April 20, 2024

Bersara: Pengorbanan atau dikorbankan?

2 min read

Malaysia's Safiq Rahim, left, and his teammate Kunanlan Subramanian celebrate a penalty goal against Vietnam during their semi final first leg soccer match of the AFF Suzuki Cup 2014 at a stadium in Shah Alam, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 7, 2014. (AP Photo/Lai Seng Sin)

Ada yang kata bersara beramai-ramai ini sebagai tanda protes kepada FAM. Seingat Jang, jangankan bersara beramai-ramai, mogok lapar, bakar stadium, sabotaj game, ambil duit bookie dan sebagainya, sikit pun tak mengubah apa-apa di Wisma FAM (setakat ini).

Tetapi sebarang usaha dari pemain adalah sangat dihargai. Jika benar mereka mahu menyampaikan mesej kepada FAM, maka pengorbanan mereka ini harus kita teliti sejauh mana keberkesanannya. Adakah ianya mampu menggegar Wisma FAM atau hilang ditelan asap kuew Tiau Auntie Gemuk KJ. Jika ianya tidak mengubah apa-apa, maka bola sepak negara kehilangan 3 tonggak penting secara sia-sia. Harap nanti janganlah ditarik semula ‘persaraan’ ini. Kalau nak berjuang, biar sampai jadi abu.

Terima kasih Kuna, Sapik dan Aidil. Pengorbanan mereka selama ini (dan sekarang) terlalu besar dan berani. Tak kisahlah ada mesej atau tangan ghaib atau apa saja alasan mereka, tetapi langkah mereka adalah langkah gentlemen. Jang puji mereka dan hormati keputusan ini.

Barang yang lepas jangan dikenang; yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Kehilangan pemain senior kerana persaraan adalah biasa. Ini sebenarnya senario bagus untuk memberi laluan kepada pemain lebih muda dan bertenaga beraksi. Apa yang perlu dilakukan adalah langkah berani menyerap pemain muda kedalam pasukan negeri. Perlu diingat! kebanyakkan pemain pro di liga luar diambil ketika masih muda dan diserap kedalam kelab ketika berumur belasan tahun.

Wayne Rooney menyertai pasukan remaja Everton ketika berumur 9 tahun dan diserap ke pasukan utama ketika berumur 16 tahun. Giggs, Drogba dan ramai lagi dimasukkan ke kelab utama ketika masih belia. Berbeza diliga kita yang masih pilih bulu, saudara mara dan kroni untuk diangkat menjadi pemain. Ya Tuhan! ini berlaku semenjak zaman dulu lagi. YB kawasan telefon Datuk MB tanya kenapa tidak ada wakil pemain dari kawasan dia diserap dalam pasukan negeri. Datuk MB call jurulatih dan sampaikan pesanan YB tadi…itu sikit…nanti Jang cerita lagi hal ni. (semalam Jang berbual dengan bekas pengurus pasukan Malaysia, kalau ada mood Jang bagitau detail)

Maksud Jang, kalau betul pembangunan di NFDP baik, serap mereka ketika masih remaja. Hal transasi dari NFDP ke liga sebenar ini dah banyak kali dibincangkan. Hmm..esok la sambung, Jang nak pergi servis kereta jap.

Kah kah kah!

0Shares

4 thoughts on “Bersara: Pengorbanan atau dikorbankan?

  1. Kalau diorg bersara berjemaah pada hari & waktu yg sama, lagi win.
    Asik muka sama je yg main utk negara & byk kalah dari win. Baik bg muka2 baru yg tak pernah main utk negara. Kalau diorg kalah..alasan kukuh.”Takde Pengalaman”.
    Muka2 baru yg takde pengalaman,tapi ada “Semangat Perjuangan Harmoni” XPDC. Pasti Win.

  2. Kecoh media dan media sosial mengumpat dan menokok tambah untuk mensensasikan isu ini. Satu pihak nak melariskan perniagaan dan satu pihak kekenyangan makan dedak.
    Kesetiaan warganegara dipersoalkan, JDT dipersalahkan dan TMJ di kambing hitamkan. Isu atau penyebabnya langsung di sapu terus ke bawah carpet. Tutup, spin dan kenyang lagi.
    Inilah masalahnya jika orang berpolitik dalam bolasepak dan Media mensensasikan cerita cari untung. Bolasepak kita terus merundum, peminat dan penyokong(rakyat) terus melopong dan mendidih kepanasan amarahnya.
    Kalau orang politik boleh menggunakan hak mereka berpolitik hingga menghuru-harakan dan memalukan negara bole di terima. Kenapa player kita menggunakan hak mereka di kecam? Di tuntut dan di tagihkan penjelasan? Malah ada persatuan bolasepak telah memberi amaran dan menghalang pemain mereka. Kuku besi…
    Veteran bolasepak pulak menemplak pemain-pemain ini kononnya tidak ada sikap kewargenegaraan dan terlalu mementingkan duit. Sekarang ini, bekas pemain-pemain kebangsaan (fossil), apa yang mereka ada? FAM lindungi mereka? Berapa ramai yang bertuah seperti Dollah salleh, zainal abidin, sarbegth singh, santokh singh (sekadar menyebut beberapa nama). Jadi macai mmg kenyang (buka mulut.. suap dan menyalak kau….)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.