/Bila NS Matrix dan Manchester United menang, dunia pun aman

Bila NS Matrix dan Manchester United menang, dunia pun aman

Jang tengok kehadiran di stadium Paroi malam tadi agak memberangsangkan. Parking pun penuh sampai keluar ke jalan besar. (hal parking ni kalau bijak buat la tempat keluar masuk tu 2 atau 3 tempat, bukan kat situ keluar, situ juga la masuk, berak dan kencing pun tak keluar tempat sama)

Tapi yang memenuhkan stadium malam tadi lain pulak kaler dominannya. Hijau Kuning bak hang! Tuuu diaaa, mengunin macam padi masak di bendang. Spirit Kedah Maju 2010 Sanusi Junid betul-betul kuat dalam hati orang Kedah. Orang Kedah ni selain suka turun bendang mereka juga sehati sejiwa turun ke stadium membantu pasukan mereka untuk menang. Mereka bersatu hati, tidak berpecah belah. Semangat padi semakin masak semakin tunduk berisi tu mereka bawak sampai ke stadium. Jang salut!

Jang pernah sampai ke stadium Darul Aman pada tahun 1993 menyaksikan perlawanan Negeri Sembilan menentang Kodah, stadium ponuh gila. Meriah bak hang! Mereka juga ponah turun ke stadium Perbandaran Seremban memberi sokongan pada pasukan mereka yang diketuai oleh Lee Kin Hong pada tahun 1989, tapi maso tu kaler kito la dominan. Jang ado masa tu, Jang tau la.

Maso tu ko semuo menetek laie, sekarang je dah rasa veteran dalam memberi sokongan. Hmmm..

Forkey Doe membuat jaringan pada minit ke 70 sebelum Thanabalan menanduk mudah gol ke 2 nogori untuk keputusan, Jang 2-0 Hang.

Pagi tadi berlangsung pula perlawanan EPL diantara Manchester United menentang Villa di Villa Park. Perlawanan jam 2.45 pagi ni Jang nampak macam nak latih kito semua dalam jadual piala eropah nanti. Pasukan kau tak masuk piala eropah takkan faham semua ni. Kelayakkan tu gerenti poie la!

Elok je Janujazz masukkan gol, Jang kelip mata dan hari pun siang.

p/s : Jaga-jaga! Ada penulis baru akan menulis di ultrajang.com. Tunggu!

Kongsi artikel ini: