/…dari sudut sukar

…dari sudut sukar

Aku tengok perlawanan antara Juventus menentang Inter Milan pagi Rabu lepas. Power betul Juve. Ketepatan passing mereka hampir 90%. Pirlo tenang mengemudi bahagian tengah, Buffon menjaga gawang dengan penuh pengalaman, Pogba memang bintang yang bakal terus bersinar untuk tempoh yang lebih lama lagi, Vidal sangat sensasi dan Tevez… work rate dia sangat berbaloi di bayar mahal, Top scorer sekarang dengan 11 gol.

Minit ke 5 Tevez telah menjaringkan gol pertama hasil assist dari Vidal yang sangat cantik mengawal bola.

Perlawanan yang berkesudahan seri satu sama itu juga menyaksikan pemain pinjaman Inter Milan dari Arsenal, Podolski membuat penampilan. Podolski ni dulu 1Jerman dah kata jangan pergi Arsenal, sekarang nasi dah jadi bubur. Harap kehebatan dia kembali bersama kelab Inter Milan.

Dalam perlawanan ini aku perhatikan Tevez, kesungguhan dia bermain memang sama seperti ketika bersama West Ham dan United dulu. Walau dalam keadaan sukar, dia tidak menunjukkan sedikit pun tanda-tanda give up, tapi terus bermain selagi boleh. Dia tidak mudah menjatuhkan diri atau membuat helah.

UltraJang respek Tevez.

Carlos-Tevez-Juventus1