April 18, 2024

Cerita Malaysia Tidak Ke Hebron

3 min read

Malaysia's goalkeeper Khairul Fahmi (bottom-R) tries to save a shot on goal during the WC2018 Asia Qualification football match between Palestine and Malaysia at the Amman international stadium in the Jordanian capital on November 12, 2015. Palestine's football association reluctantly agreed to play upcoming World Cup qualifying matches against Saudi Arabia and Malaysia at neutral venues, after FIFA voiced concerns over security fears in Palestine. AFP PHOTO / KHALIL MAZRAAWI

Apa yang nak diulas lagi hal perlawanan semalam? Tak ada. Pemain Malaysia cepat kehilangan bola? Itu dah banyak kali tulis dalam beberapa artikel sebelum ini. Pertahanan Malaysia kerap melakukan kesilapan? Itu biasa. Memang bek kadang-kadang kerja dia memerhati saja pemain lawan melakukan percubaan. Naturalisasi ke, berdarah campur ke, mak lahir kat bulan, ayah lahir kat bendang ke, bila main Malaysia, semua jadi sama. Ini mengecewakan.

Langsung tidak hadir rasa harapan dihati Jang bila melihat aksi pemain Malaysia. Walau mencuba juga melahirkan rasa harapan tetapi apakan daya, hanya sesekali hati Jang diubat oleh kesungguhan Amri Yahyah. (Amri Yahyah lagi!) Kalau semua perlawanan nak harap ke Amri mencari gol dan Aidil membentes kaki lawan, mati kering la mereka.

 

 

 

Baik bermain dibawah kendalian Dollah Saleh atau Ong Kim Swee, Malaysia tetap kene 6 gol oleh Palestin. Baik bermain di Shah Alam, Malaysia atau di Amman, Jordan, Palestin tetap menjaringkan 6 gol untuk memberitahu kita bahawa, walau dipadang mana pun kita bermain, kalau dah belalang tu belalang juga. Istilah lain padang lain belalang ni takda dalam kamus bolasepak sebenar. Kalau nak cerita belang Harimau, lagilah teruk nanti.

Berialah FAM meminta dan merayu FIFA agar tempat perlawanan diubah dari Hebron ke Amman atas isu keselamatan, tetapi keselamatan gawang gol kita tidak dapat dijaga dengan baik. Sekurang-kurangnya bila dapat bermain di Amman, pasukan kita dapatlah bermain dengan lebih baik, ini tidak, sama saja. Kalau di Malaysia pun kalah, di Amman pun kalah, di Hebron tak berani, dipadang mana kita akan menang? Agaknya Harimau Malaya ini kene main dalam kandang zoo baru dia kuat mengaum.

Boringlah, asyik nak kene cerita hal kalah dan kelemahan saja. Bila nak cerita hal sedap pasal bola Malaysia? Cerita kalah ini sampai kawan Jang, Lucius Maximus bukukan dalam buku bolasepak paling agung Malaysia – Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia. Dalam buku ini diceritakanlah secara konsisten pasukan bolasepak kita terus gagal hendak layak ke Piala Dunia. Mengikut cerita dalam buku ini yang boleh kita simpulkan, antara kelemahan paling ketara yang mengakibatkan pasukan Malaysia gagal adalah kelemahan pengurusan. Pemain bertukar ganti, dari yang hebat sampai la yang bangang, tapi pengurusan masih muka sama, maka terus gagal la kita.

Ong Kim Swee tidak layak melatih Malaysia. Ini sudah ditulis dalam artikel ultrajang yang boleh dibaca di https://www.ultrajang.com/10-dalil-kenapa-ong-kim-swee-tidak-layak-jadi-jurulatih-malaysia/ . Malaysia harus mengambil jurulatih asing yang boleh menilai kembali kesemua pemain yang layak mewakili Malaysia. Jangan letak walau seorang pun warga tempatan, baik berdarah campur atau tolak sekalipun dalam pasukan kejurulatihan tadi. Beri jurulatih baru kebebasan sepenuhnya melatih,menilai dan memilih pemain yang dia fikirkan sesuai. Kalau ambil Jurgen Klopp, tapi dia pilih juga pemain yang sama mewakili Malaysia, maka Dollah dan Ong Kim Swee tak salah.

Sudah tentu saya tak menjangka yang kami akan tewas dengan jaringan yang besar lagi seperti apa yang berlaku sebelum ini. Ia satu keputusan yang teruk. Pemain sudah berikan segalanya tetapi ianya masih belum mencukupi. Jumlah gol yang bolos itu sudah cukup teruk dan seperti apa yang kita lihat, banyak lagi perkara yang perlu di perbaiki” – Datuk Ong Kim Swee.

‘Pemain sudah berikan segalanya’ tu yang buat naik darah Roy Keane Jang. Dah beri segalanya tetapi masih belum mencukupi bermaksud dia bukan pemain yang tepat untuk Malaysia. Dah habis bagi dah (termasuk back pass yang tidak tepat) maka kalau dah habis, kita tukar la jurulatih dan pemain lain pula.

0Shares

4 thoughts on “Cerita Malaysia Tidak Ke Hebron

  1. Part last den sokong jang. Typical Malaysian coach. Bila di tanya sebab kalah, ‘pemain dah beri sepenuh nya/ segala nya/ 100% tapi nasib tak mnyebelahi pasukan. Lama dah den perati jang. Lau pemain dah bagi segala nya, tapi kalah makna nya coach la bangang. Tukar! Kehkeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.