/Bola sepak bukan komoditi yang boleh diniagakan

Bola sepak bukan komoditi yang boleh diniagakan

Bola sepak kita bukan dan tidak pernah menjadi satu industri. Maksud industri ialah, mengeluarkan hasil dan menjana pendapatan melalui hasil tersebut. Ianya juga bukan satu komoditi yang boleh diniagakan dimana-mana papan saham seperti emas, kopi dan bijih timah. Justeru, bola sepak kita tidak sesuai kepada syarikat atau organisasi yang beorentasikan keuntungan atau mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat, lebih-lebih lagi penduduk luar bandar.

Melihat kemasukan beberapa syarikat seperti Felda, Felcra, PKNP, PKNS ke dalam kancah bola sepak Malaysia adalah suatu kemusykilan kepada teras asal penubuhan mereka, lagi-lagi apabila ianya melibatkan satu pengeluaran modal yang besar dengan janji kerugian yang pasti setiap tahun. CSR? 1MDB pun buat SCR hantar orang tua kampung pergi buat haji di Mekah tetapi dari segi perniagaan teras, mereka kaput. Apa punca atau siapa beri idea kepada syarikat ini untuk bermain di liga besar? Takda ahli lembaga pengarah ke yang bertanya dari segi modal dan keuntungan?

Jang tidak terperanjat apabila Felcra FC menarik diri dan membubarkan terus pasukan bola sepak mereka yang baru berusia enam tahun. Bagi Jang, itu adalah langkah tepat dan rasional dari Pengerusi Felcra yang baru, Datuk Mohd. Nageeb Abdul Wahab. Sebagai pengerusi, dan Mohd. Nazrul Izam Mansor sebagai CEO, sudah tentu aliran tunai dan survival syarikat lebih diutamakan. Selain itu, tugas hakiki atau teras perniagaan mereka, membantu penduduk luar bandar dalam INDSUTRI perladangan/pertanian sepatutnya dijadikan keutamaan. Suka Jang beri kredit disini, pengurusan bola sepak Felcra FC adalah terbaik, ini datang dari mulut Thanabalan sendiri ketika Jang menemuramah beliau.

Jang bukan apo, ramai je orang yang berniat menubuhkan pasukan bola atau berebut menjadi EXCO kerana melihat peluang membuat duit disitu tetapi bagaimana pasukan mahu survive tidak diambil peduli. Penyokong ada datang ke stadium atau tidak, tidak diendahkan. Bagaimana mahu mengkomersilkan bola sepak dan menjana wang, tidak mahu belajar atau dengar pendapat orang lain. Bagi mereka, jika dapat 10% dari jumlah dana dah kira sedap. Jadi langkah pengerusi Felcra Jang anggap langkah yang suci.

Jang harap PKNS, Felda atau mana-mana organisasi yang berteraskan keuntungan atau ada tanggungjawab sosial yang lebih besar kepada masyarakat tidak perlulah sama-sama sibuk nak masuk liga Perdana. Lebih baik lihat bagaimana mahu memajukan dan membangunkan negeri. Memori Jang dulu-dulu, kalau PKNS ini pernah terkenal kerana membina dan menjual apartment mampu milik kepada penduduk negeri, tetapi kenapa sekarang tak nampak lagi iklan rumah PKNS? Sebab tanah kerajaan dah dijual kepada pemaju pada harga sedap dan kemudian pemaju buat rumah mahal dan kemudian pemaju sponsor pasukan bola negeri? Entahla..Jang teka je.

Bola sepak berpaksikan kerajaan negeri (FA) pun paras hidung je budget mereka setiap musim tetapi mujur bola sepak adalah tanggungjawab sosial kerajaan. Teras perniagaan kerajaan negeri ialah mengkhayalkan penduduk negeri dengan bola sepak supaya mereka tidak boring lalu melawan kerajaan. Ini bukan benda baru, kerajaan Rome lama dahulu sudah mencipta sukan Gladiator, satu pertandingan manusia berlawan manusia untuk hiburan penduduk lalu emperor mereka boleh terus berkuasa. Nampak?

Err..tak payah la Jang nak politikal sangat kot?

Pasukan menarik diri ini bukanlah hal baru. Sudah banyak kali berlaku dan banyak pasukan telah kembali ke alam baka. Akibatnya kedudukan pasukan dalam liga jadi kacau bilau atau berlaku perubahan. Pada tahun 2005, Public Bank dan MK Land didenda RM50,000 setiap pasukan kerana menarik diri dari liga. Lembaga pengarah Public Bank tidak berpuashati dengan pelaburan yang merugikan. Public Bank ni dah la kaya nak mampus dan takda tanggungjawab sosial atau tanggungjawab apa pun takda selain membuat duit, pun tarik diri! MK Land, well, hmmm..Tan Sri Mustapha Kamal dan anak beliau Ahmad Khalif memang suka bola sepak. Sekarang mereka masih aktif dalam liga Selangor bersama pasukan NPNG.

Pasukan sebegini tidak ada penyokong yang hardcore atau softcore. Soft spot tu takda, camno? Takkan nak pakso? Seingat Jang, tidak pernah sekali pun Jang turun melihat MK Land bermain walau ianya percuma kepada kakitangan. (Ya, Damansara Perdana tu Jang la yang bangunkan) Mungkin kerana pengurusan tidak pernah buat acara kenal-kenal dengan pemain. Jadi, feeling tu takda. Jang rela balik Seremban tengok pasukan Negeri Sembilan bermain.

Sebut pasal Negeri Sembilan, macam ada peluang je kekal MSL ni? haha

Jang,

Semua liga adalah sama.