Datuk Vida Datang Lagi!

Kita kena tengok situasi ini sebagai win-win situation. Tidak boleh dinafikan bola sepak moden tidak akan wujud tanpa wang. Namun ianya mesti selari dengan nilai-nilai adat dan sensitiviti sesuatu kelab bola sepak. Orang berniaga ni selalunya mereka tidak fikir tentang ini semua. Bagi mereka janji duit masuk. Kelab bola sepak dan ahli perniagaan ini sudah tidak dapat dipisahkan. Ini adalah peluang yang sukar dilepaskan kerana bola sepak boleh menghasilkan pengiklanan yang hebat untuk perniaga dan sponsorship pula boleh membantu financial sesebuah kelab dalam masa yang sama.

Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman sekali lagi menjadi tajuk perbualan dalam bola sepak tempatan. Dia menyatakan hasratnya untuk menaja pasukan bola sepak lain pula. Ini merupakan peluang untuk kelab-kelab di Malaysia khususnya pada pasukan yang mempunyai masalah gaji. Dulu ada orang membandingkan antara Datuk Vida dan TMJ berkenaan dengan penajaan ini. Untuk abang Tom, dari segi konsepnya sama tetapi dari segi pelaksanaanya berbeza.

TMJ lebih selesa untuk keluarkan duit dan dalam masa masih menjaga nilai-nilai adat bola sepak. Dia tahu bola sepak punya break even ini bukannya on the spot. Ia memerlukan masa dan sedikit nasib untuk berjaya. Kita tidak menafikan TMJ pernah melanggar nilai-nilai bola sepak yang sebenar. Meskipun begitu beliau nampak kesalahannya itu dan belajar daripadanya. Senang cerita ideanya berhasil. Ini adalah fakta walaupun anda boleh berbeza dengan abang Tom.

Manakala Datuk Vida pernah menaja Kelantan dan terus mengundang kontroversi. Beliau pernah duduk dibangku simpanan, pemain kena celebrate gaya ku puteh dan jersi home berwarna merah jambu. Malah mengarahkan stadium dicatkan dengan warna merah jambu! Sudah tentunya ini menaikkan kemarahan penyokong-penyokong. Kelantan FA yang pernah menjadi gergasi bola sepak tanah air terus merundum. Bila tidak menjadi, beliau lari. Berbeza bukan?

Untuk abang Tom ini adalah peluang kedua untuk Datuk Vida. Perlu diingatkan peluang kedua ini bergantung pada pasukan yang dia akan pilih. Dr Zulakbal Ab Karim, seorang Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyarankan Datuk Vida untuk menaja pasukan Kuala Lumpur ataupun UiTM. Beliau telah menggariskan beberapa sebab terutamanya kerana Datuk Vida sesuai dengan gaya entertainment yang dekat dengan jiwa orang Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar. Apa yang disebut oleh beliau dipersetujuai 100% oleh abang Tom. Cuma bagi abang Tom ada unsur lain yang lebih penting untuk diketengahkan.

Abang Tom sentiasa menganggap pasukan seperti UiTM dan Kuala Lumpur ini tidak mempunyai identiti yang kuat. Orang KL pun ramai yang sokong Selangor. Jadi untuk Datuk Vida masuk dan mengubah identiti pasukan tersebut tidak banyak mengubah sejarah dan adat pasukan tersebut. Umpama RB Leipzig di liga Jerman. Betul orang masih marah tetapi impaknya tidak sama jika kena pada pasukan seperti Kedah ataupun Pahang. Tambahan lagi beliau juga menyatakan ingin menaja pasukan yang underdog. Pasukan lain yang sesuai adalah Petaling Jaya City FC dan Kuching FA. Please jangan pilih Negeri Sembilan.

Good luck Datuk Vida dan semoga berjaya pada pasukan yang terpilih.

P/S: Ku puteh, kau puteh semua nak Messi puteh!

Tom Bombadil

The coolest kid on the block

One thought on “Datuk Vida Datang Lagi!

  • September 3, 2020 at 5:56 pm
    Permalink

    Terbaik ulasan abam tom!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.