April 19, 2024

Dollah, Forkey Doe tak mahu masuk suku!

2 min read

Dollah kata dia sedia terima naturalisasikan pemain untuk membantu pasukan negara menjadi lebih baik dan kompetitif.

Orang Malaysia dah muak bersorak bila warga asing jaringkan gol. Orgasm dia tak sama bila anak jawa Tg. Karang macam Amri Yahyah yang score. Tak habis-habis nak bergantung pada warga asing. Dolah ni tau tak, kemasukan warga asing adalah punca skil gaji kita jadi rendah? Dollah ni bikin Jang geram!  Baik Dollah baca cerita benar Jang nak bagitau ini;

 

Pada tahun 2011, Negeri Sembilan pernah menghantar wakil kedalam satu pertandingan mengaji alquran (Musabaqah) peringkat kebangsaan dan menjadi juara. Kemudian, beliau bertanding pula diperingkat antarabangsa dan terus menjadi juara dunia. Apabila ditanya kepada seorang kawan yang juga pegawai tinggi di Majlis Agama Islam tentang formula menghasilkan seorang Qari yang sangat power, kau mesti terperanjat apa jawapan beliau.

“kami import Hassan Azhari dari Selangor jadi jurulatih. Idea ini kami dapat dari bola juga”

Lama Jang berbual dengan kawan di Majlis Agama ini. Dia beritahu bagaimana Majlis Agama Negeri mengesan bakat mengaji dari sekolah rendah, jaga budak tu dan sekolahkan di sekolah agama yang baik, beri biasiswa, sponsor dia belajar ke luar negeri dan bila dia tamat belajar, sediakan kerja yang baik untuknya di Negeri Sembilan. Maksudnya, jaga dari kecik sampai besar supaya jangan hilang.

Susah ke FAM atau Dollah atau PBNS sendiri nak buat benda yang sama pada 15 kanak-kanak power main bola seperti usaha Majlis Agama Negeri Sembilan buat? Kasar sangat ke belanjanya? Untuk rekod, sebenarnya Majlis Agama ada membuat seminar perkara ini kepada PBNS tetapi… itulah..maleh Jang nak cerita panjang.

Contoh lain pula, kita lihat Misbun Sidek. Beliau adalah seorang jurulatih badminton yang sangat luarbiasa. Dia berjaya melahirkan seorang pemain badminton yang sangat hebat seperti Lee Chong Wei. Diberitakan, gaya latihan yang dilakukan beliau pada Chong Wei terlalu kejam untuk seorang manusia buat. Rejim latihan Misbun Sidek dikombinasikan dengan seorang pemain badminton yang bersungguh-sungguh mahu berjaya adalah formula yang sepatutnya diikuti oleh Dollah. Latih dengan bersungguh kepada pemain yang bersungguh-sungguh juga. Latihan harus keras baru pemain tak lembik. Tengok Lee Chong Wei punya stamina. hmmm….

Bukan ambil jalan mudah, naturalisasikan pemain. Ada banyak lagi contoh dan sebab musabab kenapa perkara ini tidak boleh diteruskan tapi korang fikirlah sendiri.

Tapi itulah, Jang terserempak dengan Forkey Doe kat Tesco malam tadi. Jang tanyalah pendapat dia tentang naturalisasi pemain ni, mahu ke Forkey Doe jadi warga Negeri Sembilan?

“Masuk suku saya tak mau lah.. tak syok!”

Celaka Doe, dah pandai guna ayat klasik ni!

0Shares

2 thoughts on “Dollah, Forkey Doe tak mahu masuk suku!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.