/Dimanakah salah dan silap Negeri Sembilan FA sehingga kau tak dapat maafkan?

Dimanakah salah dan silap Negeri Sembilan FA sehingga kau tak dapat maafkan?

Jang masih tidak percaya bahawa dihujung musim Jang akan menulis artikel ini, bukan artikel tentang pasukan kita melangkah ke liga Super. Draf-draf awal tentang kejayaan pasukan terpaksa Jang padamkan dari kotak memori fikiran, kerana ianya tidak berguna lagi. Bukan tugas mudah pula untuk Jang merungkai dan menterjemah musim ini dengan hanya satu artikel kerana ianya akan nampak mudah, dan Jang tak mahu ianya dianggap mudah. Walau sakit dan pahit untuk ditelan, sebagai anak Negeri Sembilan, kita hadap satu-satu dan kita selesaikan.

Jika tiada ‘aral melintang’ kita akan kekal di liga Perdana untuk musim ke 5 berturut-turut. Untuk rekod, dari sudut bola sepak dan kompetitif-ness serta kualiti pasukan kita sendiri, Liga Perdana adalah lopak sesuai untuk Sang Kerbau terus berkubang. Bak kata pepatah, ‘walau seharian mandi, sang kerbau tetap berlumpur badannya’ (eh, ada ke pepatah ni?) hmm..atau ‘kerana seekor kerbau berkubang, habis semua terpalit lumpurnya’. Maknanya kita semua lah.

Izinkan Jang mengulas sedikit tentang situasi bola sepak Negeri Sembilan dalam beberapa isu penting. Mungkin ulasan Jang kurang tepat atau boleh melukakan hati kau semua tetapi sebagai Buapak Bolasepak Beradat, Jang tak rela menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya, hanya ikut saja ragam semua tanpa pendirian sendiri. Bak kata pepatah ‘biar dahi berlumpur asal tanduk mengena sasarannya!’.

  1. Kualiti pasukan.

Adakah pasukan kita benar-benar layak bersaing diliga Super? Ini subjektif dan tiada jawapan tepat. Kita kalahkan Selangor disaingan Piala FA melalui tendangan penalti dan kita seri dengan pasukan lemah diliga Perdana. Hal sama berlaku juga diliga Super dan ini bermaksud tiada jaminan menang kepada mana-mana pasukan pun walau dari liga mana ia datang. Tetapi perlu diakui, kualiti pemain secara individu jelas menunjukkan pemain kita sedikit ketinggalan. Menentang Pahang contohnya, kalau diberi rating setiap pemain, kita sekadar average sementara pemain Pahang boleh mendapat 7,8 mata /10. Tapi kita bermain sebagai satu pasukan dan itu yang buat kita susah nak dikalahkan. Rata-rata komen Jang terima mengatakan pemain barsan kedua kita tidak improve walau diberi peluang untuk bersama pasukan senior. Aih, panjang lak point ni nanti. sampai petang pun boleh pung pang tapi point pentingnya, pasukan kita berkualiti apabila bermain dalam beberapa perlawanan besar dan sebagai satu kumpulan dan apabila menentang pasukan lemah, kita mula terlebih yakin dan dimasa itu kualiti sebagai pemain pun terserlah dan perlu diperbaiki lagi. Kita sambung lagi bahagian ini nanti.

    2. PBNS Bangsat?

Ini satu lagi perkara yang subjektif dan kabur. Mengambil contoh mudah, jika pasukan kita dinobatkan menjadi juara liga perdana atau naik ke liga Super sebagai naib juara, apa agaknya yang akan keluar dari mulut (atau status media sosial) penyokong?

“Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan dan semua penyokong! Abang terlalu gembira dan sebak hari ini! Kita ke liga super!!!” –  mesti macam ni kannnnnn?

Penyokong Kuala Lumpur (sorry KL, diambil sebagai contoh) ditengah musim pun Jang lihat banyak status menghentam pengurusan dan apabila jadi juara – puji dan ucap terima kasih. Ini biasa dan jangan kata Jang tak faham pula cuma Jang secara halusnya nak kabo, kita ni goma menuduh tanpa usul periksa asal hati kita puas. Bila kita marah dan kecewa, kita lampiaskan kemarahan kita dengan memaki dan menghentam orang lain tapi bila kita gembira, kita ketawa bersama. Bila pasukan kita gah ditakhta liga, waktu kalah pun kita viking clap bersama tapi bila seri dihujung musim, kita halau pemain yang cuba nak datang ke penyokong. Apa ertinya bola sepak dan sokongan begini? Bukan Jang nak kata pengurusan atau PBNS takda salah langsung tapi cuba selidik dimana salah mereka dengan meneliti apa tugas mereka dahulu.

