/EKSKLUSIF: Drama petang bersama Dato Haslah

EKSKLUSIF: Drama petang bersama Dato Haslah

Hari itu Jang menerima jemputan untuk minum petang bersama naib presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan merangkap pengerusi Matrix Concept Berhad, Dato Mohamad Haslah Bin Mohamad Amin di Coffee House Allson Klana Resort bersama beberapa individu lain dari kumpulan penyokong bola sepak Negeri Sembilan. Hanya 8 orang sahaja yang hadir dari 10 yang dijadualkan. Adat budayo kito, bilo orang ajak dengan niat baik, kito poielah. Lagipun bukan orang lain, orang Rembau yo.

Seperti yang Jang beritahu dalam banyak artikel sebelum ini, sebarang usaha dari persatuan untuk bertemu dengan penyokong adalah dialu-alukan. Dato Haslah mahu berjumpa kerana mahu menerangkan situasi bola sepak Negeri Sembilan musim 2017, apa berlaku pada tahun 2016 dan hasrat beliau melihat semua kumpulan penyokong untuk bersatu. Beliau juga memberi peluang kepada kami untuk bertanya apa sahaja soalan yang terbuku didalam hati, jika ada. (eceh!)

Untuk rekod, Dato Haslah adalah individu yang teruk ‘dipersalahkan’ dan ‘dituduh’ bermacam-macam pada musim lepas. Jang sendiri ada menulis beberapa artikel tentang situasi melibatkan beliau vs. pemain. Bagi Jang, adalah wajar untuk beliau tampil menerangkan keadaan kerana selama ini kumpulan penyokong hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja (pemain). Jadi untuk berlaku adil Jang hadirkan diri untuk mendengar pula cerita dari sebelah pihak Dato Haslah dan PBNS…walaupun ianya terlewat beberapa bulan tetapi ianya masih relevan kerana marah penyokong masih belum reda.

Disuatu sudut coffee house yang redup, meja ‘boleh merokok’ dipilih. Mood Dato Haslah ceria, jadi Jang dan beberapa individu lain pun cepat lega dan menyesuaikan keadaan. Kene pulak Dato suruh order makan, Jang pun yang memang dah sengaja ‘skip lunch’ terus bukak menu dan pilih lauk sedap-sedap. Air mesti air buah la, fresh oren. Order kepak ayam dua dozen dan mee hailam semangkuk besar untuk dikongsi bersama. Orang kata, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut marah pun lari. eh? oklah..gurau aje. Kau ni nak serius je memanjang dah kenapa?

“makanlah..bukan senang kau semua nak suruh aku belanja ni” kata Dato Haslah. Tapi semua malu-malu Syed Adney pulak nak menjamah. Budaya malu macam ini tak sesuai dibawa ke coffee house hotel, rugi!

“yang mana satu ultras ni?” tanya Dato dan semua jari menunjuk kearah Jang. Setan betul!

“ohh takda la garang sangat, elok je baik aku tengok” tambah Dato Haslah bergurau. Semua ketawa. (Hmm.. yela Tok, saya ni wakil je..yang garang-garang tak mau datang)

“Dato! untuk rekod, musim lepas bukan ultras sahaja yang marah dengan pasukan tetapi semua penyokong” Jang cuba membetulkan keadaan.

“iyo, tau sey tu, sey gurau yo!” balas Dato Haslah. Hmm.. Nampaknya Jang dengan Dato Haslah bakal bertaki petang ini diselang seli kepak ayam, mee hailam, kopi dan curut.

Dato Haslah pun memulakan perbualan petang itu dengan bercerita tentang pasukan Negeri Sembilan musim 2017. Tentang pemain baru, tentang jurulatih baru, tentang pengarah teknikal baru dan itu ini. Kemudian beliau bercerita pula apa yang berlaku pada musim 2016. Tentang pemain import, tentang jurulatih, tentang itu ini.

Adakah Dato Haslah benar-benar campur tangan dalam kemelut bola sepak musim 2016? Kenapa Dato Haslah memaki Gary, Taylor Regan dan agen mereka di Asutralia? Siapa sub agen pemain-pemain ini semua di Malaysia? Kenapa Dato Haslah membawa masuk pengarah teknikal bangsa Jerman? Kenapa PBNS rejek Mr.Pink, Irfan Bakti dan kenapa Mat Zan Mat Aris tidak mahu melatih Negeri Sembilan lalu kita melantik Asri Ninggal? Apakah peranan pengarah teknikal bangsa Jerman bakal mencetus kontroversi dengan jurulatih tempatan? Kenapa assistant kepada Asri Ninggal adalah pengarah teknikal itu juga? Kenapa Henrique lari dari pasukan Negeri Sembilan dan siapa maki dia? Syed Adney? Adakah kemelut 2016 akan terjadi lagi pada musim ini? Adakah Jang dah kene beli? hahaha. Amboi! kepak ayam je, takkan semurah KFC je Jang ni.

Sembang petang itu berakhir jam 8.30 malam! Ada 1001 soalan sedap Jang keluarkan dan bakal Jang huraikan nanti dalam episod akan datang. Kau tunggu!