/Bila pemain tak dapat gaji, bookie tersenyum nipis..

Bila pemain tak dapat gaji, bookie tersenyum nipis..

Jang dapat laporan, pemain bola pasukan ATM dan Kelantan tak dapat gaji lagi. Masih tergantung beberapa bulan. Ini mungkin sebab persatuan bola mereka tak ada duit nak bayar. Yelah,kalau dah takdo duit, camno nak bayar?

Kesian juga Jang pada pemain bolasepak kita ini. Tapi sekadar kesian saja la.

Mengikut laporan juga, kelewatan persatuan membayar gaji juga mengakibatkan persiapan kedua pasukan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia sedikit terjejas. Ada betul juga tu. Hati tak berapa tenang, macamana nak fokus pada permainan. Kalau gaji cun, baru la dapat fikir nak fokus sikit….baru fikir nak fokus tu!

Ada beberapa perkara yang terlintas difikiran Jang yang kerap berfikir ni.

Pertama, Jang teringat pada beberapa nama besar pasukan Juventus seperti Buffon dan Pirlo yang sanggup gaji mereka dipotong dan kekal bersama Juventus di Serie B. Komitmen dan fokus mereka tetap jitu tatkala pasukan mereka dilanda musibah dan kegagalan. Jang harap sangat pemain ATM dan Kelantan ambil perkara ini sebaga contoh.

Kedua, persatuan pemain yang diketuai oleh Hairuddin Omar mesti kuat dan mengambil tindakan cepat dalam hal-hal sebegini.

Ketiga, bila hal gaji ini lambat atau tergantung beberapa bulan, tugas bookie semakin senanglah. Masa mereka bergaji penuh dan besar pun, ada yang ambil, inikan pula waktu takda gaji. Bookie siap boleh nego tu. Dulu jolok 30K, sekarang jolok 2K pun jual. Itupun jika benarlah bookie wujud dalam bolasepak kita ini. hmmm…

Keempat, Jang terus bangun dan terajang meja. Gampang!

Tok Mat kata PBNS keluarkan RM9 juta bayar gaji pemain musim ini dan mereka main serupo setan! ATM yang tak dapat gaji pun boleh kalahkan mereka diperingkat play-off dan layak ke Piala Malaysia.

Musim depan Tok Mat nak perkenal konsep baru dalam pembayaran gaji kepada pemain. Semua akan mendapat gaji minima RM900 tetapi akan dapat bonus RM50K setiap kali beroleh kemenangan. Jang terfikir akan keunikan konsep ini. tapi takpo, nanti Jang ulas hal tersebut.

Menaik betul darah Roy Keane Jang ni!