/Berjuanglah, pahlawanku!

Berjuanglah, pahlawanku!

Mika Rot dari bumi Jerman bercerita tentang sejarah pahlawan ulung bolasepak sebenar.

PAHLAWAN VIKING TERAKHIR DARI BUMI INGGERIS.

Semasa berlakunya “The Viking Invasions of England” sekitar 793-900 AD dulu, perkataan bola sepak itu belum wujud sebenarnya. Para Viking cuma dahagakan darah-darah musuh dan tak mempunyai masa free nak bermain bola disebabkan kesibukan melakukan pembantaian dan penerokaan. Ada catatan bertulis yang mengatakan perlawanan bola sepak pertama yang dilakukan di mukabumi ini adalah perlawanan diantara China dan Jepun yang dilakukan di Kyoto. Jika engkau berkunjung ke salah sebuah muzium di Munich engkau akan nampak sebuah catatan yang ditulis oleh Li ju dipamerkan, difahamkan perlawanan bola sepak diantara China dan Jepun ini dicatatkan berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Betul atau tidak? Aku pun tak tahu.

Selepas berlakunya dan redanya “The Viking Invasions of England”, ramai para Vikings mula bercucuk tanam dan mula menetap secara tetap di Bumi Inggeris. Bercucu-cicit hinggalah bola sepak itu menjadikan England sebuah organisasi bola sepak tersusun dan terpimpin sekitar tahun 1846 dahulu.

Menulis mengenai perjalanan pasukan bola sepak England sebenarnya hampir sama menulis sejarah bagaimana kegagalan Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia, cuma bezanya Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia (tak pernah sebenarnya) manakala England buat kali pertama dan terakhir menjulang Piala Dunia adalah pada tahun 1966.

Kejadian bom meletus di Paris, sedikit pun tak menggentarkan jiwa para pemain England untuk menghadapi Piala Eropah yang bakal berlangsung di Perancis pada tahun hadapan. Keturunan darah pahlawan Viking mengalir kuat dalam tubuh pemain-pemain Inggeris ketika ini. Ini dibuktikan pada setiap perlawanan peringkat kelayakan kumpulan, mereka membantai para mangsa mereka dengan penuh bergaya. 10 buah peperangan mencatatkan kemenangan! Lihat betapa kuatnya pasukan perang England ketika ini.

Skuad perang England untuk edisi Piala Eropah kali ini bukanlah calang-calang pahlawan, ianya gabungan beberapa pahlawan lama yang sudah bertarung dalam banyak peperangan dan dibarisi pahlawan-pahlawan muda yang berdarah muda dan dahagakan kejayaan di medan perang. Diketuai oleh panglima angkatan perang dan juga seorang arkitek di medan perang, Wayne ‘Rudeboys’ Rooney dan dibantu oleh pahlawan muda yang semakin digeruni oleh musuh-musuh iaitu Raheem Sterling, Harry Kane serta Ross Barkley.

Dibawah kepimpinan ‘King of storm-calm’ Roy Hodgson, Falsafah ‘speed counter-attack’ yang diterapkan setiap kali England terlibat dengan perang nampaknya membuahkan hasil. Kelajuan, kepintaran mencari ruang serta memberi peluang kepada pahlawan muda maju ke medan perang, itulah genius perang sebenarnya.

Selepas ratusan ribu tahun, percayalah kisah “The Viking Invasions of England” itu bakal berlaku sekali lagi di bumi Perancis pada tahun hadapan. Merekalah pahlawan yang mempunyai darah keturunan Viking terakhir dari bumi Inggeris yang sekali lagi bakal menggegarkan dunia bola Eropah.
HAILS THREE LIONS!!