/Dollah rela kaki pemainnya di pijak Liverpool?

Dollah rela kaki pemainnya di pijak Liverpool?

Imej Dollah Salleh dalam berita TV  yang teruja dengan perlawanan persahabatan yang di rancang July nanti bermain dalam kotak fikiran Jang secara berulang-ulang seperti siaran Astro. Dollah Salleh anggap ianya satu perlawanan yang baik di peringkat tertinggi untuk pemain Harimau Malaya menimba ilmu. Dollah anggap Liverpool adalah sebuah pasukan yang berkualiti tinggi dan sesuai dijadikan sebagai medan menguji kekuatan. Dollah anggap pemain kita dapat menilai prestasi mereka bila bertemu pasukan yang bermain di liga tertinggi.

Dollah Salleh sama saja dengan Rajagopal.

Tapi ini bukan cerita ranking atau semangat patriotik rakyat Malaysia. Semua ini adalah ulangan terhadap apa yang berlaku di tahun 2011. Penyokong Liverpool akan turun beramai-ramai menyanyi dan bergembira bersama rakan-rakan mereka sementara geng Ultras Malaya pula akan turun menjadi ekor Harimau Malaya. Ini  secara tidak langsung menjadi medan menguji kekuatan vokal kedua belah penyokong. Kemudian esoknya rakyat Malaysia akan saling mempertikai kekuatan patriotik mereka di laman sesawang dan dada akhbar. Ini semua ulangan, dan macam siaran astro juga, kita membayar dengan harga yang mahal untuk sesi ulangan ini.

Kalau di tahun 2011, pasukan Harimau Malaya di paksa menjadi pemanas badan lelaki inggeris sebelum perlawanan penting menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia, adakah July nanti Dollah Salleh akan mengambil risiko yang sama? Memikirkan hal jadual perlawanan ini adalah sesuatu yang bangang dari FAM, kemungkinan itu ada. Jang tertanya-tanya juga, kenapa pemain kita suka di jadikan sebagai daging pemanas badan lelaki inggeris ni? Ada ke satu perubahan yang jelas pasukan kita dapat selepas bertemu Liverpool pada tahun 2011? Semakin bijak ke pemain kita mengawal bola,membuat hantaran dan percubaan? Kalau di ukur dari prestasi Liverpool sendiri di EPL, mereka juga semakin bangang. Adakah kita sebenarnya secara rahsia memindahkan kebangangan kita bermain ke pasukan Liverpool? Atau bagaimana?

Dollah Salleh sepatutnya menentang sebarang bentuk perlawanan yang menukarkan Harimau Malaya menjadi Harimau Sarkis. Dipaksa melompat gelung yang berapi, di libas bila tidak mendengar kata dan bila tua, di ambil kulitnya untuk di jadikan hamparan permaidani di ruang tamu rumah. Menyediakan pemain untuk peringkat lebih tinggi bukan tugas Dollah. Itu tugas FAM. Maksudnya, sediakan pemain di peringkat awal. Bukan yang sediada di bawa berlaga,lepas tu mendabik dada kata ‘peringkat tertinggi’.

Jang menentang sebarang usaha menjinakkan Harimau Malaya (yang kukunya dah lama tersimpan) untuk menjadi sekadar pemanas badan lelaki inggeris. Jang tak kisah Liverpool nak datang beraya di Malaysia tetapi selayaknya NS Cempaka saja yang menentang Liverpool di Bukit Jalil. Baru sama level kelab lawan kelab.

Liverpool_FC.svg

..atau mungkin level Liverpool setaraf Malaysia?