April 24, 2024

Budaya Bolasepak Kita

3 min read

Dua hari lepas, Jang terbaca dibelakang suratkhabar Harian Metro satu kenyataan yang dibuat oleh bekas jurulatih bolasepak negara, B. Sathiananthan tentang peluang pemilihan Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih negara tidak terjejas dengan kekalahan 6-0 kepada Palestin di Amman. Mengikut kata B. Sathianathan, yang juga ahli panel pemilihan jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee adalah calon paling sesuai kerana beliau faham budaya bola kita.

“Tak guna kita pilih jurulatih asing dari luar negara walau mereka pernah membuat kejayaan bersama pasukan mereka kerana mereka tidak faham budaya bolasepak kita” – tambah Sathia, yakin.

 

 

Sathia juga berkeras kekalahan di Palestin tidak dikira dalam laporan prestasi Ong Kim Swee nanti. Dalam kenyataan itu lagi, Sathia beria-ia bercerita tentang budaya bolasepak kita tetapi tidak pula mengatakan apa budaya bola kita yang beliau begitu berusaha mempertahankannya. Jang pun puas berfikir, apa budaya bolasepak kita? Fikir punya fikir, akhirnya Jang dapat mengenal satu perkara tentang budaya jurulatih bolasepak kita.

Perkara tentang budaya jurulatih ini Jang pernah tulis dalam artikel bertarikh 29hb Januari 2015 lepas. Perkara ini dilaporkan dalam akhbar Harian Metro juga, apabila sekumpulan jurulatih NFDP bertindak memboikot dan mengugut mahu meninggalkan kem NFDP kerana tidak berpuashati dengan Lim Teong Kim. Mereka mendakwa Lim Teong Kim tidak faham budaya bolasepak negara. Lim Teong Kim kasar, Lim Teong Kim mintak report, Lim Teong Kim arah out station dan macam-macam lagi.

Mereka mahu Lim Teong Kim faham dulu budaya bolasepak kita. Jangan nak ikut suka saja membawa budaya Bayern Munich ke tanah Melayu. Jangan nak main kasar sangat dengan kami yang sudah lama mendalami dan memahami budaya bolasepak Malaysia. Apa nak minta report itu ini pula? Kami bukan tahu guna komputer dan jangan nak minta kami pergi jauh ke Kelantan dan pendalaman mencari bakat baru. Masukkan saja pemain kroni pilihan kami. Itulah budaya bolasepak kita.

Akhirnya, jurulatih tadi ada yang berhenti demi mempertahankan budaya bolasepak mereka. Lim Teong Kim terus saja melatih mengikut kekerasan disiplin dan budaya Bayern Munich di NFDP. Hasilnya, pasukan NFDP Malaysia adalah SATU-SATUNYA PASUKAN DARI MALAYSIA YANG DIGERUNI OLEH ORANG PUTIH.

NFDP adalah pasukan yang berjaya mengkucar kacirkan bolasepak eropah yang mereka banggakan. Kau sebut satu pasukan dari Malaysia yang apabila mereka bermain di tanah eropah, mereka digeruni dan segala jenis orang putih disana berhempas pulas menyusun strategi supaya tidak kalah teruk (sebab kalah sudah semestinya)

Jang dah kaji, NFDP adalah satu-satunya pasukan yang begitu digeruni mat saleh semenjak Parameswara berehat di bawah pohon Melaka lagi. KENAPA? Adakah kejayaan ini disebabkan oleh budaya bolasepak kita atau sebab budaya Lim Teong Kim? Tak payah kita nak kaji jauh-jauh sangat, kita pukul rata luaran saja la.

Budaya jurulatih bolasepak kita semenjak dulu adalah memilih pemain kroni. Ini juga mungkin berlaku di NFDP pada awalnya. Biaso la tu. Semuo nak bawak kaum, sedara mara anak anak kenalan untuk bermain, tetapi pemilihan pemain kroni inilah punca pemain lebih berbakat hilang peluang. Jurulatih malas masuk ke pendalaman mencari bakat, maka bakat besar yang tinggal di pendalaman terus bermain bola di ladang dan kampung sehingga tua. Inikah budaya bolasepak Malaysia yang B. Sathianathan cuba pertahankan?

Jang bukan kata Datuk Ong Kim Swee tidak baik, atau Lim Teong Kim bagus tapi Jang hanya tengok rekod dan berita yang disalurkan saja dan membuat perbandingan mudah. Mengikut sumber rapat juga, gaya Lim Teong Kim di NFDP sangat jauh berbeza dan efektif. Mungkin ini budaya Bayern Munich yang dibawanya tetapi setakat hari ini, kita semua teruja dengan hasilnya di NFDP. Hasil budaya bolasepak Malaysia mengikut pemahaman B. Sathianathan pula apa hasilnya setakat ini?

Sebut pasal kroni ini, Jang ada dengar juga tentang cerita seorang individu ini dapat masuk FMLLP hasil kerja halus Datuk Ong. Kira kroni latu. hmmmm…betul kee?

0Shares

5 thoughts on “Budaya Bolasepak Kita

  1. Budaya bolasepak kita, sepak dulu baru fikir. “aku tadi sepak bagi sapa?” ujarnya penuh selamba dan tawadok sehingga 10 tahun akan datang. cukup bulan ambik payment. tragis betul budaya bolasepak kita, tiada kemaluan.

    Hidup MU!!
    Hid up Bayern!!

  2. Statement B sathia pun lau difikir blk, mungkin utk selamatkn periuk nasi die. Kau tau² la FAM ni jang, spe lawan kne hukum mati. Sepanjang aku layan liga M ni blum lg dengar coach/player yg masih aktif tak sokong head coach HM. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.