April 18, 2024

EKSKLUSIF! Jurulatih kita miskin idea?

3 min read

Sebelum bertemu Malaysia, Macau telah kalah dalam 4 perlawanan dengan hanya menjaringkan 2 gol dan bolos SEPULUH. Statistik mudah ini jika dicampur dengan kedudukan ranking, Harimau Malaysia bakal membaham Macau dengan jumlah jaringan yang banyak. Tambahan pula pemain kita semuanya professional bak hang jika dibandingkan dengan pemain Macau yang bermain bola separuh masa. Separuh masa lagi mereka bekerja sebagai guru, guru sandaran, posmen, juruwang kaunter pusat perjudian dan kerani kerajaan N17. Jang dengar pagi ini ada yang telah masuk kerja semula sebab tak dapat cuti.

Tetapi apabila masuk ke dalam padang, semua jangkaan, statistik, ranking dan taraf professionalisma, semuanya boleh dibuang kelaut dan dijadikan tukun atau tambak. Apa lagi Malaysia mahu? Siapa lagi mereka mahu lawan untuk memastikan kemenangan? Boleh jadi jika Malaysia bertemu Malaysia juga Malaysia akan kalah. Nampak?

Salahkah kalau kita marah? Ini bukan hal passion, patriotisme atau warna bendera. Ini hal dalam padang, hal bola sepak. Hal pemain yang apabila mendapat bola, mereka langsung tidak menggambarkan diri sebagai pemain pro sebaliknya macam part timers. Malam main bola, siang jadi pengawal keselamatan di bank, itu sebab hantaran semua macam minta maki!

Adakah pemain kita tidak bijaksana untuk melakarkan sesuatu yang cantik dan berseni dalam bola sepak? Jang ada bertanyakan hal ini (melalui khidmat whatsapp) kepada seorang pemain bolasepak kita yang pernah bermain di bawah Ong Kim Swee. Nama beliau Jang rahsiakan kerana beliau masih lagi bermain. Jeng! Jeng! Jeng!

Soalan ini Jang tanya lebih kurang 4 bulan lalu dan selepas melihat aksi perlawanan malam tadi, beliau baru tergerak untuk membalas whatsapp Jang.

Soalan Jang; “adakah kebijaksanaan berfikir mempengaruhi permainan?adakah pemain kita disini kurang bijak lalu permainan mereka juga kurang cantik dan berseni?”

Jawapan beliau panjang dan Jang edit sedikit dimana perlu: “Sorry terlupa pula nak reply. Sehingga tengok keputusan ini baru ingat balik. Mmg bukan masalah kebijaksanaan player sepenuhnya. Yang paling ketara dalam menentukan corak permainan yang menarik adalah taktik seorang coach. Aku dah cakap dah, beliau ada taktikal utk defend tapi takda utk serang. “Striker buat larian di depan dan midfield hantar ke belakang defend”, ini je taktik dia utk menyerang semasa team meeting. Tak de langsung explain di mana sepatutnya posisi setiap pemain apabila kita menguasai bola untuk membuat hantaran pendek, buka ruang untuk hantaran seterusnya, tahu di mana setiap posisi pemain lain, mcmane nak main beri tekanan atau terima tekanan, mcm mane nak tarik satu opponent utk buka ruang kpd player yang opponent itu jaga, Banyak lagi hal dari segi taktikal utk ball possession”

“Malaysia memang ada banyak individu yang mempunyai teknik yang baik. Cuma mereka tidak tahu apa nak buat bila dpt bola, kecuali dribble membabi buta dan hantar bola cepat ke belakang untuk selamatkan diri. Disitulah kemahiran seorang coach penting. Tengok sajalah Mario gomez dan corak permainan JDT banyak beza. Player lebih kurang sama, yang bezanya kepakaran coachnya….”

“time aku dudk bench masa game *********,……..aku terdengar coach cakap………………..?”

Haaaa..part ni Jang simpan kasi kau semua sakit hati! kahkahkah

Nampak?

Artikel Jang sebelum ini tentang Ong Kim Swee dan jurulatih Malaysia kau kata Jang pandai-pandai, kan?. Masa Jang duduk dengan kapten Khairul Anuar Bahrom minggu lepas, Jang tanya dia satu soalan;

“Selama kau main bola, siapa coach paling best?”

Dia fikir sekejap kemudian jawap; “paling best? Coach paling betul adalah Karl Heinz Weigang!”

Ada beza coach paling best dengan paling betul.

Tau?

Jang bukan nak hantam OKS teruk-teruk atau nak buat dia berhenti atau persoal kemampuannya, tapi Jang geram dan hak untuk geram adalah hak penyokong!

0Shares

2 thoughts on “EKSKLUSIF! Jurulatih kita miskin idea?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.