March 28, 2024

EPL: Pertahanan United Berdisplin Tinggi

3 min read

Adat perlawanan, akan ada pasukan yang akan menang, ada pasukan yang seri dan ada pasukan Liverpool. Bagaimana keputusan ini dicapai? Ada yang melalui kehebatan penyerang, ada yang melalui kelemahan dalam bertahan dan paling hina, ada keputusan dicapai mengikut kehendak bookie. Tapi itu semua jatuh no. 20.

Possesion tidak pernah menjanjikan kemenangan kepada pasukan tetapi disiplin dalam bertahan mampu mengelak gawang dari dibolosi. Ini semua kau kene faham dalam bola sepak berprestasi tinggi. Dengan kata lain, taktikal, samada gegenpressing atau gegendangdut tidak menjamin kemenangan tetapi disiplin bertahan mampu membawa pasukan pergi jauh, tak kisah la disiplin tinggi seperti ketika Itali dibawah Antonio Conte semasa menentang Sepanyol dipentas EURO atau disiplin hancur seperti semasa Malaysia menentang Singapura (janji clear ball).

Taktikal dan penerapan disiplin bertahan ini dapat kita saksikan pagi tadi ketika Liverpool hanya-sekadar-terpaksa-mampu seri 0-0 dengan United di Anfield.

15 minit pertama menyaksikan serangan bertali arus United menggempur Liverpool dan Liverpool terpaksa bertahan menggunakan disiplin Malaysia, clear ball dan banyak kesilapan dalam membuat hantaran serta tidak mampu untuk mencari tempoh bertenang. Liverpool membentuk 2 lapisan pertahanan didalam kawasan sendiri menutup segala ruang untuk United menghasilkan sebarang percubaan. Taktikal bermain secara deep dalam kawasan sendiri ini saling tak tumpah dengan gaya kegemaran OKS yang dapat kita lihat semasa seri dengan Afghanistan tempoh hari.

Adakah Liverpool banyak meniru gaya Harimau Malaysia kerana jika dilihat pada warna rambut Moreno juga kelihatan seperti beliau cuba meniru Amri Yahya. Jika ia, bukanlah menjadi kehairanan pun kerana Liverpool kerap melakukan aksi persahabatan dengan Malaysia sebelum ini.

Serangan United begitu tumpul apabila meletakkan Rashford bermain disebelah kanan. Ketiadaan Martial juga begitu dirasai sementara Mata dan Lingrad tidak diturunkan. Jang rasa jika Mata dan Lingard bermain, pasti lebih banyak penetration kedalam kotak penalti boleh dilakukan. Fellaini tidak begitu menyumbang dalam serangan, meludah Hendo pun tidak. Begitu juga dengan Pogba yang boleh dikatakan gagal berfungsi sementara Zlatan juga tidak kemas.

Liverpool masih tidak menemui tempo serta ketajaman serangan yang licin dimana Sturridge langsung tidak berguna-dengan hanya SATU sentuhan sahaja berjaya dilakukan didalam kotak penalti. Separuh masa pertama berakhir dengan kelegaan kepada Liverpool kerana masih terikat 0-0.

Separuh masa kedua, Liverpool mula menunjukkan sedikit peningkatan dalam mengatur serangan sementara United pula terus lemah dibahagian tengah (Pogba/Fellaini/Zlatan) samada kegagalan mengawal bola atau termasuk perangkap offside. United banyak diselamatkan oleh kegarangan Herrera yang penuh bersemangat melakukan kerja kotor mengekang Cautinho serta Bailey dan Smalling yang memastikan tiada percubaan dapat dilakukan oleh penyerang Liverpool.

Minit ke 59 menyaksikan percubaan Emre Can yang membuat tendangan leret dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh De Gea dengan sekali nafas saja. Osah power eh kau ni De Gea! Kalau keeper lain dah tentu keras!

Minit ke 71 menyaksikan percubaan Cautinho dari jarak jauh yang hampir pasti menghasilkan gol sebelum De Gea sekali lagi melukakan hati penyokong Liverpool dengan satu lempangan bola yang OhTUHANKU! power nak mampos! Diberitakan De Gea sempat menoleh kearah penyokong Liverpool yang sudah bangun untuk bersorak gol sebelum dia bertindak terbang menyelamatkan bola tersebut.

“Gggggggggg..” – nak jerit gol tapi tersekat kat anak tekak.

Cautinho biasa melakukan percubaan begitu dalam kebanyakan perlawanan apabila dia sudah bosan dengan barisan penyerang seperti Firmino atau Sturridge yang tak boleh diharap dalam menghasilkan gol. Tetapi dalam bola sepak berprestasi tinggi, sebarang percubaan cantik tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang semestinya pujian akan diberikan kepada penjaga gawang sementara yang membuat percubaan tadi hanya sekadar menjadi pelengkap cerita sahaja. Berlainan jika percubaan cantik tadi menghasilkan gol, pasti nama Cautinho akan dipuji.

Liverpool menyerang bertali arus tetapi disiplin bertahan Manchester United wajib diberi pujian – dan sekali lagi dalam cerita ini, Liverpool hanya dianggap sebagai pelengkap cerita sahaja. Kenapa? Terbukti selepas tamat perlawanan, kebanyakan berita, update twitter, statistik, ketidakpuasan hati hanya berkisar kepada kehebatan De Gea menyelamatkan gawang, disiplin bertahan yang tinggi dan peratus penguasaan bola Manchester United. Tidak ada isu parking bas disini kerana dalam bola sepak, jika pasukan lawan menyerang, kau kene la bertahan. Samada bertahan secara disiplin tinggi atau disiplin hancur. Itu saja bezanya, nampak?

Lawan kelab lemah boleh la Liverpool berkokok, lawan United, tersekat kat anak tekak saja la sampai matahari terbit masih belum berkokok.

ultrajangDOTcom – Laporan Adil dan Jelas.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.