/EKSKLUSIF : Berehatlah dulu

EKSKLUSIF : Berehatlah dulu

Den perhati je korang yang mempertikaikan kredibiliti den dalam melaporkan hal serius dan eksklusif macam ni. Jangan sampai UltraJang tarik balik jawatan top fan tu. Walaupun belum ada pengumuman rasmi dari PBNS, tapi den faham keterujaan korang semua nak tahu apa cerita di sebalik khabar angin yang bertiup kencang ni.

 

UltraJang telah dimaklumkan bahawa Coach Mat Zan telah direhatkan. Pemakluman ini bukan sekadar menerusi panggilan telefon atau whatsapp. Tapi perbincangan memakan masa lebih 6 jam di Kepulauan Cayman. Semua yang berlaku dari persiapan musim sehinggalah sekarang diceritakan dan mengapa keputusan ini diambil oleh pengurusan.

 

Berita ini mungkin tak disenangi ramai penyokong. Tapi itulah hakikat apabila gagal mencapai target. Ketika dilantik, Mat Zan diletakkan sasaran untuk membawa Negeri Sembilan ke Liga Super. Namun seperti nasib K. Devan, Jorg, Asri Ninggal, dan Azraai Khor sebelum ini, dia gagal capai sasaran tersebut. Daripada top 2, kita tamatkan saingan liga di tempat ke-7 (sebelum Pulau Pinang ditolak mata). Mid table team. 

 

Biarpun hampir berjaya ke Liga Super, sekali lagi pasukan Negeri Sembilan gagal di penghujung jalan. Hanya perlu menang pada perlawanan terakhir lawan UiTM FC, kita sekadar mampu seri. Biar apa pun alasan seperti ref tak bagi penalti contohnya, yang paling penting ialah keputusan perlawanan. Macam Jang cakap sebelum ni, takkan kita nak mengaku kalah akibat kelemahan pengadil? Sepanjang 90 minit perlawanan tu takkan tak ada urgency untuk jaringkan gol.

 

Dalam perlawanan yang wajib menang, kenapa Mat Zan tak persiapkan pasukan dengan corak permainan yang lebih menyerang? Bukan meletakkan salah 100% kepada Mat Zan, tapi sebagai nakhoda bahtera dia haruslah bertanggungjawab dengan kegagalan ini. Betul ref salah, betul pemain pemain pun ada salah. Cuma ada beberapa keputusan dia yang boleh dipersoal. Kalau den nak borak pasal taktikal, kau semua pun boleh borak pasal taktikal dan formasi. Jadi tak payah lah den buang masa dan tenaga.

 

Sementara Mat Zan direhatkan, Haji Zaki dan Sazali Saidon (jurulatih skuad presiden) akan galas tanggungjawab mengendalikan skuad Negeri Sembilan bagi saingan Piala Malaysia. Ye lah, takkanlah nak lantik jurulatih baru? Sebabnya belum ada Pak Arab yang menyerahkan tengkuk untuk disembelih wangnya.

 

Biarpun UltraJang sebelum ini berkempen bahawa semua jurulatih perlukan masa untuk capai kejayaan. Namun menamatkan saingan di tangga ke-7 sangatlah jauh dari sasaran. Kalau tempat ke-3 atau ke-4 tak adalah tersasar jauh sangat. Selain itu, masa juga mampu diberikan jika semua pihak masih bersepakat dan bermuafakat dalam mencapai objektif. Tapi andainya hilang permuafakatan tu, punah lah segala-galanya. Mat Zan sebagai nakhoda perlu lah mengawal semua kelasi kapalnya. Jose Mourinho dan Antonio Conte antara contoh terdekat pengurus yang dipecat kerana gagal mengawal keharmonian bilik persalinan. Hal ni tak perlu kita ulas lebih panjang. Cukup kau semua tahu yang UltraJang melaporkan cerita yang soheh dan tepat tanpa sebarang prejudis.

 

Biarpun pedih, tapi itulah bola sepak moden. Result oriented. Satu musim memang tak cukup untuk bina pasukan. Den antara orang yang percaya bahawa jurulatih atau pengurus perlukan tempoh yang panjang sebelum dinilai. Tapi nak buat macam mana kan? Dah tak capai KPI, adalah natijahnya. Walaupun berat keputusan ni, namun ianya tetap perlu dibuat. Kami di UltraJang harapkan Mat Zan berehat secukupnya dan mendoakan gandingan Haji Zaki dan Sazali Saidon mampu suntik semangat baru kepada pasukan.

 

Kepada penyokong, kau semua bertenang dan anggaplah macam tak ada apa yang berlaku. Macam den cakap sebelum ni, kita pernah ada 3 jurulatih dalam satu musim. Dan kita semua rilek je kan? Teruskan menyokong pasukan. Dan jangan seorang pun target N. Sembilan akan menang Piala Malaysia. Ingat tu!

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kidstradamus, ahlil nujum polis bola sepak dunia.

 

 

Greatness