April 20, 2024

…bagaimana jika pasukan Manchester United yang datang?

2 min read

Ini satu persoalan misteri.

Ultrajang.com, sebagai Polis Bolasepak Dunia harus menyiasat akan persoalan yang dibangkitkan oleh sekumpulan penyokong tegar Liverpool. Mereka menuduh, jika Manchester United yang datang, mesti semua akan diam dan tak marah. Mesti Ultras Malaya akan turut ke stadium dan tidak melabel ianya perlawanan sarkis.

Jang telah pun melakukan siasatan seadil-adilnya. Sebagai Polis Bolasepak Dunia, siasatan yang Jang lakukan tidak berat sebelah, tidak berniat jahat atau mengubah fakta, email dan sebagainya.

Entah kenapa nama pasukan Manchester United dipetik dalam isu ini adalah satu misteri dalam bolasepak yang berkiblatkan penjajah inggeris. Hanya penyokong Liverpool yang tulen sahaja tahu sebabnya. Dimanakah salah dan silap Manchester United dalam hal ini sehingga tidak mampu dimaafkan oleh penyokong Liverpool? Misteri!

Jadi bagaimana jika Manchester United pula yang datang?

Mengikut siasatan terperinci dan adil yang Jang lakukan, rata-rata peminat bolasepak Malaysia yang berfikiran luas dan positif menganggap, mereka lebih suka jika pasukan Manchester United yang datang. Mereka mengatakan stadium akan lebih penuh, ada siaran langsung dari Astro, ada pemain superstar seperti Rooney dan Bastian Schweinsteiger yang lebih hebat dan angkuh dipersada dunia, dunia akan lebih aman, cuaca akan lebih baik, ringgit akan lebih kukuh, perkembangan ekonomi domestik akan meningkat, keseimbangan kosmos akan terjaga, saham FGV akan diniagakan semula pada harga yang lebih baik, PAS dan DAP akan bersatu semula, wang berbilion yang hilang akan ditemui semula, Abang yang bawa motor balik Pulau Pinang dengan anak-anaknya akan dapat bantuan sewajarnya dan manusia semua akan saling maaf-memaafkan.

Wow!

Bolasepak tempatan juga akan disedarkan dari mimpi sementara mereka kononnya Dollah Salleh telah kembali membawa maruah bolasepak kita ketempatnya. Hal pemain import yang membuatkan Dollah Salleh nampak lebih power ada Jang tulis dalam artikel Long ball bukan bodoh, short pass bukan bijak, Awang Afrika bukan rasis. 

Apapun, hal ini telah berlalu, maka elok kalau kita biarkan ianya habis disini saja. Jangan simpan dalam hati sangat. Bola aje pun. Hari baik, bulan mulia ini elok kalau kita saling tersenyum dan anggaplah ini semua dugaan menjadi penyokong pasukan bolasepak yang lucu.

Semua hal ini sebenarnya ada penyelesaiannya.Liverpool sepatutnya bermain lawan Felda United sahaja, bukan pilihan Malaysia. Perlawanan pula elok dibuat di home Felda iaitu stadium MBPJ atau di stadium mini Temerloh. Baru nampak penuh stadium dan Liverpool boleh menang besar.

Oklah, Ultrajang.com menutup siasatan adil dan saksama ini dengan ucapan, Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera di rumah terbuka.

 

0Shares

2 thoughts on “…bagaimana jika pasukan Manchester United yang datang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.