/Dollah letak jawatan, siapa kene cuci taik?

Dollah letak jawatan, siapa kene cuci taik?

Dollah memang patut sangat letak jawatannya selepas kalah dan kalah dalam semua perlawanan penting. Asal main bola je kalah, baik main dart. Kurang-kurang dapat juga baling dan tolak point. Takkan nak harap lawan pasukan lemah macam Liverpool saja untuk dapat point. Jaga la sikit air muka kawan-kawan Liverpool kita.

Sekarang Dollah dah berhenti, Ong Kim Swee kene cuci taik dia.

Sini Jang bagi beberapa senario untuk kito semua nilai sendiri hal kewibawaan seorang jurulatih ni.

senario 1;

Muslim Ahmad melakukan beberapa kesilapan basic bolasepak seperti menahan bola, menanduk bola dengan mata terlelap dan tidak fokus sehingga mengakibatkan Malaysia kalah, selesai permainan Abang Dollah peluk Muslim sambil berkata, “takpa..kita jangan salahkan sesiapa, Muslim dah cuba yang terbaik, Abang nak Muslim main lagi nanti dan cuba baiki kesilapannya..Abang nak sangat tengok Muslim berjaya” sambil tepuk-tepuk belakang Muslim.

senario 2;

Pak Alex menelan chewing gumnya! Muka dia dah merah, kesilapan David Beckham yang tidak fokus dan tidak cergas benar-benar mencabarnya dan pasukan Manchester United. Walaupun ini kesalahan pertama Beckham tapi Pak Alex tak peduli! Pantang dia memanjakan pemain bergaji besar,nanti kepala pulak besar. Didalam bilik persalinan, Pak Alex hilang akal lalu mengamuk, menendang but bola, melayang dan kene kepala Beckham, darah memancut dari keningnya. Beckham bangun dan cuba melawan, tetapi dihalang oleh renungan Roy Keane. Semua pemain kecut perut kecuali Cantona dan Roy Keane.

senario 3;

Brendan Rodgers tak nampak aksi Suarez menggigit dan menghina Evra walaupun Evra menunjukkan tangannya hampir putus. Selesai perlawanan,Brendan Rodgers mengarahkan semua pemain memakai baju gambar Suarez sebagai tanda sokongan dan kemudian menjualnya kepada Barcelona. Selepas mendapat wang yang banyak, dia membeli Balotelli dan Milner. Semua peminat Liverpool bersorak dengan kegeniusan Brendan Rodgers.

Daripada 3 senario tadi, jurulatih pasukan manakah yang paling berjaya sekali di alam semesta ini dan kenapa?

Apa Jang nak cakap ialah, Malaysia perlu seorang jurulatih yang kuat maki. Pernah lihat jurulatih lempang pemain-pemainnya selepas perlawanan? Kat tepi padang tu sorang-sorang yang keluar padang kene sedas. Ah! Entah-entah Awang Mahyan dan Mohammad Che Su pun kau tak kenal.

Sekarang sapa nak cuci tandas FAM?