FIFA tolong siasat FAM tolong siasat FIFA.

Pagi ini Jang baca lagi hal pembahagian harta rampasan hak penyiaran di laman web fourth offical dan juga di akhbar tempatan. TMJ sekali lagi bersuara dan meminta FIFA supaya menyiasat FAM. Sudah beberapa kali hal dan isu ini naik turun dalam akhbar. Ianya macam taktikal bola juga gayanya. Menyerang, merampas bola, menyusun strategi dan bertahan, tetapi tiada gol dijaringkan.

Sebenarnya hal pembahagian duit hak penyiaran ini tidak susah. Ianya tidak sesukar berbanding berebut hak siaran TV dirumah bila anak nak tengok kartun, bini nak tengok Masterchef dan kita nak tengok bola. Tak syok main rampas-rampas atau sorok-sorok remote TV. Kita selalunya beralah dan kita ‘away’ ke kedai Mamak. Sementara kita bergembira bersama kawan di Mamaks, mereka dirumah aman depan TV bertukar-tukar siaran. Semua menang!

Advertisements

giphy

Meminta FIFA menyiasat FAM ini serupalah seperti meminta Dato Sri Sepp Blater (Anugerah oleh Sultan Pahang pada tahun 2011) menderhaka kepada Tuanku Sultan. Sepp Blater sendiri berhadapan dengan tuduhan pecah amanah HAK menjadi tuan rumah piala dunia. Bagaimana mahu meminta sebuah organisasi yang pecah amanah menyiasat sebuah organisasi lain untuk kes tidak amanah berkaitan HAK?

FIFA sendiri adalah jembalang tanah yang disiasat oleh beberapa agensi di eropah termasuk Micheal Platini yang kononnya lantang mengkritik FIFA. Lebih mengharukan bila FA England sendiri mencalonkan Platini sebagai pengganti Blatter sambil mengakui akan kes yang sedang dihadapi beliau. Apa coraknya tu? Menggantikan situa Blatter yang korup dengan Platini yang juga dituduh korup, pattern ni macam pernah nampak saja?

Adakah beberapa tindakan FIFA terhadap beberapa negara yang digantung baru-baru ini (seperti Kuwait) menjadi platform untuk kita meletakkan kepercayaan kepada FIFA? Kenapa Kuwait digantung FIFA sehingga melayakkan JDT secara automatik ke perlawanan akhir piala AFC Cup?

Kerana campur tangan kerajaan? Jang tak berapa faham maksud campur tangan kerajaan ini sehingga FIFA menggantung Kuwait. Adakah jika Pesuruhanjaya Sukan mengambil tindakan pada FAM berkaitan isu ultras membakar suar dianggap campurtangan kerajaan dan FAM boleh digantung? Apa jadi kalau FAM digantung? JDT tak boleh pergi final? Kenapa Pesuruhanjaya Sukan masih belum mengambil tindakan kepada FAM? Sebab belum suruh? Adakah timing Kuwait digantung FIFA seperti memberi amaran kepada Pesuruhjaya Sukan?

Amboii..beria Jang! kahkahkah. Ingat! ultrajang.com adalah Polis Bolasepak Dunia. Laporan Adil, Mesra dan Betul (sangat!)

64322_pasangan_remote_teve_663_382

Sebenarnya FAM ikutlah peraturan hak penyiaran TV dirumah yang digunapakai semenjak dahulu lagi. Bagi remote TV pada isteri, tak payah nak sorok-sorok dalam kain pelekat. Ianya serupa macam bagi duit belanja pada isteri la. Nanti isteri masak, yang makan kita juga. Samalah dengan duit bola tadi, bagi pada persatuan, mereka main bola, FAM makan duit penyiaran. Semua dapat kenyang dan puashati. FAM ni Bapak, takkan kawan ajak minum teh kat mamak sambil tengok bola, kau kata kau nak layan kat rumah saja atas sofa? Dah tentu kawan-kawan kau bising kata kau takut bini.

Aduhaiiii! benda macam ini pun nak Jang fikirkan.

Kalau FAM terus berkeras, yang susah nanti FAM juga. Kalau Pesuruhjaya Sukan dah disuruh bertindak nanti, atau apa saja, nanti FIFA gantung FAM, kan susah. Bila FAM dah mati apa jadi pada harta dan duit hak penyiaran tadi? Ya! dia bertukar menjadi harta sepencarian dan dibahagi mengikut hukum faraid. FAM tak dapat satu sen pun sebab dah mati sementara persatuan negeri dikira sebagai waris yang sah untuk mendapat harta.

FIFA siasat FAM siasat FIFA siasat FAM dan hari pun malam.

Jang

Buapak Bolasepak Beradat

8 thoughts on “FIFA tolong siasat FAM tolong siasat FIFA.

  • October 20, 2015 at 6:45 am
    Permalink

    ah kalau fifa tak boleh diharap TMJ patut lapor saja kpd polis bola sepak dunia, Ultrajang!

    Reply
    • October 20, 2015 at 6:48 am
      Permalink

      kennnn…kahkahkah

      Reply
  • October 20, 2015 at 6:56 am
    Permalink

    Tp jang pada pedapat sey, sepatutnya semua pasukan Liga M perlu ada stesen tv sendiri (contoh: nsfa tv- negeri sembilan) dan setiap perlawanan home stesen tv ni ada hak dari segi “nilai”. Sekiranya stesen tv nasional (rtm, astro, media prima) nak siar kan live nsfa tv boleh tuntut “nilai” tu drp tv nasional tanpa org tengah (MP SILVA).

    Reply
    • October 20, 2015 at 1:38 pm
      Permalink

      Jauh bonar impian tu iezat. kat EPL pun bukan semua pasukan ada TV sendiri. pembahagian duit itu kalau adil dah cukup. kualiti live kita dari stesen besar pun belum setanding liga luar. kamera hujung ke hujung je ada.

      Reply
  • October 20, 2015 at 9:05 am
    Permalink

    fifa fam bersaudara

    Reply
    • October 20, 2015 at 1:35 pm
      Permalink

      ya betul!

      Reply
  • August 4, 2016 at 3:15 pm
    Permalink

    Penat dah, dari bebudak, pastu bujang, sampai nk dpt cucu… sama aje.
    Mula2 bapak disambung ke anak… caranya sama aje.
    Jang.. ko siasat jea lh, dalam kain siapa remote tu…

    Reply
    • August 7, 2016 at 5:25 am
      Permalink

      inilah dinamakan tradisi. haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *