/Betul ke Melaka ada team bola?

Betul ke Melaka ada team bola?

Betul ke Melaka ni ada team bola? Inilah ‘lawak’ yang berputar ditalian masa semenjak Melaka dinaikkan taraf bermain di liga Perdana. Kasihan juga Jang nak tambah lagi tapi itulah..kali terakhir Jang ke Melaka untuk bolasepak, mereka masih bermain di Stadium Kubu. Selepas itu, Jang ke Melaka hanya untuk makan ikan bakar Umbai dan melihat kota tinggalan sejarah.

Betul ke ultras Taming Sari power sebab selama mereka tidak mempunyai pasukan, mereka banyak berlatih bersama ultras Malaya menyokong pasukan Malaysia? hmmmm…adakah mereka akan chants menggunakan bahasa trademark orang Melaka seperti ‘Lahabau’? Jang ok aje asalkan jangan guna bahasa penjajah Portugis kuat sangat..tak manis!

Ultrajang menerima surat melalui burung Merpati dari seorang penyokong Melaka yang bercerita hal pasukan Melaka United. Rare juga ni terima surat dari penyokong Melaka. Mengikut kata beliau, Melaka kini telah pun boleh bermain waktu malam kerana stadium baru mereka ada lampu sorot yang terang. Wow!

Melaka ada team bola ke? oleh Hang Fazli

Lupakan kisah pahit duka Melaka di liga neraka jahanam selama 5 tahun (2011-2015).Kalau nak cerita tentang Bolasepak Melaka di liga Fam melalui penceritaan dan dibukukan, mungkin lebih tebal dari Kamus Dwibahasa terbitan Dewan Pustaka. Selepas menjuarai Liga FAM 2015 di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris, skuad ini dibubarkan hampir 80%. Mungkin atas dasar bermain di liga perdana, Mat Zan tau apa yang dibuat. Mat Zan yang masih segar ilmu bersama skuad Harimau Muda B mula mendaftarkan pemain2 yang luas pengalaman di liga2 Malaysia ditambah pemain2 yg sedia ada dari tahun lepas. Gandingan muda dan pengalaman menjadi pertaruhan Mat Zan. Ditambah pula pemain import yg petah berbahasa melayu selepas bertahun bermain di liga Indonesia, Ilija Spasojevic dan rakan senegaranya Balsa Bolovic. Selain Shin Jae Phil,abang kepada Gary Kang yakni artis Korea yg terlibat dalam RunningMan (Tak percaya pi google) Namun import yg masih tidak bermain akibat kecederaan Labinot Hurzi masih bergelut dgn kecederaan Groin disamping masih mencari saudaranya Kura2.

Selepas 3 perlawanan liga, anak didik Mat Zan Degawan masih mampu menyaingi saingan di liga perdana dengan dua kemenangan dan satu seri. 1 Mata berjaya dikutip ditempat lawan selepas berhempas pulas menentang Sime Darby di std Selayang. Nurshamil Abd Ghani menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol di 10 minit terakhir pemainan untuk mengikat pasukan tuan rumah. Keputusan tamat perlawanan seri 2-2. Seterusnya, PKNS fc menjadi mangsa pertama skuad Sang Kancil menjamah tiga mata di std Hang Jebat setelah menewaskan PKNS dgn jaringan 2-1. R.Surendran meletakkan Melaka didepan sebelum diikat kembali PKNS.Namun,di 10 minit terakhir pemainan, NurShamil Abd Ghani terlepas dari tambatan Mat Zan Degawan di bangku simpanan, masuk sbg pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan. Perlawanan seterusnya, Piala FA menentang skuad Ibu Kota di mana stadium Selayang sekali lagi jadi tempat perhitungan antara Hang Tuah dan Hang Pkirlah sendiri. Dan buat julung kalinya,perlawanan disiarkan secara langsung dikaca televisyen. Makcik nenek semua duduk didepan tv menyaksikan perlawanan sambil remote dipegang oleh anak lelaki mereka. Melaka tewas kepada Kuala Lumpur dalam penentuan sepakan penalti. ‘Kita tak target pun Piala Fa ni kita target Piala Malaysia dan kekal di liga perdana’..kata seorang penyokong kepada abe yg amik order di kedai Kelantan belakang Maybank HangTuah Mall.Perlawanan liga ke 3 Melaka menang menewaskan JDT ii di tempat lawan.

Perlawanan seterusnya,antara jiran setempat bakal berlangsung Selasa ini dimana akan bertemu pasukan The Jang Nogori Sombilan.Melaka freshie yang masih segar selepas menundukkan jiran selatan JDT ii di stadium Pasir Gudang Jumaat lepas mungkin cuba untuk menendang Sang Rusa pulak selepas Sang Harimau berjaya ditendangnya hingga ke dasar liga. Dulu Parameswara dpt melihat pelanduk adik beradik kancil menendang anjing, kini Sultan Norjan Shah dpt melihat pelanduk adik beradik kancil ini menendang Harimau pula. Selasa ini bagaimana pula dgn rusa?Mungkin bersaudara agaknya pelanduk kancil dan rusa.

Dengan rekod liga semasa yang agak goyah hanya mampu menjaringkan gol2 kemenangan di 10 minit terakhir permainan, Mat Zan mungkin menggunakan segala rencah yang ada seperti masak lomak cili api dan asam pedas. Mungkin ada sesuatu di kepala Mat Zan tentang taktikal yang bakal digunakan menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan. Kali terakhir Mat Zan bertemu skuad Negeri Sembilan ketika Final Piala Malaysia 2001 ketika dia melatih Terengganu dimana Negeri Sembilan menewaskan Terengganu. Mimpi buruk 6 tahun lalu mungkin bakal menjadi mimpi indah jika menang di stadium Hang Jebat Selasa ini. Berhati2 dengan 10 minit terakhir pasukan Melaka buat pasukan nogori! Buat penyokong Nogori yang bakal bertandang ke Melaka Selasa ini, jangan terkejut dengar satu stadium anjing dan butohkan referee.Kalau ada yg bawak anak mungkin boleh standby kapas untuk diselitkan ke dalam telinga anak2 anda. Dan juga standby tisu lah atau surat khabar lama maklumlah bucket seat Recaro stadium kami banyak tahi burung.

Hang Fazli dari Melaka.