April 25, 2024

Bapak la yang bersalah, bukan Sazali!

2 min read

“Bapak yang bertanggungjawab di atas segala kelakuan baik dan buruk Sazali..apabila Sazali sudah dewasa, Sazali perlu banyak wang…tapi bapak tidak mampu..sekarang Sazali punyai wang,kuasa dan segala-galanya…….siapa tidak kenal Sazali? ketua kumpulan Ultras Malaya yang paling besar sekali di Malaysia ini, dan Sazali punyai beratus-ratus komrad yang sanggup mati kerana Sazali, bapak tau..?”

Kau baca dialog dari filem Anakku Sazali ni, bagaimana Sazali jadi kureng ajar pada bapaknya. Punca? Sebab bapak dia manjakan sangat Sezzeli. Sikit-sikit  Sezzeli..sikit-sikit Sezzeli. Tapi itulah salah didikan ini, anak menipu disiang hari pun tak sedar. Bila Sezzeli dah buntingkan Rokiah dan tak mahu bertanggungjawab, siapa nak menjawab?

Bila Sezzeli dan kompolan ultras Malaya dah bikin riot di Bukit Jalil, siapa nak kita salahkan? Sezzeli kata bapak dia yang bersalah sebab tak jaga ranking bola dan bagi duit secukupnya pada persatuan bola negeri, Tapi bapak dia kata, polis dan penjaga stadiumlah yang bersalah sebab tak jaga Sezzeli dan komradnya yang sanggup mati demi Sezzeli.

Sezzeli kata “Bapaklah yang bertanggungjawab diatas kelakuan baik dan buruk Sezzeli” jadi apa maknanya tu?

Sekarang, Rokiah dah bunting, Bukit Jalil dan imej Malaysia dah tercemar. Siapa nak tolong selesaikan masalah ini? Bapak buat macam biasa saja di Kelana Jaya, Sezzeli dan kompolan ultras Malaya tetap kata tak bersalah. Dato Jamal Nasir dah berbuih mulut bercakap tapi Bapak, Sezzeli, Polis dan penjaga stadium buat tak reti je. Sian Dato, elok rebut  jawatan kat Perak Fa dulu.

Sekonyong-konyong muncul seorang Putera Raja Negori Sembilan yang handal bermain kriket dan squash, memberi kenyataan bahawa Bapak tak bersalah tetapi Sezzeli la yang bersalah dalam hal ini.

Terperanjat Jang dibuatnya. Belum ada lagi keturunan istana Negori Sembilan ambil tahu hal bola ini, baik hal bola dalam nogori atau Malaysia. Atas kapasiti apa Putera Raja tadi bercakap, masih belum tau. Tapi kalau ado orang istana Nogori Sembilan ( dahulu atau sekarang ) yang berminat nak ‘bermain’ bola sama, silalah mulo dengan ambil tahu hal bola Nogori Sembilan dulu. Tapi seeloknya, jangan la. Kami #BangsoNogori fikir cukuplah bolasepak Nogori dikawal ahli politik, itupun payah nak diusik dan dibawa berbincang.

ok, kita kembali ke permainan siapa yang bersalah ini dan kita lihat siapa yang jadi juara.

Sezzeli atau bapakkah yang bersalah? Kalau ikut situasi biasa di Malaysia sekarang, yang patut ditahan dan disiasat adalah Rokiah.

Booom!

0Shares

4 thoughts on “Bapak la yang bersalah, bukan Sazali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.