/Ego Van Gaal sebesar punggungnya yang berat

Ego Van Gaal sebesar punggungnya yang berat

Mika Rot mengirim surat dari bumi Jerman meminta peminat United bersabar dengan Van Gaal.

Dikala Piala Malaysia hampir memasuki kemuncaknya semalam, berlainan senario yang berlaku di bumi Inggeris semalam, dimana perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata yang berbilang kaum disana menanti perlawanan diantara Leicester City menentang Manchester United. Ya! Leicester City bukannya Liverpool, Manchester City atau jauh sekali Chelsea. Pertemuan semasa diantara pemegang tempat pertama dan kedua liga paling agung didunia.
Lewat daripada perlawanan menentang Leicester City semalam, engkau anggap sajalah yang cuaca tak berapa sedap sangat di kem Setan Merah sekarang. Orang-orang Tembok Berlin panggil cuaca ini dengan istilah ‘cuaca yang sesuai untuk mengawan’.

Ya! Mungkin taktikal yang diterapkan dan diamalkan oleh Van Gaal tak sepopular ataupun tak se-trendy era Sir Alex Ferguson ataupun kalau nak lagi rare dan melambangkan yang engkau seorang pejuang dan aktivis berat kepada Manchester United adalah ketika era Sir Matt Busby. Aku tak follow era Sir Matt Busby, aku tak lahir lagi waktu itu. Di Liverpool dan bahkan seluruh dunia masa itu tengah dilanda penyakit yang dikenali sebagai ‘Beatles Fever’. Cuba tanyakan dengan ayah atau ibu kau, betul tak?

Bagi ultras-ultras ataupun hooligans Setan Merah, telah bertahun-tahun lamanya dimomokkan dengan ayat “Hantarlah mana-mana pasukan hebat manapun, pastinya Alex Ferguson akan mencincang mereka hidup-hidup”.
Lewat perlawanan semalam juga, engkau anggaplah kem Setan Merah sekarang tengah dilanda banjir dan ingatlah banjir bukannya petanda yang Tuhan menghantar bala ataupun balasannya. Mungkin saja, sistem saliran kawasan mereka yang tak berapa power dan mungkin juga kerakusan mereka yang bernama manusia.

Piramid dan kota Rome tak dibina dalam sehari, tetapi memakan masa hampir ratusan tahun dan legasinya masih bertahan sehingga sekarang.

Akan ada hari, dimana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kedengaran kicauan burung gagak yang tabah menjalani hidup di kota penuh sampah, daun-daun dipersisiran jalan gugur jatuh ke bumi, pelacur di lorong-lorong gelap mula menjalani kehidupan yang normal semula dan ingatlah hari itu adalah hari terbaik untuk engkau meng-masturbasi-kan kegagalan lalu dengan penuh kemegahan, ego, dominan, sombong, dan angkuh!

Ditulis oleh : Mika Rot