/FAM-ville

FAM-ville

FAM mengumumkan satu kerjasama dengan sebuah syarikat yang mula bertapak di Singapura MP & Silva untuk menguasai hak penyiaran selama 15 tahun kesemua perlawanan liga Malaysia. Di beritakan, kerjasama ini menjana pendapatan sebanyak RM 1.26 billion kepada FAM. Ini bersamaan dengan RM 84 juta setahun.

Presiden FAM juga dalam satu kenyataan menyeru ahli gabungannya menerima ‘kerjasama’ ini kerana mereka berusaha mencari duit untuk persatuan juga.

Tahniah FAM. Sedari kita rakyat Malaysia ini pandai menendang di dalam perut ibunda, FAM lah nafas bolasepak kita. Kalau takda FAM, macamana nak bernafas? Tapi, berbagai persoalan yang menggangu minda ultrajang semenjak semalam. Nak tidur pun terpaksa letak lengan atas dahi memikirkan ‘kerjasama’ ini. Kenapa guna perkataan ‘kerjasama’? Jika MP & Silva yang menang bidaan untuk hak penyiaran, umumlah mereka sebagai pemenang mengalahkan TM, Media Prima, Astro dan sesiapa lagi. Kenapa sampai LIMA BELAS TAHUN? dan berbagai lagi lah persoalannya jika kita mahu memikirkannya dari sudut sukar. Ingat! berfikir dan bersoal jawab belum di kanunkan lagi sebagai satu jenayah.

Selepas ini, adakah TM, Media Prima, RTM atau Astro kene membida sekali lagi dari MP & Silva? Berapa pula mereka kene bayar untuk mendapatkan hak penyiaran ini? Jika menang, adakah kos bidaan tadi akan di GST kan kepada rakyat dengan kenaikan bil bulanan? Sebenarnya apa hak penyiaran ini? Maknanya, jika Astro yang menang, TV lain tak boleh siarkan secara live bolasepak yang di mainkan di stadium. Kalau RTM nak keluarkan dalam berita, kena tulis ‘Gambar atas Ihsan Astro’ atau bayar kepada Astro. Mungkin lebih kurang begitu. Tapi bagaimana kalau kesemua TV Malaysia tak mahu beli hak penyiaran itu tadi? Kita pergi stadium lah jawabnya, lagi bagus!

Kenapa beri atau benarkan sebuah syarikat bukan TV membida? Memang la mereka juga pegang ‘hak’ kepada banyak sukan lagi di dunia ini, tapi ini hal dalam padang kita, bagilah TV kita uruskan. Benda dalam poket kiri, bagilah poket kanan merasa juga, tak payah la nak masuk poket orang luar. Takkan kita tak belajar dari kes air dengan Singapura, kita jual air kepada mereka, mereka rawat dan jual balik kepada JDT dengan harga mahal. Perjanjian pulak selagi ada bulan bintang tarikh tamatnya. KlasiKKK!

Hak penyiaran ini memang di praktikkan dalam banyak sukan di luar dan menghasilkan duit yang banyak kepada persatuan sukan. Semusim Manchester United gagal ke Piala Eropah, koyak akaun mereka. Betapa besar pengaruh hak penyiaran kepada sebuah kelab yang sedia kaya. Peratus keuntungan dari hak penyiaran tadi telah siap-siap di kira.

Bagaimana dengan persatuan bola kita? dah siap kira atau tunggu peruntukan dari FAM untuk bernafas?

fam

 

Singapore itu Shhhhhhhhh!

klik button facebook di bawah untuk send request.

 

 

 

Kongsi artikel ini: