/Bilo kau dapati yang selama ini bukan kerja Syaiton…

Bilo kau dapati yang selama ini bukan kerja Syaiton…

Malam tadi Jang sampai stadium Paroi maso lagu negaraku sedang dimainkan. Syahdu hati Jang sobab berjaya sampai awal. Yolah.game pun main jam 10 malam sekarang. Tadi Jang berpusing nak parking kereto, bukan sobab parking ponuh tapi parking kosong banyak bonar! Jang ghaso nak parking melintang pun ado tadi.

Masuk stadium, suasano eh sunyi bonar.Ado la 2,3 kerat peminat setio datang. Tapi Jang diberitahu kebanyakan yang datang tu buat 8 rakaat saja tarawikh. Makno eh, kalau tak muncul tu, buek 32 rakaat lah tu. Alhamdulillah..

Masuk minit ke 5 pemain Nismilan dah mulo mencabar nafsu memaki Jang yang dah dikunci rapat semenjak Ramadon hadir. Masuk minit ke 10, Jang dah beratib bersama jemaah yang hadir. Poso ntah kemano, murtabak, air tebu, semuo keluar dari mulut (perlu diingat! bukan mulut Jang seorang) tapi semuo peminat.

Takkan lah kau melonjak membuat tumbukan padu keudara meilhat Puna, Siva, Zambery dan rakan-rakan bermain serupa syaitan yang diikat? Takkanlah Jang kene puji dan sayang hanya kerano mereka bermain untuk pasukan Nismilan? Ramai orang lain boleh main lagi. Mereka bermain serupa…TUT! Lebih parah dari keparahan bolasepak liga kelas D. Nak kata mereka berpuasa, dah jam 10 malam. Tak buko ke tadi? Hmm..siang tadi pun ntah poso entah tidak. Siva dan Puna…amboiii main macam tak buko-buko dari puaso pertamo!

Magisnya, K. Devan rileks gosok hidung di bangku simpanan.

Jang tak mahu tuduh mereka dikuasai bookie sebab Jang tak nampak mereka terima habuan. Tak baik fitnah! Tapi apo yang Jang nampak, mereka bermain bagai mengikut kehendak bookie. Atau bahasa lunaknya, bermain bagaikan tidak mempunyai selera lagi dengan NS Matrix. Mereka macam tak sabar nak habiskan musim ini dan berpindah keluar dari Nismilan dimusim depan.

(Kelihatan K.Devan sedang memeriksa kekemasan baju kemejanya)

Diberitakan, ada khabar angin PBNS mahu menangguhkan kesemua 3 perlawanan akan datang sebab ada SEORANG pemain telah menyertai pasukan kebangsaan. Tuhanku!

Pulau Pinang tak nak main, PDRM tak mahu, Terengganu nak keluar liga. Semua dalam diam menolak keluhuran perlembagaan FAM seperti bermain dibulan puasa tetapi bila disuruh undi…dia undi FAM… bagai lembu dicucuk hidung.

Kalau kau tengok gaya permainan NS Matrix malam tadi, nescaya kau pun akan insaf lalu kau akan murtad dari menjadi peminat bola negeri sejati dan kembali memeluk fahaman bolasepak inggeris.

Serupa syaitan yang direjam!