/Dimanakah salah dan silap bolasepak kita sehingga semua nak bercakaran?

Dimanakah salah dan silap bolasepak kita sehingga semua nak bercakaran?

Tuhanku! tak senang betul Jang nak mengambil ‘feel’ musim baru liga perdana yang akan bermula esok. Dikala banyak pasukan telah memulakan kempen mereka dengan majlis memperkenalkan jersi, sponsor dan sebagainya, bolasepak kita masih lagi bercakaran sesama sendiri diluar padang, diruang belakang suratkhabar dan dimedia sosial.

Jang perhatikan saja isu-isu ini berlanjutan dari minggu ke minggu tanpa bernafsu untuk mengulasnya. Jang cuba untuk jadi positif dan hanya mahu lihat bolasepak dijalankan dengan baik untuk musim baru ini. Jang rasa harapan Jang sama dengan semua peminat bolasepak lain, kami mahu liga bolasepak tempatan meriah dan bersih. Jadi bila Jang lihat atau terbaca isu-isu kecil, Jang biarkan dengan harapan ianya boleh diselesaikan dan bolasepak boleh dimainkan dengan aman.

Tapi semakin teruk pulak Jang tengok..

  1. FMLLP

Jang ada terbaca satu tweet abang wartawan senior yang sangat Jang hormati pandangannya, beliau menyelar Kevin dan FMLLP yang berniat ‘suci’ memberi tunjuk ajar kepada persatuan bola bagaimana kaedah dan pendedahan untuk mendapatkan pemain import yang baik dan blablabla. Berulang kali Jang membaca laporan akhbar tersebut dan tidak jumpa apa-apa yang salah akan niat suci FMLLP itu. Tetapi wartawan senior tersebut terus menyerang dan sebagai polis bolasepak yang adil dan cekap, Jang terus menyiasat. Jang tanya juga kepada abang wartawan senior tersebut, dan beliau minta Jang ‘membaca’ dengan lebih mendalam. Mujur teknik Polis Jang masih berbisa, setelah menyiasat menggunakan sedikit kekerasan, Jang jumpa jawapannya!

Ini hal kecil sebenarnya, conflict of interest. Dalam kamus Polis Jang, jika kesalahan belum dilakukan maka dia belum dianggap bersalah. Jang masih anggap niat murni FMLLP tidak salah tetapi Jang suka peranan abang wartawan senior yang cukup cekap memantau. Elok mereka bergabung sebenarnya dan sama-sama memajukan bolasepak tempatan yang sedang sakit ini.

Kemudian FMLLP terus diasak lagi oleh akhbar MalayMail. Kali ini tentang persediaan menghadapi liga yang hanya beberapa jam saja lagi wisel permulaanya akan ditiupkan. Masih tiada berita tentang hak penyiaran, masih tiada kepastian tentang itu ini, masih belum ada bola rasmi diberikan kepada pasukan (what the fucking fuck?) dan sebagainya.

Bagi Jang, semua itu bukan mudah. Bukan boleh diuruskan dengan keyboard dan pendapat saja. Mereka di FMLLP bekerja siang malam, kita tak tahu. Kita tahu hendak sedap saja. Ok, la mungkin ada seorang dua yang asyik main twitter dan selfie saja, tapi Jang tetap suka fikir yang mereka di FMLLP sedang berusaha untuk melicinkan perjalanan bolasepak kita. Mereka mungkin tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari FAM, mungkin tangan mereka dipulas? Kita tidak tahu.

FMLLP bukan tidak tahu yang semua mata tertumpu kepada mereka jadi mereka harus berhati-hati. Peminat bolasepak sangat berharap pada FMLLP selepas seumur hidup mereka bernafas dengan FAM tetapi sebagai badan baru yang dibersalinkan oleh FAM, kita kene beri FMLLP sedikit ruang untuk bernafas, merangkak, berjalan jatuh dan kemudian berlari. Kalau kita semua bekerjasama, semua kerja jadi mudah. Tapi itulah, kerjasama dan bersatu adalah benda paling susah rakyat Malaysia nak buat.

2. Gaji

Apa setan susah sangat nak bayar gaji ni? Dah tau duit persatuan tak ada,usaha la supaya stadium sentiasa penuh dan duit dapat dijana, atau jangan ambil pemain mahal-mahal. Kualiti pemain ambil rasuah, pemain suci dan bersembahyang dengan pemain Presiden umur 18 sama saja la.. tak jauh sangat beza mereka. Diatas padang tak dapat nak beza kualiti pemain bergaji 30K, 15K dan 3K. Semua nampak sama, kelas D! Gaji 30K pun ada juga tanduk bola lelap mata. Gaji 3K kadang-kadang lebih passion membantu pasukan mencari kemenangan.

Hal gaji melangit sedangkan urusan kehidupan peminat diluar stadium masih sama ini harus dipandang serius. Apa yang tak elok, berlaku di liga luar kita jadikan sempadan. Bolasepak adalah satu escapism peminat dari ‘realiti’ kehidupan. Jika dalam dunia ‘escapism’ bolasepak mereka, peminat dijual dan dijadikan komoditi serta pemain dijadikan alat yang tidak dibayar gaji, maka rosaklah scene bola.

Sistem gaji yang digunapakai oleh pasukan Negeri Sembilan mungkin ada penyelesaian disitu.

3. Selangor.

Sementara itu kita teruskan tugas kita dalam memeriahkan scene bola dengan saling ‘bermesra’ sesama sendiri. Baru-baru ini Jang ada membuat poll atau survey di twitter, mencari jersi terburuk musim ini. Tujuan Jang murni dan suci, tetapi disalah ertikan oleh sebilangan penyokong Selangor. Inilah yang Jang cuba nak didik penyokong bola. Bila jersi orang keluar, dia kutuk buruk..takpa. orang tak marah pun., bila jersi dia keluar, orang kutuk, dia melatah, dia ajak satu bangunan menyerang Jang. Mentaliti Liverpool begini jangan dibawa kedalam bolasepak tempatan, ok. Rosak nanti scene bola kita.

Baiklah, dari survey Jang yang dijawab oleh lebih 500 pengundi, Jang senaraikan 3 kedudukan jersi terburuk alam semesta musim ini;

Tempat ke 3 : Tiada pemenang

Tempat ke 2 : Negeri Sembilan

Kedudukan tempat Pertama dikongsi oleh : Selangor, Pahang, Kelantan dan seluruh pasukan di MSL.

hmmm..ok juga Negeri Sembilan dapat no. 2.