Jang tanya, 3 kali pemain kita one to one dengan penjaga gawang (1 semasa lawan Pahang dan 2 semasa lawan PKNP baru-baru ini) dan gagal jaringkan gol, salah siapa?  PBNS kah yang halang gol itu terjadi? beberapa jaringan pihak lawan melalui set-piece dan free kick saat akhir, salah siapa? Jurulatih beri arahan untuk tackle?

  3. Salah Dato Haslah?

Sebagai pengerusi syarikat yang menjadi sponsor besar dan berjuta kepada pasukan, merangkap naib presiden, takkan beliau tak boleh buka mulut sedikit? Ikut rekod Jang juga, beliau menghadirkan diri hampir 90% perlawanan pasukan termasuk perlawanan persahabatan waktu panas petang di stadium Mini USIM, Nilai. Bagi Jang ini satu komitmen yang bagus dan rata-rata pemain puji dan senang bekerjasama dengan beliau. Ahhhh! Dato Haslah main duit! – Ini antara tuduhan liar dan paling mengarut Jang baca. Cuba kau bayangkan jika syarikat kau pula keluar duit berjuta dengan jaminan tak akan bawa balik untung (sekadar branding), tidak boleh pula buka mulut, duduk diam saja, adakah kau akan sengaja rosakkan reputasi kau dan syarikat sendiri dengan mengatur kekalahan pasukan dan kau makan duit? Gila!.

Jang tak kenal rapat sangat beliau sampai tahu luar dalam tapi ambil random status pengerusi syarikat Berhad yang tersenarai dalam Forbes Asia (Best 200 companies under  A billion – dan Malaysia hanya ada 14 syarikat sahaja tersenarai -ASIA tau? bukan Asia Tenggara ) tak mahu Dato’ Haslah peduli pasal 3,4 ribu duit tiket dan terima maki penyokong tak tentu pasal. Baik dia duduk pejabat dan jet setting sana sini menikmati kehidupan. Kau jet set pun tak faham maksud tepatnya lagi nak sembang bajet juta-juta.

Tapi kenapa beliau masih mahu bersama pasukan? Cuba letak satu nama syarikat lain yang boleh taja dan beri komitmen sama seperti beliau, jika ada.

4. Skrip lamo?

Musim 2014, 2015, 2016 dan 2017, bila masa kau sedar yang ianya hanyalah skrip lamo? Bilo akhir setiap musim kan? Masa awal musim kau tak ingat atau lupa (sama la tu!) pasal skrip. Ini sebenarnya skrip lamo penyokong lah juga. Bila hujung musim saja sebut skrip lama..skrip lama, dio buek balik blablabla..sedar tak yang kita penyokong pun recycle skrip sama dan lama dari 2014? Maknanya apa? Ya! maknanya kita sedar ianya skrip lama tapi kita terlalu bangang dan terus percaya dan mudah pula digula-gulakan dengan kemenangan awal musim. Kau semua ni skrip lama juga tapi tak sedar. hehe.

Penutup

Tak payah Jang nak pertahankan sangat pasukan, barisan pemain atau PBNS sebab Jang berada dibelah penyokong. Jang adalah penyokong dan mahukan perubahan, sama seperti kau semua tapi perubahan takkan terhasil kalau kita tidak bersatu. Suara Jang seorang takkan diambil peduli. Status Jang dan kau semua di media sosial hanyalah pembaziran data yang sia-sia dan skrip lama. Terima hakikat, didunia ini, jika kita bijak dan bersatu, Firaun pun tak berani bangun dari kuburnya tapi kalau Firaun tahu kita ni tak boleh nak bersatu, dia juga tak mahu bangun dari kuburnya sebab elok dia berehat dari membazir masa melayan kita semua.

Tenang! akan ada ulasan bahagian ke-2 menyusul selepas ini tentang penukaran pemain import pula. Hadam ini dulu. Baca dengan jiwa dan roh bola sepak Negeri, bukan dengan semangat anak muda nak bongih saja tu.

Jang,

Buapak Bolasepak Beradat