemain senior dan veteran yang banyak memunculkan diri ke disko atau ditangkap basah dengan membawa title pemain bolasepak mereka ke dunia luar. Sebab bulan puasa, Jang tak dedahkan nama (dan kau sepatutnya tau kalau kau ‘fanatik’ bola tempatan)

KIta petik beberapa lelaki eropah yang bergaya dengan ‘cingey’ mereka tetapi di padang, mereka hebat! John Terry, C. Ronaldo, Gerrard Pique, Suarez, Beckham dan beribu lagi. Kalau dah terer, jadi playboy pun terer juga, buat orgy pun mereka terer juga. Main nenek (Rooney) pun terer juga, main adik ipar sendiri (Giggs) pun terer nak mampus juga. Mereka bermain guna akal dan skil, bukan guna punai.

Lepas tu ada pulak cadangan di facebook minta ultras malaya turun airport sambut kepulangan pemain NFDP ini. Tuhan kuuuuuuuuuu! Kali terakhir buat perangai sambut pemain di lapangan terbang ini, skuad tu dah hancur luluh disiat pasukan lawan. Jangan cepat sangat disuap kegemilangan dalam akal fikiran pemain muda, nanti cepat tua!

Mujur Jang baca komen-komen Lim Teong Kim yang langsung tak heran dengan kejayaan pemainnya, sebaliknya perkembangan pemain diutamakan. Kau nampak?

Kenapa nak jauhkan dari FAM? Jangan risau, mereka memang jauh pun dari FAM. Hal FAM adalah hal lain, jangan nak semakkan NFDP dengan FA negeri atau FAM. Itu bukan lawan mereka juga bukan tugas mereka. Bila pasukan negeri kau yang berlindung dibawah FA negeri bermain, kau tatang juga bagai minyak yang penuh.

Ini adalah hal bolasepak.

Dan kalau kau nak sembang banyak, buat blog!

0Shares

5 thoughts on “B-13 NFDP bukan ‘cingey’ kau

  1. sambut kat stdium tu yg paling tak berkenan tu. 2011 dulu abes sea games bukan main meriah dia sambut kat airport.

    2013,15 sea games. Bukan setakat datang airport, tgok game kat seberang tambak pun tak mau.

    rupa2nya ultras ni tak jauh beza la mcm pnyokong kuaci, time menang sambut bagai nak rak. time kalah buat tak tau …ekor harimau malaya konon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.