April 19, 2024

Biso Bona…….Biso Bona……..

2 min read

Jadual perlawanan liga 2015 ni kojap main kek Tanjung Malim, kojap kek Stadium Kubu, Melako, kojap tulis perlawanan pertamo Nogori di Paroi pado bulan Mac nanti, pastu koba minggu dopan pulak. Kojap koba A, pehtu B, orang baru nak ejas B, dah koba C pulak. Osah handa ilmu mengelirukan musuh ni sampai peminat sendiri pun hulu hala tak tau mano nak poie.

Sapo den nak salahkan ni? Sapo susun jadual? Payah bona ko? Kok ado tak dapek bagi padang, kiro kalah la. Tak pun, awal-awal bagitau takdo padang, macam ATM, sonang! Paroi pun takdo hal nak bagi ATM tumpang stadium. Dah 2 musim kongsi stadium dengan ATM dan juga beberapo pasukan lain, ok je. Orang pun suko dapek nengok bola banyak kali. Bebudak ni bukan melango je nunggu ekau bagi jadual, mereka pun ado jadual juga. Nak minta cuti la, nak ejas shift la, nak kongsi keto la, sewo bas la, semuo tu untuk poie bagi sokongan kepado pasukan. Ekau tau sonang kau je duduk pejabat.

Bukan sikit bebudak ni merempit dari KL ke Paroi lopeh kojo, sobab game hari Jemahat, tak kiro hujan losak ko tidak, menyabung nyawo kek hiway, nak nengok bola kek Paroi, takdo pun bebudak ni mintak respek, berbunyi pun tidak tapi ateh semangat kental menyokong, mereka sanggup. Ekau dari tahun lopeh mintak susun jadual dengan padang pun tak lanteh laie.

Sonang ajak semuo main kek Paroi la. Apo ado hal.

Kalau kek luar, sponsor dan hak penyiaran banyak menentukan waktu permainan. Mungkin kito pun samo agak eh, nak kono ejas dengan live Maharaja Lawak, (sebuah program buek orang ketawo terbahak-bahak lupakan masalah, kononnya) live Akademi Masa Depan Nyanyian Negara, live orang kene pinang, live game bola luar negara dan sebagainya. Mano siaran yang dapek rating tinggi di beri keutamaan.

Takpalah, kau mesyuarat la dulu.

Jadual-Primier-2015_1

 

Sebona eh, den marah kek sapo ni?

0Shares

6 thoughts on “Biso Bona…….Biso Bona……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.