/Cabaran Negeri Sembilan terletak pada Presiden, bukan pada Piala.

Cabaran Negeri Sembilan terletak pada Presiden, bukan pada Piala.

Jang sebenarnya meraikan usaha mencari calon presiden PBNS yang baru. Jang suka menambah perisa dan menimbulkan sedikit kegentaran kepada hati calon agar tidak menganggap tugas itu mudah. Ianya bukan a walk in the park. Kali ini tugas menjadi presiden akan menjadi lain, jika orang itu bukan lagi seorang Menteri Besar. Seorang Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan mempunyai banyak jabatan untuk membantu. Bagaimana jika presiden kita nanti datangnya dari Istana? Jeng! Jeng! Jeng!

Jang tidak mahu jadi penyokong yang tidak peduli sekarang, tetapi apabila berlaku sedikit kesilapan atau kegagalan nanti, akan terus menuding jari dan menghentam seperti tidak berpedoman. Jang suka cakap dahulu dan membantu kemudian jika perlu (dan diperlukan). Jang tidak mahu jadi penyokong yang lemah. Biar pasukan kita tidak kuat, jangan jiwa kita jadi lemah.

Untuk rekod, ada penyokong yang tidak mampu membezakan administration dengan management. Mereka pukul rata saja. Maksud Jang, bila team senior kalah, Pak Guard PBNS pun dia akan maki dan anggap bersalah. Sesungguhnya ini bukan hal lucu. Maksud Jang, dont bark at the wrong tree. Ini juga message kepada pentadbiran baru nanti bahawa penyokong kita ini garang dan emosional juga. So, watch out!

Justeru, Jang suka calon-calon ada manifesto mereka sendiri atau persediaan atau apa yang mereka akan lakukan JIKA terpilih menjadi Presiden/Exco. Pemilihan ini kan macam pilihanraya juga, jadi kene la ada manifesto sikit. Kesemua calon dan Exco atau kumpulan mereka mesti mempamerkan manifesto mereka kepada penyokong sebelum bertanding. Ini akan memudahkan pemantauan kelak apabila mereka sudah terpilih. Kita juga nak lihat samada calon-calon ini tahu masalah bola sepak kita atau tidak dan apa penyelesaian jangka pendek dan panjang mereka. Kempen la sikit.

Kalau dah terpilih baru nak fikir, hmmmm. Maknanya, ikut kitaran biasa semula la. Menang puji, kalah maki. Sampai bila?

Kepada penyokong, raikan dan buat bising sikit la pasal pemilihan ini. Ekau ni marin bising suruh PBNS melingkup/berhenti blabla. Bila waktu begini, buat senyap pulak. Esok orang tu dah kono pilih dan tak menjadi, ekau bising balik. Jang bagi contoh, penyokong Selangor paling aggresif dalam usaha menukar pucuk pimpinan pun struggle untuk mendapatkan hasil. Bayangkan, aggresif pun struggle bertahun. Kalau kau sonyappppp yooooooo macammmm takdooo apooo-apooo maknanya kau berpuashati. Maknanya kau redho dan terima ketentuan nanti. Betul? Bagus juga kalau ada sikap berserah ini. Aman dunia.

Jang mendesak agar senarai calon diumumkan dan mereka mesti diberi peluang sama rata berkempen.Dah la ahli gabungan PBNS tidak ramai yang aktif dan mungkin sudah berkubur, jadi bagaimana pemilihan dilakukan? Siapa yang akan mengundi? Bagaimana pengundian dilakukan? Siapa memantau? Bagaimana nak pastikan tiada unsur pembelian undi? Apa kaliber calon yang bertanding? Adakah ada wujud persefahaman dan komplot (which is ok je) tetapi bagaimana jika ada unsur sabotaj?

Penyokong adalah tunjang pasukan dan apa hak mereka sebagai penyokong untuk tahu akan hal ini semua? Jang bukan apa, selama ini penyokong sentiasa dipinggirkan dibawah rejim lama. Tau-tau mereka dah adakan kongres di hotel. Menteri Besar automatik menjadi Presiden kerana mengikut perlembagaan. Naib presiden, setiausaha, bendahari dan pengurus pun dah dipilih. Penyokong hanya tahu melalui berita suratkhabar esoknya. Bila rejim bertukar, rupa-rupanya perlembagaan pun dah bertukar juga – seorang Menteri Besar bukan lagi Presiden secara automatik. Hmmmmmm

Jadi, dibawah kerajaan baru, Jang mendesak sedikit ketelusan dan komunikasi diraikan.

Jang,

Buapak Lantikan Sendiri.

Kongsi artikel ini: