/BEDAH SIASAT : Kalah Friendly, Tenang atau Panik?

BEDAH SIASAT : Kalah Friendly, Tenang atau Panik?

Amboooiiii, kalah friendly 5-0 terus persoal apa yang PBNS dan jurulatih buat kan? Den perati je korang ni semua. Masa lawan PDRM haritu ok je. Ke sebab menang? Tapi takpelah, bila korang respon, maknanya korang ambil berat dan ambil kisah pasal Nismilan ni. Itu yang mustahak! Kalau tak ambil berat, maknanya tak penting lah kan?

Berbalik kepada isu kalah 5-0 ni. Ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan lawan Melaka United hari tu. Ada yang marah, ada yang maki dan ada juga yang makan kuaci sambil main PUBG. Jadi timbullah persoalan di hati den, wajar ke kita ni semua marah? Atau sepatutnya kita patut rileks sebab ini cuma perlawanan persahabatan? Maka den terpaksalah jalankan tugas sebagai #greatness untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kekalahan besar Nismilan ni. Biasanya, orang marah ni sebab dia tak tahu. Dan antara salah satu tugas #greatness ialah menyampaikan maklumat kepada mereka yang tak tahu. Mulia kan?

Jadi, den pun memerah otak untuk menganalisa perlawanan dengan Melaka United tu. Corak permainan, hantaran, jenis boot yang dipakai pemain serta rintangan angin setiap pemain di atas padang, semuanya den ambil kira! Dan inilah dapatan bedah siasat yang den jalankan :

 

1.Perlawanan itu fokus untuk beri pendedahan kepada pemain simpanan. Dikatakan barisan kejurulatihan ingin merapatkan jurang pemain simpanan dengan yang first eleven dalam skuad Nismilan. Maka, tanggungjawab yang besar diberikan kepada pemain simpanan ni pada perlawanan dengan Melaka United tu, untuk tengok sama ada mereka mampu step up atau tidak kalau-kalau pemain first eleven kita injured nanti. Takkan nak jadi macam musim-musim sebelum ni kan? Bila Ferris Danial injured, terus separa lumpuh barisan serangan. Disebabkan itu ada beberapa pemain diletakkan pada position berbeza. Kecik main midfield dan bukan wing, Almir Neto main wing dengan bukan belakang striker. Cara ini juga akan mendekatkan jurang kualiti antara first eleven dengan yang bukan first eleven. Barulah ada squad depth. Kalau ada squad depth, tak adalah terkesan sangat kalau-kalau berlaku kecederaan nanti. Nampak? Begitu terperinci sekali analisis yang #greatness buat ni.

 

2. Melaka United tetap pasukan Liga Super. Suka atau tidak, ini hakikat. Daripada segi kualiti pemain, kita semua boleh nampak beza dia. Masa first half, Safiq Rahim macam main sorang-sorang je kat tengah padang tu. Tenang, hantaran tepat, cipta peluang untuk gol. Walaupun diasak, tapi dia tetap boleh galas tugas dengan baik. Tengok pula hantaran-hantaran yang dibuat pasukan Nismilan. Lain kan? Tengok tak Melaka United kena high pressing? Nampak tak betapa mudahnya mereka melepasi tekanan tu? Kemudian tengok pulak bila Nismilan kena high pressing, tenang atau menggelabah? Hilang possession tak? Benda-benda macam ni walaupun pahit untuk ditelan, tapi kita kena akur. Kalah dengan team Liga Super kot. Bukan Liga M3. Normal lah tu.

 

3. Jangan pertikai #greatness. Simple.

 

Cukuplah 3 point ni je den bagi. Den cakap pasal rintangan angin setiap pemain karang takut tak faham pulak. Tapi satu yang den suka ialah semakin ramai penyokong yang dah boleh terima kekalahan. Berdasarkan video UltraJang selepas lawan Melaka United tu, walaupun kecewa tapi peminat masih percaya ada sinar untuk Nismilan pada musim ini. Yelah, kena lah positif kan? Kalau negatif manjang dimana seri kehidupan kita?

Foto : Facebook Melaka United

 

Bukan backup PBNS sangat, benda ni semua kita cuma perlukan logik. Liga Premier kalah bila lawan Liga Super. Ada jugak komen yang cakap “ini salah PBNS lah sebab tak nak belanja besar”. Kalau kita bekerja dan gaji bersih cuma 1,800 ringgit sebulan, takkan kau nak beli rumah banglo yang bulanannya kena bayar 3 ribu ringgit? Betul tak? Masuk akal kan? Daripada dikenali sebagai pasukan yang menjanjikan bulan, bintang dan kemewahan kemudian tak bayar gaji (den tak mengata Melaka pun), lebih baik sistem kewangan pasukan dijalankan dengan baik dan terurus.

Rasanya ada je PBNS berusaha untuk dapatkan dana lebih dan ianya bukan benda mudah. Semua pasukan pun susah nak dapatkan dana melainkan dana kerajaan negeri. Hmm.

Korang pun tenang lah sikit. Ini tidak. Bilo monang friendly kono maki, kalau kalah friendly apotah laie. Apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni? Cuba fikir balik. So, rileks. Beri kepercayaan kepada barisan kejurulatihan buat kerja. Kalau korang nampak, takkanlah mereka tak nampak. Diorang ada lesen kejurulatihan kot. Tahulah dia buat kerja. Kalau hujung musim ini pun Nismilan gagal capai objektif, barulah berakal dan wajar untuk kita hentam. Kan?

Kalau masih tak puas hati jugak, next game cari kru UltraJang dan bercakaplah di depan kamera kami. Akan kami angkat pandangan korang di platform ini. Barulah stylo kan?

 

P/S : Tahniah Kahar! Hingga sampai hujung nyawa dan seterusnya.

 

Sekian,

Yang #greatness, Kid.

Greatness