/Budaya Abah kau!

Budaya Abah kau!

Perlawanan amal merangkap pemanas badan di antara NS Matrix menentang Perak FA berakhir dengan kemenangan 2-0 kepada NS Matrix. Kutipan tiket di kenakan sebanyak RM5 dan RM10 (grandstand) dan kesemuanya akan di salurkan kepada mangsa banjir.

Kedua pasukan bermain serupa takda jurulatih. Malas Ultrajang nak ulas. Membazir megabyte je.

Selesai permainan, ketika orang ramai sibuk di kawasan parking  nak balik, keluarkan kereta dan motor, tawar menawar jersi tiruan, berlaku kekecohan. Seorang lelaki sedang di belasah oleh 2 lelaki lain. Sekejap je, lepas la sedas dua penumbuk ke muka, pastu lari.

Di katakan mangsa adalah seorang abang dan adik iparnya yang menetap di Senawang. Kemungkinan besar warga Perak la sebab seorang tu pakai jersi Perak. Ater? Muka mangsa pecah sikit sebab pemukul di katakan menggunakan buku lima. Sampai kene panggil ambulans la datang untuk beri rawatan. Samada mangsa buat laporan polis atau tidak, tidak pasti.

Ini semua cerita dan cerita adalah boring. Orang bertumbuk, blablabla.nanti ada la tokok tambah sikit..blablabla. Punca pula tidak pasti. Sebenarnya punca juga tak penting. Kalau punca penting, kita juga bodoh serupa mereka. Ada ke orang bodoh baca ultrajang?

Bertumbuk adalah medan menguji kekuatan fizikal, bukan  minda. Kalau pakai ilmu, seperti ilmu silat, ianya adalah medan menguji ilmu di dada. Kalau pakai buku lima, ianya adalah medan menguji kepondanan. Minda langsung tidak di gunakan dalam kesemua ujian tadi. Dalam ujian tadi, ada yang kalah dan ada yang menang. Selalunya akan ada ujian ulangan.

Budaya menyokong ala baru ini, tak payah la kau orang semua nak bangga sangat. Ada makcik tu datang stadium masa kau masih lagi sperma.

Nantilah aku kupas lagi pasal budaya menyokong ni.

.10893538_784355821601424_1260391324_n

 

Steady Yob!

 

 

TAGS:
Kongsi artikel ini: